Selesai 365 Hari Ditahun 2021
SELESAI 365 HARI DITAHUN 2021. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Hari ini 31 Disember 2021, bererti hari ini adalah hari terakhir ditahun ini. Ya Allah. Penutup 2021. In sya Allah malam ini tepat jam 12 malam sudah tentu masing-masing akan menantikan detik 12 malam untuk masuk ke tahun baharu 2022. MasyaAllah. Tetap melangkah ke tahun baharu cuma rasa dan suasana yang jauh berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Semua sedia maklum Dan semua sama-sama merasai rasa ini.
365 macam besar je angkanya. Macam lama sangat je mahu dilalui hari demi hari, sedangkan hakikatnya tidak begitu. Masa terus berlalu dengan sangat pantas. Cepat sehinggakan terkadang berasakan apa yang telah aku lakukan semalam dan hari ini. Apa yang mahu aku lakukan esok. Eh dah masuk lagi hari yang baharu. Sudah berlalu lagi jam-jam yang terus berputar.
Tahun ini tahun mencabar. Kesinambungan daripada tahun sebelumnya tetapi lebih berat dan lebih besar rasa yang perlu ditanggung kita semua. Banyak juga air mata yang tumpah dan hati yang pilu menanggung beban rasa. Kadang ada rasa takut mahu mengeluh berlebihan. Ada rasa bersalah mahu berkata itu dan ini kerana takutnya hujung-hujungnya seperti menyalahkan Tuhan atas semua apa yang terjadi. Nauzubillah. Sedang sebenarnya tidak begitu mahu dan tujuannya.
Hari ini hari terakhir ditahun ini. Boleh jadi sudah banyak apa yang direncana sudah terlaksana. Dan boleh jadi juga cuma sebahagian kecil yang berjaya dilaksanakan. Apa pun itu jangan pernah berhenti berusaha dan teruskan lagi langkah sampai apa yang dimahu Allah restu. Jadikan guru terbaik apa sahaja pengalaman lalu itu. Ke dapan nanti terus bersedia dan berjuang lagi pada tahap yang paling terbaik sedaya dilakukan.
Selamat tinggal 2021 yang mewah warna dan cerita. Selamat datang 2022.
SekianTinta Perdu Cinta ❤SELESAI 365 HARI DITAHUN 2021
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2021/12/selesai-365-hari-ditahun-2021.html