Seleweng Dana 1mdb Fbi Dedah Jho Low Curi Rm5 98 Bilion Najib Dapat Rm3 2 Bilion


 
March 16, 2022 Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa mencuri AS$1.42 bilion (RM5.98 bilion) daripada tiga transaksi bon yang diatur oleh bank pelaburan, Goldman Sachs untuk dana kekayaan Malaysia.
Perkara itu didedahkan ejen Biro Penyiasatan Pusat (FBI), Erin Van Dorn ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes melibatkan bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng yang didakwa bersubahat dalam penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York di Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
Menerusi keterangan tambahannya tentang dalang skandal 1MDB itu, beliau juga memberitahu juri bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengaut AS$756 juta (RM3.2 bilion) daripada AS$6.5 bilion (RM27.4 bilion) yang diperoleh dalam tawaran bon manakala anak tirinya, Riza Aziz yang juga sahabat Jho Low meraih AS$238 juta (RM1.01 bilion).
“Ng juga menerima AS$35.1 juta (RM147.7 juta) melalui dua daripada tiga transaksi bon tersebut manakala bekas bosnya, Tim Leissner memperoleh AS$73.4 juta (RM308 juta),” ujarnya.
Van Dorn yang merupakan akauntan forensik untuk FBI menjelaskan beliau menyemak 59,000 rekod bank untuk menentukan aliran wang daripada tiga urus niaga 1MDB.
Hasil pemeriksaannya mendapati bekas Pengarah Urusan International Petroleum Investment (IPIC), Khadem al-Qubaisi yang menjamin transaksi 1MDB juga menerima AS$472.8 juta (RM1.9 bilion).
“Seorang lagi pegawai di Abu Dhabi yang bekerja dengan anak syarikat IPIC meraih AS$76.6 juta (RM322 juta). Semakan yang dibuat turut mendapati Riza melabur kira-kira AS$60 juta (RM252 juta) daripada wang 1MDB yang miliknya untuk menerbitkan filem The Wolf of Wall Street yang dibintangi Leonardo Dicaprio,” katanya kepada pendakwa raya.
Sebelum ini, Riza pernah terlibat dalam dua kes penyelesaian saman dikemukakan Jabatan Kehakiman AS berhubung peranannya dalam skandal 1MDB.
Pada 2017, syarikat produksi Hollywood miliknya, Red Granite Inc bersetuju untuk membayar AS$60 juta (RM252 juta) untuk dakwaan filem The Wolf of Wall Street dibiayai hasil wang dicuri daripada 1MDB dan disusuli dengan penyelesaian saman berasingan berhubung persetujuannya untuk menggugurkan tuntutan terhadap hartanah di AS dan Britain yang bernilai puluhan juta dolar tanpa mengaku bersalah.
Leissner yang tampil sebagai saksi utama kes tersebut dan membuat pengakuan bersalah pada 2018 turut mencuri tumpuan apabila dia mengaku melakukan ‘banyak penipuan’ untuk kepentingan peribadinya malah pasukan pembelaan Ng percaya anak guam mereka telah dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ dalam skandal tersebut.
Pendakwa raya juga telah sekian lama percaya Jho Low memberi suapan kepada pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi untuk melancarkan urusan transaksi tersebut, namun keterangan Van Dorn adalah yang pertama kali memperincikan jumlah ‘bayaran’ yang diterima individu terlibat dalam skandal 1MDB berkenaan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/seleweng-dana-1mdb-fbi-dedah-jho-low.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengikut Malaysia Today Jho Low Seleweng Dana 1mdb Sebelum Najib Buka Akaun

Mengikut Malaysia Today Jho Low Seleweng Dana 1mdb Sebelum Najib Buka Akaun

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 166 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low sudah lama menipu berbilion ringgit daripada 1MDB sebelum Najib Razak membuka akaun bank ...
Jho Low Seleweng Usd1 42 Bilion Daripada Urusniaga 1mdb Diatur Goldman Kata Ejen Fbi

Jho Low Seleweng Usd1 42 Bilion Daripada Urusniaga 1mdb Diatur Goldman Kata Ejen Fbi

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 118 hits
March 15 2022 Mahkamah Persekutuan di Brooklyn New York yang membicarakan kes Roger Ng diberitahu Jho Low adalah penerima terbesar daripada 16 orang yang menerima dana dikumpul oleh Goldman Sachs dalam urusniaga bon untuk 1MDB NEW YORK Ahli...
Fbi Dakwa Najib Terima Rm3 2 Bilion Dana 1mdb Yang Dicuri

Fbi Dakwa Najib Terima Rm3 2 Bilion Dana 1mdb Yang Dicuri

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 112 hits
NEW YORK Ejen Biro Penyiasatan Persekutuan memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menerima AS 756 juta melalui transaksi bon diuruskan Goldman Sachs untuk 1Malaysia Development Berhad Eric Van Dorn turut me...
Report Fbi Officer Tells Court Jho Low Stole Us 1 42b Of 1mdb Money While Najib Received Us 756m

Report Fbi Officer Tells Court Jho Low Stole Us 1 42b Of 1mdb Money While Najib Received Us 756m

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 132 hits
Datuk Seri Najib Razak reaped US 756 million of the US 6 5 billion raised in the bond offerings Federal Bureau of Investigation agent Eric Van Dorn testified that fugitive financier Low Taek Jho or Jho Low the alleged mastermind of the 1MDB...
Jho Low Swindled 1mdb For Years Before Najib S Account Opened Defence

Jho Low Swindled 1mdb For Years Before Najib S Account Opened Defence

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 150 hits
Low Taek Jho was already swindling billions of ringgit out of 1MDB long before Najib Abdul Razak even opened a related bank account the Kuala Lumpur High Court heard today Defence counsel Muhammad Shafee Abdullah made this contention during...
Roger Ng Warned Goldman About Jho Low Met Najib Before

Roger Ng Warned Goldman About Jho Low Met Najib Before

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 146 hits
Former Goldman Sachs banker Roger Ng had recommended Low Taek Jho better known as Jho Low as a client for Goldman Sachs while advising caution in March 2010 This was revealed by Patrick Kidney a former Goldman Sachs compliance officer while...
Jho Low Bapa Dihalang Lupus Aset As 1 03 Bilion Dan As 401 5 Juta

Jho Low Bapa Dihalang Lupus Aset As 1 03 Bilion Dan As 401 5 Juta

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 150 hits
KUALA LUMPUR 1Malaysia Development Berhad dan satu anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low melupus atau mengurangkan nilai mana m...
Curi Duit 1mdb Leissner Vs Najib

Curi Duit 1mdb Leissner Vs Najib

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 129 hits
CURI DUIT 1MDB Leissner vs Najib 1MDB bossku bosskur
Hutang 1mdb Tak Guna Dana Awam Pakar Ekonomi Tempelak Najib Menipu Dalam Parlimen

Hutang 1mdb Tak Guna Dana Awam Pakar Ekonomi Tempelak Najib Menipu Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 150 hits
perakinsights com Kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad adalah tidak benar dan tepat Menurut pakar ekonomi Datuk Dr Nungsari A...
Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

Japan Crowned Champions In Sultan Azlan Shah Cup For First Time

Hari Ibu 2024 Contoh Ucapan Hari Ibu Hadis Berkenaan Ibu

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Asyraf Claims Ph Victory In Kuala Kubu Baharu



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Lepak Mengopi Di Rumah Kopi38

Union Bistrot Pamer Gabungan Seni Kulinari Tradisional Dan Moden

Sertifikasi Kompetensi Barista Membaca Tren Kebutuhan Sdm Di Kalimantan Barat Saat Ini

Doa Majlis Perkahwinan Doa Untuk Pengantin Dalam Rumi Dan Maksud

Sofea Says Abun Uwee

Family Fun Starts Here Unleash The Power Of Nerf Blasters