Selesaikah Masalah Dengan Amaran 14 Hari


Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Masalah tidak akan selesai selagi ada sikap tamakkan kuasa MASALAH tidak akan selesai selagi, punca kepada segala masalah tidak diselesaikan, iaitu tamak kuasa. Kecuali dikembalikan semula kepada rakyat. Jika tidak, masalah akan terus bertambah menjadi masalah. Percayalah.
Jangan harapkan sesuatu yang lebih baik, selagi nafsu tamak haloba terhadap kuasa tidak dapat diselesaikan terlebih dahulu. Kuasa adalah lubuk duit, lubuk segala-galanya. Benarlah apa yang dikatakan Machiavelli dalam bukunya “The Prince”.
Untuk kuasa manusia sanggup melakukan apa sahaja, termasuk matlamat menghalalkan cara.
Inilah realiti politik Malaysia. Tidak kira parti politik mana sekalipun. Semua gilakan kuasa. Kerana dengan kuasa, boleh memiliki segala-galanya.
Parti kecil merasakan dirinya besar, parti besar merasakan dirinya lagi besar. Langsung tidak mahu mengalah dan bertolak ansur. Akhirnya, siapa yang rugi? Siapa yang ditolak beransur-ansur. Tidak lain tidak bukan, Islam dan Melayu.
Siapa yang tidak tertolak? Siapa yang menang? Kalau bukan musuh-musuh Islam.
Kita sengaja buat-buat lupa, ada kuasa yang lebih besar daripada itu yang sedang memerhati dan menguji hambaNya.
Malangnya, hambaNya pula beranggapan, tidak ada masalah melakukan kemungkaran, kejahatan dan kemaksiatan, tidak ada masalah gila kuasa, tidak ada masalah salah guna kuasa, tidak ada masalah mentekedarah rasuah, dan lain-lain salah laku, kerana selepas itu boleh bertaubat, Allah Maha Pengampun. Boleh bertaubat, kerana Allah menerima taubat.
Merasa bersalah, boleh buat haji dan umrah, boleh sedekah kepada Palestin dan fakir miskin, boleh sedekah kepada maahad tahfiz bagi tujuan ‘mencuci’ dosa-dosa yang dilakukan.
Sebab itu saya tidak pernah hairan jika wakil rakyat membantu rakyat yang kesempitan, kerana itu bukan duit mereka tetapi duit rakyat. Kecualilah, wakil rakyat tersebut memang asalnya datang daripada keluarga yang kaya-raya.
Namun, jika mereka kaya setelah menjadi wakil rakyat. Boleh dikatakan kekayaan yang diperolehi itu adalah hasil daripada semua kemudahan yang dipergunakan ketika menjadi wakil rakyat, untuk menjadikan dirinya kaya-raya.
Sebab itu, kita amat terharu dengan wakil rakyat (pemimpin), semasa hidup dan matinya, tidak ada apa yang ditinggalkan dan diwariskan, melainkan tinggalan jasa berguna buat umat dan bangsa. Kita selalu baca perjuangan Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat. Malangnya, kita buat-buat lupa.
Justeru, apa yang boleh dibuat dalam masa 14 hari?
Muhasabah pertama, buatlah muhasabah diri. Muhasabah parti. Buatlah penilaian. Siapakah aku sebenarnya? Apakah yang telah aku lakukan selama ini? Bersihkah aku ketika berkuasa? Adakah kuasa yang aku ada selama ini digunakan demi kepentingan agama, bangsa dan negara? Adakah wadah parti yang dipimpin boleh membawa ke syurga? Cari jawaban dalam 14 hari ini?
Muhasabah kedua, pemimpin-pemimpin yang terpalit dengan salah guna kuasa, rasuah, skandal seks dan lagi-lagi skandal lagi berundurlah. Sama ada sudah dibuktikan bersalah atau belum, calitan dan luka itu pasti ada.
Berikanlah peluang kepada muka-muka baharu untuk memimpin negara ini. Rakyat sudah teramat menderita dengan ujian wabak yang melanda ini. Tidak usahlah berpolitik lagi. Jika kamu benar-benar wakil rakyat, fikirkanlah kepentingan rakyat.
Kenapa cara berfikir kita tidak seperti cara berfikir negara maju. Walaupun mereka negara bukan Islam dan bukan beragama Islam, tetapi akhlak cara berfikirnya macam orang Islam. Bila rasa bersalah, terpalit dengan skandar, terus letak jawatan.
Bukan macam dalam kalangan kita, yang telah dibuktikan bersalah, dengan muka tak malu, terus mahu berada di puncak kuasa. Ini bukan akhlak Islam namanya. Pun bukan akhlak bukan Islam. Tetapi munafik yang tidak pernah kenal erti taubat.
Paling hina, sudah didapati bersalah. Tidak puas hati lagi. Merasakan dirinya tidak bersalah. Terus mahu berkuasa. Kalau tidak dapat juga, dia akan pastikan anak cucunya dapat menggantikannya.
Muhasabah ketiga, kebanyakan pemimpin parti atau wakil ini sudah kaya-raya belaka. Apa lagi yang dimahukan dalam hidup ini? Harta, rumah, kereta, sudah tidak terkira. Jangan ceritalah soal berapa isteri dan berapa isteri-isteri dapat. Apa lagi yang mahu dalam hidup ini? Tinggalkanlah sesuatu yang boleh dikenang rakyat, bukan dicerca rakyat, apabila telah tiada nanti. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.
Muhasabah keempat, hidup ini akan mati. Walaupun umur panjang, akan mati juga. Kita nak bawa apa bila mati nanti? Teringatkan gurindam yang dihantar kawan-kawan berbunyi
Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal yang kita ada kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan putih juga. Semua sama!
Jangan bangga sangat dengan kenderaan mewah kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda.
Jangan terlalu syok dengan tempat tidur, tilam yang empuk dan selesa kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad di dalam kubur nanti.
Jangan terlalu ego dan sombong kerana mampu mempunyai rumah mewah sebab rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.
Jangan terlalu ego dengan pangkat, jawatan, harta dan darjat sebab bila mati semua itu tak dapat bawa masuk jugak dalam kubur pun, bekal yang ada pun hanya amalan kita sahaja.
Jangan terlalu bangga dan sombong dengan wajah yang kacak jelita kerana bila mati nanti wajah kita itu juga akan berubah. Jadi tengkorak semua. Pucat lesi, tulang je ada!
Sebenarnya, 14 hari sudah cukup untuk melihat perubahan itu, tidak perlu tunggu sampai sebulan. Kadangkala seminggu pun sudah cukup, kalau pun tidak sehari. Semua terpulang kepada diri sendiri. Mahu berubah atau tidak. Mahu bertaubat dengan sebenar-benar taubat atau tidak. Tepuk dada tanya iman. ISMA WEB


