Selepas Mendakwa Menjadi Kaya Kini Jutawan Tahi Bintang Ghaib


Seorang lelaki di Sumatera Utara yang sebelum ini didakwa menjadi jutawan segera selepas tahi bintang (meteor) jatuh di atap rumahnya, kini didakwa bersembunyi.
Ia selepas orang tengah yang menjadi pengantara urusan jual beli tahi bintang itu mendakwa bahawa lelaki Indonesia berkenaan tidak menerima wang sebanyak 200 juta rupiah (RM57,863. 80) sebagai balasan menjual objek terbabit.
Malah, Jared Collins, warga Amerika Syarikat (AS) yang menetap di Bali itu juga menafikan sama sekali laporan media antarabangsa bahawa tahi bintang itu bernilai 25 bilion rupiah (RM7.2 juta).
Menjelaskan perkara itu, Collins berkata, dia hanya ditugaskan meneliti keaslian meteor yang ditemui Josua serta melindungi batu itu daripada sebarang kerosakan sebelum menyerahkannya kepada pembeli di AS.
“Nilai transaksi dipersetujui Josua dan pembeli di AS itu dibuat menerusi komunikasi langsung oleh kedua-dua belah pihak tanpa membabitkan diri saya.
“Tetapi jumlah yang diterima bukanlah 200 juta rupiah atau harga yang diuar-uarkan di media iaitu berjumlah 25 bilion rupiah.
“Ketika ini, tidak ada meteor dengan nilai seperti itu dan tentunya tidak ada peminat objek berkenaan yang akan membayar dengan harga sebanyak itu,” katanya seperti dilaporkan BBC.
Sementara itu, Chairani yang menjadi jurucakap mewakili Josua berkata, harga disebutkan itu cuma anggaran yang disimpulkan selepas mengira nilai bagi satu gram meteor.
“Harga yang diterima Josua adalah sebahagian daripada perjanjian dengan pembeli di AS.
“Collins (orang AS di Bali) bukanlah pembeli, sebaliknya hanya orang tengah yang membuat penilaian meteor itu sebelum menyerahkannya kepada pembeli sebenar.
“Dia (Josua) tidak mahu menerima temuramah lagi kerana bimbang cerita sebenar diputar belitkan,” katanya seperti dipetik South China Morning Post.
Sebelum ini, kisah Josua, pembuat keranda di Sumatera Utara itu mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila mendakwa menerima 200 juta rupiah selepas menjual batu meteor yang menimpa atap rumahnya kepada Collins.
Dakwanya lagi, wang terbabit diagihkan kepada keluarganya, golongan yatim piatu, gereja serta membaik pulih pusara ibu bapanya.

The post Selepas Mendakwa Menjadi Kaya, Kini ‘Jutawan’ tahi bintang ghaib appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/selepas-mendakwa-menjadi-kaya-kini-jutawan-tahi-bintang-ghaib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Selepas Noorkhiriah Kini Giliran Nourul Depp Pula Terima Ugutan Santau

Hiburan Selepas Noorkhiriah Kini Giliran Nourul Depp Pula Terima Ugutan Santau

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 440 hits
Selepas pelakon Noorkhiriah kini penyanyi Nourul Depp pula berdepan situasi sama apabila dirinya dipercayai menerima mesej berbaur ugutan di mana ada pihak mendakwa mahu menghantar santau kepadanya tanpa sebarang sebab Beliau yang seakan te...
Sony Kini Menawarkan Xperia 10 Ii Pada Harga Rm1299 Diskaun Rm500 Tiga Bulan Selepas Ditawarkan Di Malaysia

Sony Kini Menawarkan Xperia 10 Ii Pada Harga Rm1299 Diskaun Rm500 Tiga Bulan Selepas Ditawarkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 285 hits
Sony Xperia 10 II merupakan salah satu telefon pintar terbaharu dari Sony untuk tahun 2020 ini Ia telah ditawarkan di Malaysia sejak bulan Ogos 2020 lepas dan kini selepas hanya tiga bulan Sony menawarkan diskaun sebanyak RM500 untuk telefo...
Selepas Kartel Pkr Kini Wujud Kartel Umno

Selepas Kartel Pkr Kini Wujud Kartel Umno

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 338 hits
NORMAN RADZUAN MAHATHIR KACAU PH AZMIN KACAU UMNO UMNO kini diambang perpecahan kali kedua sama apa yg berlaku kpd PH Modus operandi kerajaan PN terhadap UMNO sama digunakan terhadap PKR Mari kita lihat bagaimana ia berlaku 1 Seperti dibica...
Tukang Kayu Menjadi Jutawan Segera Dengan Menjual Meteorit Yang Jatuh Di Rumahnya

Tukang Kayu Menjadi Jutawan Segera Dengan Menjual Meteorit Yang Jatuh Di Rumahnya

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 466 hits
Menurut Tribun Medan Josua Hutagalung 33 menjadi berita utama pada bulan Ogos ketika dia menemui meteorit di rumahnya Lelaki dari Kolang di Sumatera Utara itu sibuk bekerja dan membina keranda di luar rumahnya ketika kejadian itu berlaku Di...
Tahi Bintang Dan Rahsia Langit

Tahi Bintang Dan Rahsia Langit

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 632 hits
Munculnya fenomena alam bintang jatuh tahi bintang meteor atau komet adalah suatu perkara biasa Tidak ada kaitannya dengan pelbagai hal sebagaimana keyakinan jahiliah yang menganggap akan terkabul doa kita apabila melihatnya Namun Al Quran ...
Kini Bergelar Jutawan Kosmetik Zoey Rahman Tak Peduli Kata Kata Sinis Orang

Kini Bergelar Jutawan Kosmetik Zoey Rahman Tak Peduli Kata Kata Sinis Orang

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 500 hits
Zoey Rahman yang merupakan seorang pelakon dan pengacara kini dilaporkan telah menjadi jutawan dalam perusahaan kecantikan dan kosmetik apabila dia mula menceburkan diri dalam perniagaan Mika Series sejak tahun 2017 Zoey atau nama sebenarny...
Selepas Patriot Kini Giliran Adik Ipar Tun M Pula Yang Membantah Larangan Jual Arak

Selepas Patriot Kini Giliran Adik Ipar Tun M Pula Yang Membantah Larangan Jual Arak

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 655 hits
Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Hashim Mohd Ali tampil membantah sekatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terhadap penjualan minuman keras jenis liquor di kedai runcit kedai serbaneka dan kedai ubat Cina mulai Oktober tahun ...
Durian Runtuh Inilah 5 Senarai Orang Yang Menjadi Jutawan Dengan Serta Merta

Durian Runtuh Inilah 5 Senarai Orang Yang Menjadi Jutawan Dengan Serta Merta

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 369 hits
Macam mana boleh berlaku namanya pun orang yang bertuah nisbahnya adalah 1 daripada 7 bilion orang di planet ini jadi anda mesti tidak menyangka akan menjadi menjadi kaya raya dalam sekelip mata sahaja Berikut adalah kisah kisah orang orang...
Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kari Ikan Chef Anand

Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How The Ai Gold Rush Is Making People Rich

Jay Jay Perjalanan Ke Syurga Chord

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan