Selepas Tamatnya Politik Baharu Di Malaysia Apakah Ada Harapan


 (artikel ini diterbitkan pada 29 sept 2020)
By Johan Saravanamuttu -3,oktober  2020Photograph: Eric ThooWalaupun arus di sebalik politik baharu nampak seperti bebayang sendiri yang pudar, Johan Saravanamuttu teruja dengan kemunculan sebuah kumpulan idealistik.
Izinkan saya berkongsi beberapa pandangan jujur tentang apa yang dah berlaku kepada janji ‘politik baharu’, kejatuhan ‘Malaysia Baharu’ sekitar tahun 2020, dan masa depan politiknya. 
Kemuncak politik baharu berlaku pada 9 Mei 2018, apabila Pakatan Harapan menumpaskan Barisan Nasional, yang telah memerintah selama enam dekad. Dalam 21 bulan, bagaimana pun, lesap macam asap harapan Malaysia Baharu dek Langkah Sheraton pada 23 Februari 2020.
Tak perlu saya ungkit lagi turutan bedilan bertalu-talu segala peristiwa seminggu yang ditakdirkan dalam bulan Februari yang telah mengubah Malaysia. Pendeknya, kerajaan gabungan baharu, Perikatan Nasional, di bawah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, telah ditabalkan. Ia telah stabilkan diri dalam enam bulan yang singkat dan mendapatkan sebahagian besar keyakinan dan keseluruhan sokongan politik, tidak kurang kerana kecekapan dalam mengendalikan rewakan meranah virus korona. 
Dalam tinjauan Merdeka Center yang terkini, 51% daripada 3,415 responden merasakan negara berada dalam landasan yang betul, dan sejumlah luar biasa besar 93% memberikan markah penuh kepada kerajaan atas sebab pengurusan rewakan meranah. Perdana menteri menerima rating perkenan 69% dan gabungannya yang memerintah, PN, mendapat 51% lebih tanda penerimaan, jauh meninggalkan PH (25%).
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or bothMake a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarterBecome an Aliran memberJika PH dianggap sebagai penyebar politik baharu, jadinya dapatan tinjauan telah memberi hentaman dahsyat, barangkali juga suatu pukulan maut. 
Untuk orang biasa di luar sana, cara PN mengendalikan situasi Covid-19 tampak seperti mendahului semua pertimbangan lain. 
Namun 58.8% responden masih menganggap hal ehwal ekonomi ialah masalah paling besar yang dihadapi negara.”Politik” cuma diambil perhatian oleh hanya 2.6% respoden!
Satu lagi penemuan menarik adalah 61% daripada responden bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap kes rasuah dan salah guna kuasa Najib Razak.
Quo vadis, nak ke mana politik baharu?Kita putar kembali sebentar idea politik baharu dan timbulkan beberapa soalan terang bersuluh. Apa yang kita maksudkan dengan istilah itu dan apakah detik-detik gentingnya? Mengapa dan bagaimana janji politik baharu lenyap? Apa yang ada pada masa depan?
READ MORE:  Sabah election: PN poster in? BN poster out?Dalam buku New Politics in Malaysia, disunting bersama oleh Francis Loh pada tahun 2003, kita lihat ia sebagai daya penggerak wacana di sebalik gerakan pembangkang dalam pilihan raya 1999. 
Dalam Old vs New Politics (2009) Francis Loh telah mengutarakan bahawa ‘politik lama’ bersifat politik wang dan undang-undang yang menekan sementara politik baharu menuntut “keadilan masyarakat dan penyertaan yang lebih demokratik, ketelusan dan amanah, dan pada asasnya adalah berbilang kaum”.
Dalam Power Sharing in a Divided Nation (2016) tulisan saya, politik baharu ditakrifkan sebagai “politik penyertaan secara langsung yang berpenglibatan rakyat dalam lingkungan awam dengan sasaran mengangkat nilai demokrasi dan hak asasi manusia mengatasi dan melebihi kepentingan etnik”. Gabungan kritis politik baharu mengambil tempat pada tahun 2008, apabila BN hilang majoriti dua pertiga kerusi parlimennya. Tiga pilihan raya berikutnya, ia hilang kuasa kepada politik baharu.
Di bawah kerajaan PH selama 22 bulan, mungkin ada harapan untuk perkembangan politik baharu berlandaskan kepada Malaysia Baharu. Kita telah punyai kerajaan berbilang kaum yang memacu perubahan di garis yang disebutkan di atas, sungguhpun ada salah silap langkah sepanjang jalan.
Bagaimanapun, pergelutan kepimpinan antara Mahathir dengan Anwar dan persengketaan dalaman PKR dan Bersatu menghakis laba tak seberapa yang telah dicapai. Banyak ulasan politik sepanjang dua tahun dalam laman sesawang Aliran dan di laman lain boleh mengiyakan perkara ini. 
Di akhirnya, Langkah Sheraton telah melepaskan emosi dan kuasa timbal balas tidak lagi tertahan dari disekat pada hujung Februari. Dan semenjak Mac, kita telah saksikan satu babak peristiwa-peristiwa dan perkembangan yang telah membatalkan banyak arah tuju positif politik baharu.
Lanskap politik baharuNamun adakah kita telah kembali kepada politik lama yang lampau? Ramai penganalisa politik nampaknya percaya bahawa politik ketuanan Melayu telah kembali, seperti yang digambarkan oleh Henry Loh. Ini sebahagian besarnya adalah benar, jikalau dilihat Muafakat Nasional, yang terdiri daripada parti-parti Melayu seperti Umno dan Pas, mempunyai kumpulan terbesar dalam penyokong PN. Parti Muhyiddin, iaitu Bersatu, telah memilih untuk menyertai gabungan tersebut. 
Tetapi rupa bumi politik menuju kemerosotan dengan dicemari politikus yang menghadapi perbicaraan rasuah. Ia juga telah dipenuhi dengan katak politik dan pembangkang yang tidak berapa diyakini. Blok pemerintah sekarang ini ramainya Melayu dan hidup dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang lebih majmuk. 
Apakah bentuk ‘haiwan’ politik baharu Malaysia akan terlahir masih tinggal ketidak pastian. Pengundian di Parlimen paling terkini untuk Rang Undang-undang Perbekalan telah menyaksikan undi menyokong yang sedikit lagi tipis melayang: 111-106, dengan lima tidak hadir. Undian terhadap bajet dalam tahun ini nyaris-nyaris boleh jadi satu lagi alah untuk PN.
Parti-parti kerajaan telah menang tiga pilihan raya kecil sejak pelantikan PN pada awal Mac. Pilihan raya kecil Slim RIver pada 29 Ogos di kerusi majoriti Melayu 75% di Perak telah melihat calon Umno menang 85% undi terhadap calon yang diletakkan oleh parti baharu Mahathir iaitu Pejuang.
Tapi ini bukan semestinya petanda kukuh kekuatan muktamad PN dalam pilihan raya umum. Lanskap politik Malaysia yang boleh berubah menjadikan masa depan tidak dapat ditenung.
Sementara itu, perubahan politik telah mengocak Sabah. Harapan pembelotan daripada parti Warisan yang memerintah telah memaksa Ketua Menteri Shafie Apdal untuk membubarkan dewan undangan negeri, membuka jalan kepada pilihan raya mengejut pada 26 September 2020.
Sarawak kelak akan mengadakan pilihan raya negeri, tempohnya hingga 2021 tapi dijangka akan diadakan penghujung 2020.
Nampaknya seolah Malaysia telah berada di dalam kancah perubahan politik yang berterusan atau juga kacau-bilau sejak pilihan raya 2018.
Pilihan raya Sabah menjadi ujian sebenar untuk gabungan PN, yang kekal tak terbukti di wilayah Malaysia Timur, sementara kuasa lama Umno telah dihantui oleh pemimpinnya yang korup.
Gabungan GPS, yang menyokong PN, nampak agak stabil dan tak mungkin kalah dalam pilihan raya negeri Sarawak.
READ MORE:  Political coalitions on shaky groundDengan dua pilihan raya negeri yang akan berlaku, lanskap keseluruhan Malaysia boleh berubah lagi dalam bulan-bulan yang mendatang.
Jelas sekali, politik baharu yang kita kenali telah lesap – sedang daya yang membawanya ke hadapan kini lemah dan adalah bayangan pucat dari masa lalu.
Harapan segar mudaKita lihat pergerakan baharu belia. Penganjuran Parlimen Digital – suatu inisiatif oleh kumpulan belia Undi18, Challenger Malaysia dan Liga Rakyat Demokratik – yang telah mengkagumkan ramai pemerhati politik.
Peristiwa ini menyaksikan sati perhimpunan maya berbilang etnik seramai 222 belia selama dua hari penuh dalam pelaksanaan simulasi Parlimen Malaysia. Peserta telah berhujah berbincang dan meluluskan rang undang-undang dan dasar.
Di bawah adalah beberapa fakta ringkas tentang komposisi ‘ahli-ahli parlimen’ muda ini:
Mereka berumur antara 15 dan 35, dengan purata mereka yang akhirnya dipilih adalah 21 tahun. 58% daripada mereka tak pernah mengundi.Sejumlah 30% daripada mereka adalah wanita, dengan kepelbagaian diwakili oleh orang kelainan upaya, Orang Asli dan komuniti etnik Siam.Perwakilan komuniti Orang Asal adalah seramai 4% daripada kerusi Sabah dan Sarawak.Dari segala yang diterangkan, Parlimen Digital membuktikan ia adalah amat mengagumkan dengan Belia Malaysia mempamerkan daya usaha yang cemerlang. Mereka juga menandingi anggota dewan yang sebenar, yang mana sudah jadi tabiat buat ramai antara mereka untuk kelahi dan berkelakuan biadap seperti ditunjukkan dalam sidang Ogos di Dewan Rakyat.
Barangkali dek kejayaan Parlimen Digital, Ahli Parlimen sebenar yang paling muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah membawakan satu gerakan atau parti belia yang berbilang agama dan berbilang kaum (Muda). Beberapa ahli profesional muda telah pun sertai dan bersedia untuk meneruskan idea pembaharuan ekonomi – tanpa kronisme yang biasa berlaku.
Dengan diberi perkembangan dari kalangan belia Malaysia, kita patut rasa teruja bahawa masa depan lanskap politik Malaysia yang maju ke hadapan sedang ditempa.
Johan Saravanamuttu
Penyunting bersama, surat berita Aliran
4 September 2020Diterjemahkan oleh Shazni Bhai