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/selesaikah-masalah-dengan-amaran-14-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peningkatan Ketara Pemberian Vaksin Di Sabah Sejak 10 Hari Lalu Masidi

Peningkatan Ketara Pemberian Vaksin Di Sabah Sejak 10 Hari Lalu Masidi

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 257 hits
Pukulan berbeza Inan inan saling menghibur di pusat vaksinasi orang tua meninsini moginggat sementara menunggu vaksinasi mereka KUALA LUMPUR Program vaksinasi di Sabah dilihat berada pada landasan yang tepat walaupun masih di tangga terenda...
Maafkan Mommy Tak Sangka 14 Hari Maryam Tahan Lapar Hisap Susu Badan Kosong

Maafkan Mommy Tak Sangka 14 Hari Maryam Tahan Lapar Hisap Susu Badan Kosong

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 415 hits
Ibu mana yang nak lihat anak yang dilahirkan sakit Tapi pengalaman ini yang dilalui oleh seorang ibu yang pertama kali melahirkan anak Bukan itu saja pasangan suami isteri ini hampir kehilangan anak comel mereka Melalui apa yang dikongsikan...
Hadith Doa Hari Ini 2 Ogos 2021 23 Dzulhijjah 1442h Isnin

Hadith Doa Hari Ini 2 Ogos 2021 23 Dzulhijjah 1442h Isnin

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 333 hits
Hadist Hari Ini Isnin 23 Dzul Hijjah 1442 Dari Sayyidina Abu Hurairah berkata Baginda Rasulullah bersabda yang maksudnya Seorang Muslim adalah saudaranya orang Muslim yang lain Janganlah ia berkhianat kepada saudaranya itu dan jangan pula m...
Elfira Loy Dikecam Netizen Lebih Pentingkan Sambutan Hari Lahir Anak

Elfira Loy Dikecam Netizen Lebih Pentingkan Sambutan Hari Lahir Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 272 hits
Elfira Loy Dikecam Netizen Lebih Pentingkan Sambutan Hari Lahir Anak JIka kebanyakan orang berasa tertekan bagaimana hendak mengisi perut dan meneruskan hidup ekoran Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dila...
Segerakan Pkpd Bukan Tunggu Selepas 2 Hari

Segerakan Pkpd Bukan Tunggu Selepas 2 Hari

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 396 hits
Kunci kawasan PKPD dengan segera LDP KOTA KINABALU Kerajaan Negeri perlu segera melaksanakan lockdown selepas mengumumkan lokaliti lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Naib Presiden Parti Liberal Demokratik Datuk Chi...
Lebih Pentingkan Hari Jadi Anak Netizen Dakwa Elfira Loy Tak Prihatin Situasi Semasa

Lebih Pentingkan Hari Jadi Anak Netizen Dakwa Elfira Loy Tak Prihatin Situasi Semasa

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 270 hits
Dalam situasi pandemik yang melanda negara pada ketika ini pastinya ramai yang berasa tertekan kerana pastinya ada yang terjejas seperti kehilangan kerja dan sebagainya ARTIKEL BERKAITAN Rayyan Khalaf Tak Makan Cekodok Elfira Loy
Covid 19 Kes Positif Harian Menurun Kepada 15 764 Hari Ini Negeri Pahang Catat 475 Kes

Covid 19 Kes Positif Harian Menurun Kepada 15 764 Hari Ini Negeri Pahang Catat 475 Kes

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 302 hits
PUTRAJAYA Kes harian menurun kepada 15 764 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid 19 sebanyak 1 146 186 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan sebanyak 6 067 kes diikuti oleh Kuala...
Pm Mahiaddin Pengecut Tindakan Licik Pn Gantung Tangguh Sidang Parlimen Hari Ini

Pm Mahiaddin Pengecut Tindakan Licik Pn Gantung Tangguh Sidang Parlimen Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Penangguhan sidang Parlimen hari ini dilihat sebagai tindakan licik kerajaan Perikatan Nasional mengelak daripada berhadapan dengan Ahli ahli Parlimen pembangkang berikutan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin diyakini tela...
Km Umsini Resmi Dimanfaatkan Wali Kota Makassar Targetkan Isolasi 10 Hari

Km Umsini Resmi Dimanfaatkan Wali Kota Makassar Targetkan Isolasi 10 Hari

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 191 hits
Sebanyak kurang lebih 100 pasien terpapar dari 47 puskesmas se kota Makassar menaiki kapal KM Umsini dan akan berlabuh di depan pulau Lae Lae
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan