Selepas Setahun Saya Tetap Pilih Ph Prof Agus



Selepas setahun … ‘Saya tetap pilih PH’ – Prof AgusPosted By: Pentadbiron: May 05, 2019 Print EmailSetahun yang lalu, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan PH untuk membawa pembaharuan kepada negara. Rakyat mahu isu 1MDB diselesaikan, rasuah dihapuskan, urus tadbir negara diluruskan, reformasi institusi dilaksanakan, hak politik mereka dihormati, dan paling utama bebanan kos hidup menurun.Namun, menghampiri setahun rakyat kecewa. Kekalahan PH di tiga PRK adalah bukti kekecewaan tersebut. Rakyat menghantar mesej kepada kerajaan PH.Mengapa rakyat kecewa?Rakyat kecewa kerana perlahannya tindakan reformasi kerajaan, lambatnya tindakan kerajaan menyelesaikan skandal 1MDB, kecewa kerana harga komoditi sawit dan getah jatuh teruk, kecewa kerana menteri PH kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah sesama mereka, kecewa pemansuhan GST tidak menurunkan kos hidup dan harga barang, kecewa kerana kerajaan PH mengubah kaedah bayaran PTPTN dari janji asal manifesto mereka, dan kecewa kerana kurangnya peluang pekerjaan.Selain itu, rakyat juga kecewa kerana kerajaan PH meneruskan dasar kerajaan dahulu yang tidak sesuai seperti meneruskan harga mingguan minyak dan AES, kecewa dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, dan paling utama kecewa dengan iltizam politik PH dalam melaksanakan janji manifesto PRU-14nya.Bagaimana reaksi PH apabila dikritik?Reaksi PH mudah. Mereka meminta rakyat bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan PH. Kata mereka, kerajaan PH ini ibarat bayi yang baru setahun, takkanlah hendak mengharapkan bayi ini terus berlari. Kata mereka lagi, banyak hal perlu diselesaikan oleh kerajaan untuk memastikan segala janji dapat ditunaikan. Ini kerana PH mengambil alih pentadbiran yang sudah rosak. Bila sudah rosak, maka ini memakan masa untuk memperbetulkan semuanya.Tidak hanya itu, PH juga menyatakan faktor utama manifesto tidak dapat dilaksanakan adalah disebabkan negara ketiadaan wang. Ini kerana wang negara telah banyak dirembat oleh kerajaan kleptokrat terdahulu. Atas hujah ini, kerajaan PH meminta rakyat faham dan bertimbang rasa.Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, parti mana pilihan saya?Saya melihat kedua-dua parti PH dan parti oposisi mempunyai hujah masing-masing. Tetapi jika dikehendaki memilih parti mana pilihan saya, sekiranya pilihan raya diadakan (dalam tempoh terdekat ini), saya memilih untuk mengundi PH.Pertama, jikapun PH ada kelemahan, saya dapati pemimpin PH belum lagi terlibat dalam gejala rasuah atau penyelewengan kuasa yang besar. Bagi parti oposisi PAS dan BN pula, jikapun mereka telah menunjukkan penyatuan yang tentunya baik untuk Melayu dan Islam, saya hairan apabila masih ada lagi dalam kalangan pemimpin mereka yang mempertahankan 1MDB dan salah laku kerajaan dahulu.Kedua, walaupun kerajaan PH masih lagi mempunyai hala tuju yang kurang jelas dan ada dalam kalangan menterinya kurang kompeten, saya setuju dengan pandangan supaya kerajaan ini perlu diberikan peluang untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Saya percaya hatta jika mempunyai lampu Aladdin sekali pun, kerajaan PH tidak boleh merubah Malaysia dalam masa setahun. Ini kerana saya melihat besarnya kerosakan Malaysia sebelum PRU-14 yang lalu.Ketiga, saya melihat kerajaan PH berwajah Malaysia, manakala PAS dan UMNO masih lagi terikat rapat dengan politik perkauman. Dalam dunia tanpa sempadan, saya percaya politik Malaysia perlu keluar dari politik sempit sebegini untuk maju ke depan.Keempat, biarpun PH masih perlahan dalam tindakannya untuk membawa perubahan institusi seperti yang dijanjikan, saya nampak kesungguhan kerajaan PH untuk membawa perubahan tersebut. Ini dapat dilihat dalam kes pelantikan Pengerusi SPR, SPRM, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara—yang saya yakin dapat membawa negara ke depan. Saya juga dapati kesungguhan kerajaan untuk memerangi rasuah, meningkatkan kebebasan media, dan menghormati hak-hak politik rakyat.Kelima, saya melihat kerajaan PH masih tidak tergelincir dari landasan objektif dan misi mereka untuk menambahbaik urus tadbir dan pengurusan pembangunan ekonomi negara. Pada hemat saya, setakat waktu ini, perlahan pun tidak mengapa asalkan manifesto yang dijanjikan dapat ditunaikan sebelum PRU ke-15.Kita masih ada empat tahun lagi sebelum tempoh kerajaan PH berakhir. Dalam tempoh tersebut, masih banyak lagi perkembangan yang akan berlaku. Untuk mengekalkan pemerintahannya, kerajaan PH perlulah bertindak ke hadapan sesuai dengan aspirasi rakyat dan bukan lagi mencari alasan. Selesaikan tiga perkara: tunaikan manifesto PRU-14, selesaikan isu anak muda berkaitan dengan PTPTN dan peluang pekerjaan, dan turunkan kos hidup rakyat.Bagi parti oposisi pula, mereka juga mempunyai peluang untuk menang dalam PRU akan datang. Kekalkan perpaduan dalam pakatan oposisi, mantapkan kerjasama bersama dengan parti-parti bukan Melayu, dan tidak lagi mempertahankan perkara yang salah di mata rakyat.Semoganya, politik Malaysia ke depan adalah politik demokratik yang menjunjung hak-hak rakyat dan negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/selepas-setahun-saya-tetap-pilih-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iphone Is Cancelled Netizen Mula Pilih Vivo Selepas Lihat Selfie Tokti