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/selepas-tamatnya-politik-baharu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Malaysia Muhyiddin Dalam Keadaan Tidak Selamat

Politik Malaysia Muhyiddin Dalam Keadaan Tidak Selamat

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 254 hits
Pada 8 Oktober 2020Oleh Liew Chin TongAda semacam kegelisahan dalam politik Malaysia pada ketika ini Pada akhirnya nanti status quo tidak akan kekal Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meniti tebing tebing politik sejak Langkah S...
Percaturan Politik Sengit Selepas Pengumuman Anwar

Percaturan Politik Sengit Selepas Pengumuman Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 337 hits
Via WhatsApp Sy cerita apa yg sy tahu DSAI tak kata GPS ke parti mana yg sokong DSAI kata cukup majoriti yg lebih kuat berbanding Abah Din Semua pakat melompat Kata kunci ada pada Zahid Zahid kata apa Zahid kata dia tak boleh nak sekat majo...
Anwar Pm Politik Malaysia Kembali Stabil

Anwar Pm Politik Malaysia Kembali Stabil

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 264 hits
Merafak Kesyukuran ke hadrat Ilahi dan Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong kerana telah memperkenankan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempersembahkan keterangan lengkap jumlah majoriti Ah...
Hasnul Hadi Menyandang Jawatan Baharu Di Sony Worldwide Studio Malaysia

Hasnul Hadi Menyandang Jawatan Baharu Di Sony Worldwide Studio Malaysia

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 303 hits
Bekas Naib Presiden Kandungan Kreatif Digital MDEC Hasnul Hadi menyertai Sony Worldwide Studios Malaysia yang baru sahaja dibuka penghujung tahun lepas Beliau menyandang jawatan baharu iaitu Ketua Studio syarikat tersebut Sebelum MDEC Belia...
Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 348 hits
KUALA LUMPUR Kes baharu COVID 19 hari ini mencatat sedikit peningkatan kepada 57 kes berbanding 52 semalam dengan 51 jangkitan tempatan dan enam kes import Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Sabah kekal sebagai...
Mohammadin Ketapi Padam Video Selepas Cabar Rakyat Malaysia Tengok Video Penuh

Mohammadin Ketapi Padam Video Selepas Cabar Rakyat Malaysia Tengok Video Penuh

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 444 hits
Penghina polis dan tentera Mohammadin Ketapi telah memohon maaf Beliau mempertikaikan orang ramai yang hanya membuat kesimpulan selepas melihat keratan video yang tular itu Bekas Menteri kerajaan Pakatan Harapan itu mendakwa keratan video i...
Muhyiddin Gagal Tadbir Negara Malaysia Perlukan Kepimpinan Baharu

Muhyiddin Gagal Tadbir Negara Malaysia Perlukan Kepimpinan Baharu

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 252 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap gagal mentadbir negara apabila gagal menangani pelbagai isu yang membelenggu rakyat ketika ini Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Selangor Mohd Khairool Ngadon berkata perkara ini bo...
287 Kes Baharu Malaysia Masih Pkpp Abah Dijangka Pengerusi Mesyuarat Khas Covid 19 Hari Ini

287 Kes Baharu Malaysia Masih Pkpp Abah Dijangka Pengerusi Mesyuarat Khas Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 298 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia semalam memaklumkan sebanyak 287 kes baharu positif Covid 19 yang merupakan penularan tempatan Jumlah itu menjadikan jumlah kes positif Covid 19 di Malaysia adalah sebanyak 11 771 kes Negeri Kedah mencatatkan ...
Muka Baharu Mtuc Selepas Pemilihan Perwakilan Khas

Muka Baharu Mtuc Selepas Pemilihan Perwakilan Khas

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 332 hits
Shah Alam Pertama kali dalam sejarah 71 tahun Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia saingan untuk jawatan tertinggi dalam persidangan perwakilan 3 tahun sekali berakhir dengan keputusan seri Penyandang jawatan presiden Dato Abdul Halim Mansor d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon