Selepas Makan Telur Naik Ruam Bengkak Hidung Berair Anak Anda Mungkin Alergi Telur


Telur merupakan satu bahan dalam kebanyakan makanan, dari makanan savuri ke manis, dari hidangan pembuka hinggalah ke pencuci mulut. Tetapi bagaimana jika anda tidak boleh makan kerana mengalami alergi telur?

Apa itu alergi telur? Alergi atau alahan telur adalah satu keadaan hipersensitiviti kepada bahan makanan daripada kuning atau putih telur, yang membawa kepada reaksi sistem imun dan menyebabkan simptom fizikal yang serius.
Reaksi alergi yang paling teruk disebut anafilaksis dan merupakan kecemasan yang memerlukan perhatian dan rawatan segera dengan epinefrin. Sistem imunisasi badan, yang biasanya melindungi badan daripada kuman dan masalah lain, menggunakan antibodi untuk melawan protein telur seperti ia adalah penceroboh berbahaya. Reaksi alahan ini boleh berlaku dengan pantas atau mengambil masa beberapa jam.
Simptom alergi Individu yang mempunyai alahan terhadap telur ayam mungkin akan alah kepada telur lain, seperti itik, atau puyuh. Dalam tempoh masa singkat selepas makan (atau menyentuh) telur, anda akan mengalami simptom seperti:
Reaksi kulit, seperti bengkak, ruam atau ekzema. Nafas berbunyi atau kesukaran bernafas. Hidung berair dan bersin. Mata merah atau berair. Sakit perut, loya, muntah, atau cirit-birit. Anafilaksis (jarang berlaku). Diagnosis alergi Jika anak anda atau anda mengalami sebarang simptom di atas, sila berjumpa pakar dan anda mungkin akan menjalani pemeriksaan, seperti ujian darah atau ujian kulit untuk mendiagnosis alahan dihadapi.
Untuk ujian kulit, sedikit cecair yang mengandungi protein telur akan diletakkan di belakang belakang atau di lengan, dan kemudian akan dicucuk probe yang disteril untuk membolehkan cecair meresap masuk ke dalam kulit.
Jika bahagian tersebut membengkak, muncul tompokan merah dalam tempoh 15-20 minit, ia boleh dianggap sebagai alahan. Bergantung kepada jenis protein dalam cecair, ujian ini boleh menentukan sama ada anda alahan kepada protein kuning atau putih telur. Alahan kepada protein putih telur adalah yang paling biasa.
Bagi ujian darah, sampel darah akan dihantar ke makmal untuk menguji kehadiran antibodi immunoglobin E kepada protein telur.
Jika hasil keputusan tidak dapat diputuskan, pakar boleh mengarahkan ujian makanan lisan. Di bawah pengawasan perubatan, anda akan memakan sejumlah kecil telur untuk melihat tindak balas yang terjadi. Oleh kerana tindak balas yang berlaku mungkin teruk, ujian ini akan dilakukan di bahagian alahan atau pusat ujian makanan yang dilengkapi peralatan kecemasan dan ubat-ubatan.
Diet penyingkiran makanan juga mungkin digunakan untuk menentukan jenis alahan yang dihidapi. Sekiranya simptom hilang apabila telur dikeluarkan dari diet, dan muncul kembali apabila telur dimakan semula, ia mungkin disebabkan alahan.
Merawat alergi Kanak-kanak yang mempunyai alergi telur perlu mengetahui apa yang patut dilakukan jika termakan telur. Ia mungkin memerlukan mereka untuk sentiasa mempunyai ubat di tangan seperti antihistamin, atau dalam kes yang teruk, epinefrin.
Telur dalam vaksin
Beberapa jenis vaksin selsema (influenza) mengandungi sejumlah kecil protein telur.
Vaksin selesema burung yang diberikan melalui suntikan adalah selamat untuk kebanyakan individu alergi telur sekiranya ia diberikan di pejabat perubatan yang lengkap dengan kemudahan untuk menangani kesan buruk yang mungkin berlaku, termasuk anafilaksis.
Sekiranya anda menghidapi alahan kepada telur, anda tidak boleh mendapatkan suntikan di kedai ubat atau farmasi atau sebahagian daripada program vaksinasi di tempat kerja anda.
Sejenis suntikan vaksin selesema (vaksin yang digabung) tidak mengandungi sebarang protein telur, dan ia diluluskan untuk individu berusia 18-49 tahun.
Elakkan telur
Cara terbaik untuk mengatasi alahan telur adalah untuk mengelakkan memakannya.
Malangnya telur adalah bahan yang terdapat dalam kebanyakan makanan. Malah beberapa bahan pengganti telur tetap mengandungi protein telur. Ini membuatkan individu yang mempunyai alahan telur perlu berhati-hati dengan membaca label dan bertanyakan tentang kandungan dan ramuan sesuatu makanan.
Sesiapa yang didiagnosis dengan alahan sama ada putih telur atau kuning telur, harus mengelakkan daripada memakan telur langsung, kerana ia adalah mustahil untuk mengasingkan sepenuhnya putih telur daripada kuning telur.
Mengubah suai
Banyak resepi boleh diubah suai tanpa menggunakan telur. Apabila resepi memerlukan 3 biji telur atau kurang daripada itu, ia boleh ditukar bagi setiap biji telur dengan campuran 1 sudu air, 1 sudu minyak dan 1 sudu teh serbuk penaik.
Pengganti alternatif adalah 1 paket gelatin tanpa perisa yang dicampurkan dengan 2 sudu air suam (campurkan hanya bila hendak digunakan), atau 1 sudu teh yis yang dicampur ke dalam secawan air suam.
Jika anak anda mempunyai lebih daripada satu alergi makanan, anda mungkin perlu membawanya untuk berjumpa dengan pakar pemakanan. Tetapi jika hanya telur yang perlu dielakkan, anda boleh membantunya untuk memilih makanan dan makan dengan betul.
The post Selepas Makan Telur Naik Ruam, Bengkak, Hidung Berair, Anak Anda Mungkin Alergi Telur. appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selepas-makan-telur-naik-ruam-bengkak-hidung-berair-anak-anda-mungkin-alergi-telur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Berat Resipi Ringkas Pun Anak Happy Telur Gulung Kaya Protein Anak Makan Berebut

