Selesai Daftar Darjah 1 Tahun 2021 Untuk Dzal
SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL - Alhamdulillah, sejurus je Kementerian Pelajaran buka portal untuk pendaftaran online tahun 1 bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2014. 2 hari selepas itu, mummy terus cepat-cepat daftar online kemasukan darjah 1 untuk Dzal. Ye la, kekadang kita ni sibuk buat itu dan ini. Ada masa boleh terlupa benda yang penting.
Baca juga : Daftar Dhia Darjah 1
Kebiasaannya, benda yang tersangat penting ni. Mummy tak ajar diri untuk berlengah. Sebab bila bertangguh nanti, takut ada perkara yang tak di ingini berlaku seperti website tak boleh masuk, di opis pulak ada kerja urgent berhari-hari.
Tak ke naya??
Baca juga : Cara Daftar Kemasukan Darjah 1
SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL
Seawal pagi, sebelum masuk ofis..mummy singgah terus sekolah untuk Dzal.
Untuk menghantar beberapa dokumen yang sekolah kehendaki.
Alhamdulillah, tak ada siapa pun datang mendaftar masa kedatangan mummy di sekolah. Parking senang, urusan pun senang je
Syukur.. MUrusan mummy berjalan dengan lancar je.
Selepas siap mendaftar kemasukan darjah satu tahun 2021. Semua borang tersebut hendaklah di cetak (print).
Antara dokumen yang perlu di bawa ke sekolah pula :-
Borang yang telah di cetakSurat beranak anak (asal dan fotostat) Salinan kad pengenalan ibubapa / penjagaSslinan sijil perkahwinan ibubapa Bil air / elektrik (asal)
Kesemua checklist ni ada dalam portal Kementerian Pelajaran (permohonan kemasukan darjah 1)
Yeaaaayyy... Selesai pendaftaran kemasukan darjah 1 tahun 2021 untuk Dzal.
Malam sebelum tu, masa nak siapkan dokumen. Ternampak surat beranak Dhia.
Dhia pun daftar darjah satu tahun 2020 tarikh yang sama juga 6 Mac.
Tarikh sama ni... Semua berlaku tanpa di rancang. Allah sebaik-baik perancang !
Baca juga : Daftar Dhia Darjah 1, 6 Mac 2018
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2019/03/selesai-daftar-darjah-1-tahun-2021.html