Iphone Is Cancelled Netizen Mula Pilih Vivo Selepas Lihat Selfie Tokti

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 301 hits
Nama Dato Sri Siti Nurhaliza tidak lagi asing buat rakyat Malaysia malah menjadi salah seorang penyanyi lagenda tanah air Bukan sahaja terkenal di Malaysia Siti Nurhaliza turut dikenali sehingga di Indonesia dan Eropah kerana kelunakan suar...
Selepas Setahun Masa Untuk Fokus Kos Sara Hidup Rakyat

Selepas Setahun Masa Untuk Fokus Kos Sara Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 316 hits
Selepas setahun masa untuk fokus kos sara hidup rakyatPosted By on May 09 2019Masa sudah tiba untuk kerajaan memberi tumpuan penuh kepada usaha menangani isu kos sara hidup yang jadi perhatian rakyat keseluruhannya kata Daim Zainuddin genap...
Setahun Ph Kedah Sokongan Ph Merosot Selepas Pru 14

Setahun Ph Kedah Sokongan Ph Merosot Selepas Pru 14

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 300 hits
Temubual Eksklusif Bersama YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir 1 Tahun Pakatan Harapan Kedah SOKONGAN PH MEROSOT SELEPAS PRU 14
Mic Setahun Mentadbir Ph Terus Khianati Rakyat

Mic Setahun Mentadbir Ph Terus Khianati Rakyat

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 366 hits
Presiden MIC SA Vigneswaran mengecam Pakatan Harapan dengan menyifatkan selama setahun pentadbiran gabungan itu ia hanya mengkhianati rakyat Namanya Pakatan Harapan Tapi terus mengkhianati rakyat Inilah pencapaian setahun kerajaan baru Paka...
Jangan Pukul Anak Menangis Bawah Setahun Waktu Itu Mereka Sedang Doakan Kita

Jangan Pukul Anak Menangis Bawah Setahun Waktu Itu Mereka Sedang Doakan Kita

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 546 hits
Peringatan untuk ibu bapa yang ada anak kecil kenapa kita dilarang memukul anak kecil yang sedang menangis Mesti ibu bapa akan rasa habis tu kalau anak mengamuk menjerit tak kan nak biarkan Mesti kena ajar Berdasarkan hadis Rasulullah SAW b...
Setahun Kerajaan Ph Segalanya Sudah Cukup Jelas Buat Rakyat Menilai

Setahun Kerajaan Ph Segalanya Sudah Cukup Jelas Buat Rakyat Menilai

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR 7 Mei 8211 Tarikh 9 Mei ini genap setahun Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Namun begitu sehingga ke hari ini masih belum ada apa apa yang boleh dib
Genap Setahun

Genap Setahun

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 464 hits
Hari ini genaplah setahun mama menjadi yatim piatu Perasaan menjadi yatim apabila kehilangan mak pada tahun 2015 Dan perasaan kehilangan ayah pada tahun 2018 merangkap tahun kehilangan kedua in bapa adalah berlainan Sangat2 lain bila dua du...
Setahun Yang Gagal Gred E Untuk Kerajaan Ph

Setahun Yang Gagal Gred E Untuk Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 254 hits
SETAHUN yang berlalu adalah sesuatu yang sia sia dan sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan kerajaan Menutup segala kelemahan mereka maka manifesto dikatakan bukan kitab suci dan sudah p...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara