Selesa Tanpa Glamour Zaman Glamor Atau Gemilang Sudah Berlalu



Sebelum ini, dua sepupu ini cukup dikenali dan gemilang dalam bidang masing-masing yang dianggap glamor serta menjadi tumpuan peminat.
Kini, zaman glamor atau gemilang mereka sudah berlalu dan kedua-duanya menerima hakikat menjalani hidup seperti orang biasa.
Bagaimanapun, tidak dapat tidak, baik Tantiana mahupun Khalid mengakui masih menjadi tumpuan masyarakat sehingga kini.
Tantiana Hamzah dikenali menerusi lakonannya dalam filem Melati Putih, Jejaka Perasan dan Minah Manja.
Manakala, Khalid Jamlus pula dikenali sebagai pemain bola sepak pasukan Perak, Selangor dan Kelantan serta bekas pemain skuad negara.
Tantiana, 56, atau nama sebenarnya Fatimah Hamzah mula berlakon sekitar 1979 dan membuat keputusan meninggalkan pentas seni selepas kematian bapanya.
“Sudah hampir 19 tahun saya berhenti berlakon. Kisahnya bermula apabila saya terbabit dengan penggambaran di Johor Bahru.
“Dalam perjalanan ke sana sebelah paginya, saya dah set dalam kepala untuk buat apa yang perlu. Tapi apabila di set fikiran saya jadi kosong. Saya mula syak sesuatu yang tak kena berlaku.
“Saya hubungi keluarga, tapi tak seorang pun jawab panggilan. Ketika itu memang dah rasa tak sedap hati,” katanya.
Menurutnya, selepas beberapa kali mencuba, adik menjawab panggilan dan memberitahu bapa tenat.
“Saya segera buat keputusan untuk undur diri. Saya pulangkan semula wang bayaran kepada produksi dan mereka terima. Syukurlah mereka memahami.
“Apabila bapa meninggal dunia, saya berhenti berlakon untuk jaga ibu. Namun, Disember lalu, ibu meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Saya bersyukur dapat bersama dan menjaganya hingga saat akhir hayatnya,” kata Tantiana.
Pelakon yang mendapat nama komersial Tantiana daripada Allahyarham pelakon A Rahim ini mengakui tidak pernah menyesal dengan keputusan dibuat.
“Siapa yang tak rindu berlakon. Tapi, rindu itu saya letakkan di tangga kedua kerana lebih dahulukan orang tua kerana mereka tak boleh dijual beli di mana-mana,” katanya yang dipanggil Kak Lang oleh Khalid kerana arwah ibunya, kakak kepada ayah Khalid.

Khalid, 44, pernah menjadi perbualan apabila bertindak menjual kasut emas serta pelbagai barangan peribadi termasuk poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang kariernya, kini selesa berniaga makanan di Lepak Court, Jalan Klang Banting, Kampung Sijangkang.
Menurutnya, perkara ini tercetus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama.
“Saya sebenarnya dah menganggur selama tiga tahun. Bukan seperti yang dikatakan sebelum ini di mana saya terjejas selepas kontrak dengan PDRM ditamatkan.
 
KHALID bersama Tantiana di hadapan kedai makan miliknya di Kampung Sijangkang.  
“Sehinggalah tercetusnya PKP, saya berjinak-jinak dengan Facebook dan tengok seorang individu buat live makan.
“Saya tengok sambutan okay dan saya cuba buat dan selepas itu tercetus nak jual barang peribadi sepanjang karier dalam bola sepak semata-mata untuk kelangsungan hidup kerana lama tak bekerja,” katanya.
Dia mengakui terharu kerana pembeli barangan terbabit orang-orang biasa yang sanggup membantunya.
“Pada Oktober tahun lalu ada kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) saya pergi makan di sebuah restoran di Teluk Panglima Garang.

“Saya lalu kawasan ini dan tengok ramai orang. Saya pun masuk dan dapati rupanya medan selera. Ketika makan seorang diri, ada yang menegur.
“Selepas itu, saya jadi rapat dengan seorang peniaga di sini. Tak lama selepas itu, dia beritahu nak berhenti niaga dan tempatnya jadi kosong,” katanya.
Menurutnya, rakan itu bertanya jika dia mahu berniaga di sini, namun dia meminta tempoh untuk fikir.
“Beberapa bulan selepas itu, saya datang semula untuk berbincang. Kalau nak berniaga saya nak buat menu daging salai masak lemak cili api. Itupun makan masa beberapa bulan percubaan untuk dapat citarasa yang sesuai.
“Saya juga rujuk kepada sepupu lain untuk menu terbaik sehingga dapat seperti menu yang dibuat oleh arwah nenek. Ayah berasal dari Negeri Sembilan.
“Kak Lang (Tantiana) juga datang makan dan akui puas hati. Tapi pada dasarnya tiga bulan saya menderita kerana tiada pelanggan. Pernah terjadi hari pertama berniaga tiada pelanggan,” katanya.
Khalid berkata, selepas beberapa hari berniaga, hanya ada seorang pelanggan datang membungkus makanan dan dia tetap bersabar.
“Berkat kesabaran sampai hari ini ada saja pelanggan datang. Saya pun tak jangka sebenarnya akan berniaga kerana ia bukan bidang saya,” katanya.
Selain berniaga, Khalid turut membantu pemasaran tempat ini dengan mempromosikan kepada rakan-rakan.
“Ada stesen tv (televisyen) datang buat liputan dan selepas itu ramai yang datang makan. Bila gerai saya dikenali, ada orang tawarkan saya untuk buka restoran di kawasan elit.
“Dia tawarkan komisen yang berpatutan tapi saya tolak kerana masih belum bersedia,” katanya.-HM
The post Selesa Tanpa Glamour..”Zaman Glamor Atau Gemilang Sudah Berlalu..” appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/10/selesa-tanpa-glamour-zaman-glamor-atau-gemilang-sudah-berlalu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Mee Kuah Atau Mee Rebus Menu Buka Puasa

Resepi Mee Kuah Atau Mee Rebus Menu Buka Puasa

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 628 hits
Selain laksa zaza memang penggemar masakan mee macam mee goreng basah mee hailam mee kari atau mee rebus Kalau keluar kemana mana dan singgah makan zaza selalu pilih laksa penang makanan utama tapi jika tak ada barulah zaza akan pilih masak...
Muhammad Sajjad Lolos Menyorok Di Thailand Tak Pasti Sama Ada Guna Mouse Way Atau Pakej Pelancongan

Muhammad Sajjad Lolos Menyorok Di Thailand Tak Pasti Sama Ada Guna Mouse Way Atau Pakej Pelancongan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 281 hits
The ReporterPerkembangan terkini usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dipercayai sedang menyorok di Thailand bagi mengelakkan ditahan dan dikenakan tindakan undang undang setelah Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan wara...
Cara Semak Sama Ada Data Facebook Anda Bocor Atau Tidak

Cara Semak Sama Ada Data Facebook Anda Bocor Atau Tidak

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 438 hits
Semalam telah tular berita mengenai Data yang diambil daripada maklumat yang terdapat pada profil Facebook itu telah dikumpul dan dijual di forum penjualan data popular Data berkenaan pada asalnya dijual secara tertutup dan dikumpul pada ta...
Bacaan Tekanan Darah Normal Tinggi Atau Rendah Ini Maksud Nombor Pada Blood Pressure Monitor

Bacaan Tekanan Darah Normal Tinggi Atau Rendah Ini Maksud Nombor Pada Blood Pressure Monitor

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 2168 hits
Berapa bacaan tekanan darah normal ye Tak reti pulak aku nak tengok dekat alat ni Apa maksud dua dua nombor ni Jantung kita bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat Bagi pesakit darah tinggi penting untuk anda menguku
Ada Tindakan Atau Tak Biar Saya Settle Sendiri Neelofa Buka Mulut Isu Langgar Sop

Ada Tindakan Atau Tak Biar Saya Settle Sendiri Neelofa Buka Mulut Isu Langgar Sop

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 444 hits
Berikutan isu melanggar Prosedur Operasi Standard dan didakwa berbulan madu di Langkawi beberapa hari lalu selebriti terkenal Neelofa akhirnya tampil memberi jawapan terhadap segala persoalan dalam fikiran netizen Memetik temubual bersama G...
Sedekah Atau Rezeki

Sedekah Atau Rezeki

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 748 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahteraSedekah atau rezeki Sedekah atau rezekiKadang kadang kita dedakh RM1 00 esoknya orang belanja kita makan Kadang kadang sedekah RM5 00 tiba tiba saja rezeki datang Kadang kadang sedekah RM10 00 tiba tiba ...
Hadapi Pertuduhan Mahkamah Berehat Atau Letak Jawatan

Hadapi Pertuduhan Mahkamah Berehat Atau Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 312 hits
SHAH ALAM Mana mana pe mim pin UMNO yang berdepan pertuduhan mahkamah harus berehat daripada parti atau meletak jawatan kerana mereka meninggalkan tanggapan buruk dalam kalangan rakyat Bekas Naib Presiden UM NO Tan Sri Muhammad Muhammad Tai...
Gesaan Segerakan Pemilihan Untuk Umno Benar2 Kembali Berkuasa Atau Supaya Parti Mudah Digadai Kepada Mahiaddin

Gesaan Segerakan Pemilihan Untuk Umno Benar2 Kembali Berkuasa Atau Supaya Parti Mudah Digadai Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 325 hits
Berikutan gesaan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin agar pemilihan UMNO tahun ini disegerakan dan diadakan sebelum PRU15 ramai yang terikut ghairah menambah garam dan gula bagi memeriahkan lagi saranan tersebut Lebih lebi...
Hukum Keluar Zakat Fitrah Pada Awal Atau Pertengahan Ramadhan

Hukum Keluar Zakat Fitrah Pada Awal Atau Pertengahan Ramadhan

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 831 hits
Hukum Keluar Zakat Fitrah Pada Awal Atau Pertengahan Ramadhan Kita nak puasa dah kemudian datang hari yang ditunggu tunggu iaitu hari raya aidil fitri Hari raya wajib disambut dengan gembira kerana kita telah berjuang berpuasa selama sebula...
Investor Partnering Benefits Risks

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambut Raya Aidiladha Di Bandar

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Selesai Urusan Pasport