Tak Perlu Berat Resipi Ringkas Pun Anak Happy Telur Gulung Kaya Protein Anak Makan Berebut

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 290 hits
Ada waktunya menjalani hujung minggu yang padat dengan aktiviti membuat ibu merasa malas untuk ke dapur Namun perut anak anak kecil harus di isi kelak semakin bertambah gamat jadinya Ada baiknya di waktu kemalasan melanda ibu gantikan menu ...
Rasa Berlemak Bau Pun Wangi Bila Letak Santan Baru Anak Lagi Selera Nak Makan

Rasa Berlemak Bau Pun Wangi Bila Letak Santan Baru Anak Lagi Selera Nak Makan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 340 hits
Memasak dan menyediakan bubur nasi anak memerlukan tempoh masa yang agak lama Namun dengan kepelbagaian dan daya kreatif ibu hari ini bubur nasi menjadi satu teknik yang begitu pantas di masak Semuanya mengikut daya kreativiti masing masing...
Pengalaman Anak Hidung Berdarah Dan Cara Merawatnya Secara Semulajadi

Pengalaman Anak Hidung Berdarah Dan Cara Merawatnya Secara Semulajadi

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 316 hits
Pengalaman Anak Hidung Berdarah Dan Cara Merawatnya Secara Semulajadi Pernah tak berlaku pendarahan hidung secara tiba tiba pada anak Bila anak dalam keadaan sihat dengan tak semena mena hidung anak berdarah pastinya membuatkan ibu merasa p...
Pelik Bagaimana Larva Botfly Gergasi Terperangkap Dalam Lubang Hidung Anak Kucing 8 Minggu

Pelik Bagaimana Larva Botfly Gergasi Terperangkap Dalam Lubang Hidung Anak Kucing 8 Minggu

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 638 hits
Ini adalah saat yang mengerikan ketika larva botfly besar ditarik keluar dari lubang hidung anak kucing yang baru berusia lapan minggu di North Carolina Pemilik kitten tersebut meminta pertolongan Doktor Haiwan apabila mendapati anak kucing...
Mula Mula Ajar Anak Kemas Mainan Selepas Main Lama Lama Dia Akan Biasa Dengan Tugasan Rumah

Mula Mula Ajar Anak Kemas Mainan Selepas Main Lama Lama Dia Akan Biasa Dengan Tugasan Rumah

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 419 hits
Melatih anak anak untuk melakukan kerja ringan di rumah bukan sahaja akan memudahkan dan meringankan tugas anda malah ia juga dapat meningkatkan peribadi serta kejayaan mereka untuk jangka masa panjang Tugas kerja rumah ini boleh dimulakan ...
Rutin Penyusuan Tak Betul Sebab Tu Anak Susah Nak Naik Berat Badan

Rutin Penyusuan Tak Betul Sebab Tu Anak Susah Nak Naik Berat Badan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 284 hits
Doktor boleh melakukan beberapa ujian berkenaan diet bayi anda sejarah kesihatan tahap aktiviti dan kemungkinan penyebab tekanan sebelum dapat mengetahui punca kegagalan kenaikan berat badan bayi anda Secara umumnya jika bayi tidak membesar...
Ingatkan Anak Digigit Nyamuk Tapi Makin Merebak Bengkak Puncanya Kuman Kucing

Ingatkan Anak Digigit Nyamuk Tapi Makin Merebak Bengkak Puncanya Kuman Kucing

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 460 hits
Pada awalnya ingatkan digigit nyamuk tapi tak sangka makin merebak dan membengkak ke beberapa anggota badan Ini yang berlaku pada seorang ibu apabila anaknya disahkan mengalami penyakit sporotrichosis Perkongsian dari Nurfarahin Mahamad men...
Makan Mi Segera Nanti Anak Terbelit Banyak Mitos Pelik Tentang Ibu Hamil

Makan Mi Segera Nanti Anak Terbelit Banyak Mitos Pelik Tentang Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 417 hits
Masih ada segelintir masyarakat yang mempercayai mitos berkaitan pemakanan yang memberi kesan kepada bayi dalam kandungan Sebagai contoh jangan makan mi segera kerana khuatir bayi akan terbelit atau jangan minum kopi takut anak berkulit gel...
Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan Dan Tips Anak Susah Nak Makan

Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan Dan Tips Anak Susah Nak Makan

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 777 hits
Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan dan Tips Anak Susah Nak MakanKesan Anak Cerewet Memilih Makanan dan Tips Anak Susah Nak Makan Ramai kanak kanak di Malaysia bertubuh montel tetapi tubuh mereka sebenarnya tidak cukup zat Kesan Anak Cerewet...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi