Selepas Paling Tadah Dari Bersatu Hajiji Bakal Hilang Kerusi Km Pula


agendaily.com07/01/2023
Datuk Seri Hajiji Noor yang berpaling tadah daripada Bersatu bakal hilang kerusi Ketua Menteri kepada sama ada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal atau Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Barisan Nasional (BN) dijangka bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti kecil lain untuk menawarkan kerajaan negeri baharu, menggantikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pada masa sama, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang mempunyai tiga ADUN, turut mengikut jejak 18 ADUN UMNO menarik sokongan kepada GRS dan Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya, Peter Anthony, Presiden KDM dan ADUN Melalap, bersama Juil Nuatim (ADUN Limabahau) dan Datuk Wetrom Bahanda (ADUN Bandau) percaya ADUN Sulaman Datuk Seri Hajiji Noor kekurangan majoriti untuk menjadi Ketua Menteri,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Peter, yang pernah menjadi Naib Presiden Parti Warisan, memetik Perlembagaan Negeri Sabah yang menyatakan bahawa seorang KM harus menjadi pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi semasa pilihan raya negeri (PRN).

Beliau seterusnya berkata di bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, Hajiji sepatutnya meletakkan jawatan serta-merta.

Setakat ini, Hajiji mendapat sokongan daripada 15 bekas ADUN Bersatu; masing-masing tujuh daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH), enam daripada Parti Solidariti Tanah Airku, masing-masing seorang daripada Pakatan Harapan Rakyat Sabah, Parti Progresif Sabah dan PAS Sabah.

Bagaimanapun difahamkan, ADUN PH juga akan memberi sokongan kepada BN dan Warisan membentuk kerajaan negeri baharu, sesuai dengan kerjasama ketiga-tiga parti itu dalam Kerajaan Persekutuan.

Tujuh ADUN PH ialah Datuk Christina Liew (Api-Api); Datuk Fung Ming Poon (Tanjung Papat); Datuk Ewon Benedick (Kadamaian); Phoong Jin Zhe (Luyang); Jannie Lasimbang (Kepayan); Tan Lee Fatt (Likas); dan Peto Galim (Inanam).

Ewon yang mewakili UPKO kini adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi setelah menang Parlimen Penampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Bagaimanapun, pada sidang media sebelum UMNO dan KDM menarik sokongan terhadap GRS dan Hajiji, ketujuh-tujuh ADUN PH itu dalam kenyataan bersama menafikan memberi sokongan kepada mana-mana pihak.

Terdahulu, dalam sidang media khas malam tadi, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa kerjasama asas di bawah payung longgar GRS dilakukan antara BN Sabah, Perikatan Nasional (PN) dan PBS pada PRN 2020 apabila mereka mengalahkan Warisan dan PH.

Menurutnya Hajiji dipilih sebagai KM kerana ketika itu beliau adalah Pengerusi Bersatu Negeri Sabah di bawah PN.

“Apabila beliau memutuskan untuk meninggalkan Bersatu (pada 8 Disember 2022), keseluruhan kerjasama berakhir,” kata Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag.

Selain itu, beliau berkata Hajiji dan GRS telah melanggar kerjasama dengan BN dengan memecat ADUN Usukan daripada UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai pengerusi cabang pelaburan negeri Qhazanah Sabah Berhad.

Merujuk kepada Perkara 6(3) dan Perkara 6(7) Perlembagaan Sabah, Bung Moktar berkata Hajiji mengelirukan rakyat dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan mengatakan beliau adalah ahli GRS secara langsung.

“Ini bertentangan dengan Perlembagaan Negeri yang mewajibkan Ketua Menteri daripada parti yang mempunyai majoriti tertinggi di DUN.

“Kami meminta Yang Di-Pertuan Sabah melihat kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri dan kesahihannya mengikut Perlembagaan Negeri,” katanya.

Bung berkata Hajiji juga tidak membincangkan rancangan untuk rombakan Kabinet yang diumumkan awal Jumaat seperti yang diperlukan di bawah kerjasama antara GRS dan BN Sabah.

Keputusan menarik diri, tambahnya, melibatkan 17 ADUN dan bekas ADUN Parti Bangsa Malaysia Datuk Mohammadin Ketapi.

Bagaimanapun, tanpa menamakan sesiapa, beliau mengakui sekurang-kurangnya lima ADUN UMNO masih belum menyokong langkah menarik balik sokongan terhadap GRS dan Hajiji.

“Kami masih berbincang dengan mereka kerana ini adalah keputusan melibatkan parti dan bukannya individu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata parti itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengikut keputusan parti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/selepas-paling-tadah-dari-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Kerusi Parlimen Sabah Bakal Di Kosongkan

4 Kerusi Parlimen Sabah Bakal Di Kosongkan

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 101 hits
Bersatu sudah menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat untuk memastikan bahawa telah berlaku kekosongan luar jangka membabitkan empat kerusi Parlimen di Sabah yang didakwa ditandingi sebagai ahli Bersatu kata naib presidennya Ronald Kia...
Menteri Gelabah Bila Bersatu Minta Speaker Kosongkan Kerusi Papar

Menteri Gelabah Bila Bersatu Minta Speaker Kosongkan Kerusi Papar

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 83 hits
Menteri gelabah bila Bersatu minta Speaker kosongkan kerusi PaparAhli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali dan tiga ahli Parlimen Sabah yang lain mencetuskan konflik Perlembagaan Persekutuan Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali mempe...
Uk Bakal Hadapi Kemelesetan Paling Buruk Dalam Kalangan Negara G7

Uk Bakal Hadapi Kemelesetan Paling Buruk Dalam Kalangan Negara G7

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 318 hits
UK bakal hadapi kemelesetan paling buruk dalam kalangan negara G7 Dikemas kini 17 saat yang lalu Diterbitkan pada 3 Jan 2023
Bersatu Maklum Kepada Speaker Kononnya 4 Kerusi Di Sabah Kosong

Bersatu Maklum Kepada Speaker Kononnya 4 Kerusi Di Sabah Kosong

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 106 hits
NASUHA RAHMANParti Pribumi Bersatu Malaysia telah menghantar notis kepada Yang di Pertua Dewan Rakyat untuk memaklumkan bahawa telah berlakunya kekosongan empat kerusi luar jangka dalam kalangan ahli ahli Dewan Rakyat Ini kerana pemenang di...
Treasure Bakal Adakan Konsert Jelajah Dunia Di Kuala Lumpur Pada Mac 2023

Treasure Bakal Adakan Konsert Jelajah Dunia Di Kuala Lumpur Pada Mac 2023

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 169 hits
Nampaknya akan ada ramai kumpulan K Pop yang akan mengadakan konsert mereka di Malaysia pada 2023 nanti ARTIKEL BERKAITAN Terbaru YG Entertainment telah mengumumkan bahawa kumpulan TREASURE akan melakukan konsert jelajah dunia 2023 mereka 2...
Tahun Depan Heru Budi Bakal Rehabilitasi Total Sekolah Di Dki Jadi Tahan Gempa

Tahun Depan Heru Budi Bakal Rehabilitasi Total Sekolah Di Dki Jadi Tahan Gempa

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 133 hits
Heru juga telah memerintahkan kepada jajaran Pemprov DKI untuk membuat konsep sekolah tahan gempa untuk tahun 2022 sampai 2044
Polisi Bakal Lakukan Penyekatan Hingga Tilang Elektronik Pada Malam Tahun Baru Di Dki

Polisi Bakal Lakukan Penyekatan Hingga Tilang Elektronik Pada Malam Tahun Baru Di Dki

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 91 hits
Adapun kata Latif pihaknya juga akan melakukan penyekatan di daerah penyangga Khususnya untuk warga yang hendak melakukan konvoi dan arak arakan pada saat malam tahun baru
2024 Ipad Lipat Dirumorkan Bakal Dirilis Berapa Perkiraan Harganya

2024 Ipad Lipat Dirumorkan Bakal Dirilis Berapa Perkiraan Harganya

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 96 hits
Apple dikabarkan sedang bersiap untuk memasuki kategori produk baru yakni perangkat lipat Munculnya rencana ini membuat desas desus yang beredar bahwa itu akan mematikan produk iPad mini Kabar itu berhembus jika iPad lipat meluncur di pasar...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Persediaan Awal Haji

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat