Selepas Larangan Merokok Di Tempat Makan Perokok Jadi Lebih Pengotor


Salim Aziz, Astro Awani Tiga pengutip sampah di Langkawi bercerita tentang impak selepas penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan.  LANGKAWI: Wahai perokok, ke mana anda buang puntung-putung rokok itu?

Dalam 10 minit sahaja, lebih 300 puntung rokok yang dibuang, berjaya dikutip di kaki lima jalan serta di persisiran pantai di Langkawi, Kedah.

Ini membuktikan bahawa golongan perokok gagal mengawal tabiat membuang puntung merata-rata meskipun setelah penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam serta di premis penjualan makanan dilaksanakan.

Kisah dua gadis dan seorang lelaki pengutip sampah dari Langkawi ini, boleh dijadikan teladan.

Meskipun mereka tidak dibayar gaji, apatah lagi mendapat penghargaan serta pujian, mereka langsung tidak jemu melakukan kerja sukarela itu walaupun ada mata-mata yang melemparkan pandangan jelik selain senyuman sinis.

Antara 'hasil' memungut puntung rokok yang dilakukan Michael dan dua individu lagi. - Astro AWANI
Menurut Michael Leow Seng, 46 tahun, yang berusaha menyampaikan mesej tentang tabiat kebersihan dan kesihatan kepada orang ramai ini, perbuatan membuang puntung rokok sewenang-wenangnya dalam kalangan perokok amat mengecewakan.

Mereka percaya bahawa perbuatan mereka selari dengan prinsip asas bahawa kebersihan tanggungjawab bersama. - Astro AWANI–– ADVERTISEMENT ––“Saya mula menyertai kerja-kerja amal kutip sampah ini setelah balik Langkawi. Saya menyertai Trash Hero Langkawi yang kutip sampah plastik.

"Tetapi disebabkan saya perokok, saya dulu buang banyak sangat (puntung rokok) merata-rata, jadi sekarang macam 'pay back' balik.

“Sebenarnya (kalau) nak salahkan perokok, saya tak berani nak kata apalah. Macam baru-baru ini, memang sedia maklum, sudah tak boleh hisap rokok di restoran.

“Saya perhati selama satu bulan selepas akta dikuatkuasakan, perokok akan keluar dari restoran pada jarak 3 meter. Apabila hal ini terjadi restoran dah tak sediakan tempat buang rokok.

“Dulu mereka buang rokok di lantai restoran, tapi pemilik restoran akan bersihkan. Sekarang ini, mereka buang di luar. Sepatutnya pemilik (kedai makan) kena sediakan jugalah tempat buang puntung rokok.

“Di tepi pantai ini, tengoklah puntung rokok ini. Cuba bayangkan ikan, penyu dan burung makan puntung rokok tu. Bayangkan apa nak jadi,” tegas Michael.


Michael turut memantau tabiat dalam kalangan perokok sejak penguatkuasaan larangan merokok dilaksana di semua premis kedai makan. - Astro AWANI
Ibarat tiada penghujung, biarpun selepas puntung-puntung rokok itu dikutip, seminggu kemudian, ia kembali menimbun di tempat sama, dengan jumlah yang hampir sama banyaknya.

Itulah cabaran yang ditempuh mereka dalam melakukan tugas mulia berkenaan.

Usaha mereka ini sepatutnya mendapat perhatian semua pihak agar menjadi rakyat yang bertanggungjawab. - Astro AWANI
“(Nasihat) kepada perokok-perokok ini, pertama, kalau boleh janganlah merokok. Kenapa nak merokok 4,000 toksin? Namun, (jika) memilih merokok untuk rosakkan diri sendiri, kenapa nak rosakkan (pula) alam sekitar? Lepas tu buang (puntung) merata-rata pula,” tegas Latifah Zaidi, 26 tahun.

“Merokok memang tak boleh nak halang. Memang mereka dah pilih nak merokok. Bukan kita paksa mereka merokok. (Cuma) cuba pilih tak buang merata-rata. Ambil botol, buang puntung rokok dalam tu,” pesan Dasi Ong Yaqut Ong, 23 tahun.

Walau apapun yang terjadi, tiga sahabat ini, bersepakat meneruskan usaha murni mereka sebagai permulaan kepada orang ramai, dalam menghargai kebersihan alam sekitar.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/selepas-larangan-merokok-di-tempat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Lapar Minta Susu Kenyang Susu Enggan Makan Ibubapa Jangan Biarkan Kalau Anak Dah Lebih 2 Tahun

Bila Lapar Minta Susu Kenyang Susu Enggan Makan Ibubapa Jangan Biarkan Kalau Anak Dah Lebih 2 Tahun

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 606 hits
Situasi yang sering berlaku Apabila anak lapar minta dibancuhkan susu Namun apabila diberikan susu kenyang susu makanan tidak dijamah tidak berminat pula Ibu ayah jangan biarkan situasi ini berlarutan tidak elok untuk perkembangannya berkon...
10 Tempat Makan Paling Sedap Di Batu Pahat

10 Tempat Makan Paling Sedap Di Batu Pahat

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 905 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Lebih 3 000 Penduduk Berisiko Hilang Tempat Tinggal

Lebih 3 000 Penduduk Berisiko Hilang Tempat Tinggal

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 318 hits
Lebih 3 000 penduduk berisiko hilang tempat tinggal nbsp Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 9 Feb 2019
Sarawak Kuatkuasa Larangan Merokok Mulai 1 Mac

Sarawak Kuatkuasa Larangan Merokok Mulai 1 Mac

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 312 hits
Kerajaan negeri setuju tangguh pelaksanaan denda selama 6 bulan KUCHING Peraturan larangan merokok di semua permis makanan di Sarawak akan berkuatkuasa 1 Mac kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian Beliau ...
Travel Yogyakarta Warung Satay Klatak Pak Pong Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta

Travel Yogyakarta Warung Satay Klatak Pak Pong Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 391 hits
Percutian ke mana ya saya nak ceritakan kali ni banyak sangat entry pasal travel tertunggak sampai tak tahu nak tulis yang mana satu hehehe Ok lah kali ni jom ikuti percutian saya ke Yogyakarta Indonesia yang mana saya telah kesana pada awa...
16 Tempat Makan Best Di Gombak Penuh Selera Dan Citarasa Anda

16 Tempat Makan Best Di Gombak Penuh Selera Dan Citarasa Anda

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 610 hits
Gombak merupakan salah satu kawasan yang amat terkenal dengan tempat makanan Boleh dikatakan semua makanan pasti terdapat di Bandar Gombak ini Bagi para pelancong dalam dan luar negeri Gombak merupakan syurga makanan bagi mereka kerana terd...
D Kayangan Steamboat Bbq Buffet Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam

D Kayangan Steamboat Bbq Buffet Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 669 hits
Sabtu lepas tercapai juga hasrat nak makan stimbot di D Kayangan Steamboat BBQ Buffet yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam Diah ke sini kerana menghadiri majlis mini gathering sempena menyambut ulang tahun ke sepuluh kami berkawan D Kayang...
Viral Lelaki Maut Selepas Makan Durian Minum Kopi Dan Berhubungan Intim

Viral Lelaki Maut Selepas Makan Durian Minum Kopi Dan Berhubungan Intim

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 795 hits
Sabtu 9 Februari 2019 4 54 PM SEORANG lelaki meninggal dunia selepas makan durian minum kopi dan minum minuman tenaga Sebelum meninggal dunia Alfianus Laki 26 dari Tondano Sulawesi Utara juga dilaporkan sempat melakukan hubungan intim denga...
Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Hi Johorean Let S Donate Blood And Give Back


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement