Selepas Ewon Letak Jawatan Menteri Apakah Mungkin Disusuli Upko Pula Dibawa Keluar Ph






9 November 2025


Sehari sebelum kedatangan Anwar Ibrahim ke Sabah untuk majlis pengumuman calon PKR pada malam ini, seorang menteri kabinet kerajaan madani membuat kejutan meletakkan jawatan.


Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, malam tadi mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota kabinet kerana tidak bersetuju dengan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung isu hak 40 peratus hasil Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Katanya, beliau meletakkan jawatan kerana berpegang teguh kepada prinsip dan matlamat penubuhan partinya yang memperjuangkan pelaksanaan MA63 serta hak-hak Sabah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Sangat janggal untuk saya meneruskan keanggotaan dalam kabinet persekutuan dengan pendirian AGC tersebut yang saya percaya akan kekal menjadi pendirian mereka.


“Pendekatan mereka melihat hak 40 peratus Sabah selama tiga tahun saya berada di Kabinet Persekutuan sangat bertentangan dengan pendirian saya sebagai Presiden Upko,” katanya dalam kenyataan media.


Ewon seterusnya berkata, beliau akan mengutus surat kepada Anwar berkaitan perletakan jawatannya itu.


Perletakan jawatan Ewon dilihat amat menarik dan mencetuskan pelbagai tanda tanya menjelang tarikh pengundian PRN Sabah pada 29 November depan kerana kedudukannya sebagai Presiden Upko, salah satu komponen dalam PH, selain beliau juga adalah Pengerusi PH Sabah.


Upko sebelum ini turut mengumumkan akan bertanding menggunakan logo sendiri, bukan logo PH, pada PRN Sabah kali ini.


Parti itu juga memperkenalkan slogan perjuangan “Sabah First” sebagai menyusuli langkah beberapa parti tempatan sebelum ini membawa obor aspirasi “Sabah For Sabahan” sebagai simbol memperjuangkan kepentingan rakyat negeri itu.


Dengan perletakan jawatan Ewon berhubung isu 40 peratus hasil Sabah, gelombang “Sabah First” dan “Sabah For Sabahan” dijangka lebih bersemarak lagi sewaktu tempoh kempen nanti.


Sehingga hari pengundian pada 29 November depan, sentimen itu diangka memenuhi sentimen kempen, 
terutamanya oleh parti-parti tempatan.


Dalam hal ini, selepas membuat kejutan dengan meletakkan jawatan menterinya, Ewon selaku Presiden Upko dirasakan tidak mustahil akan membuat kejutan kedua dengan membawa parti itu keluar daripada PH pula.


Logiknya, jika Ewon merasakan agak janggal bagi beliau berada dalam kabinet kerana isu 40 peratus hasil Sabah, parti Upko yang dipimpinnya juga tidak sesuai lagi berada dalam PH.


Kiranya itu berlaku, dijangkakan bukan saja PH akan berdepan cabaran getir dalam PRN Sabah kali ini, tetapi juga parti lain yang ada ibu pejabat di Kuala Lumpur serta parti-parti tempatan yang ada kaitan dan kerjasama dengan parti-parti daripada Semenanjung.


Akhirnya, paling menarik untuk dinanti ialah berjayakah gaya politik Sarawak di mana parti-parti tempatan berkuasa sepenuhnya mentadbir negeri dan mampu melakukan tawar-menawar dengan kerajaan Pusat untuk menjelma pula di Sabah selepas PRN ke-17 kali ini? – ShahbudinHusin 09November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/selepas-ewon-letak-jawatan-menteri-apakah-akan-disusuli-upko-pula-keluar-ph-2/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/selepas-ewon-letak-jawatan-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Ewon Keluar Sabtu Malam Dan Upko Keluar Ph Malam Ni

Kenapa Ewon Keluar Sabtu Malam Dan Upko Keluar Ph Malam Ni

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 174 hits
Anwar Ibrahim fans Sebab Ewon tau dari mesyuarat kabinet Jumaat lalu apa pendirian PMX Kerajaan dalam isu 40 Dan Ewon tahu esok ada mesyuarat kabinet khas tentang isu 40 di mana Kerajaan akan putuskan langkah seterusnya Jadi segala perancan...
Apakah Ewon Malu Semalu Malunya Sekarang

Apakah Ewon Malu Semalu Malunya Sekarang

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 124 hits
Terkedu Ewon Benedick dan kesombongannya sendiri setelah ugutannya langsung tidak bernilai sama sekali bersama UPKO yang keluar daripada Pakatan Harapan KOTA KINABALU 11 Nov Pengumuman rasmi telah dibuat bahawa Kerajaan Persekutuan Putrajay...
Selepas 7 Tahun Masuk Islam Giliran Emak Pula Ucap Syahadah

Selepas 7 Tahun Masuk Islam Giliran Emak Pula Ucap Syahadah

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 168 hits
KOSMO Tangkap layar video perkongsian Muhammad Mikhael di media sosial PETALING JAYA Berkat doa dan kesabaran selama tujuh tahun seorang pempengaruh Muhammad Mikhael Sathayah bersyukur apabila ibunya yang berusia 75 tahun memeluk Islam dala...
Upko Dakwa Ewon Hanya Dilantik Penyelaras Bukan Pengerusi Ph Sabah

Upko Dakwa Ewon Hanya Dilantik Penyelaras Bukan Pengerusi Ph Sabah

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 147 hits
Setiausaha Agungnya Nelson W Angang berkata isu itu gagal diselesaikan kerana bantahan PKR Sabah Pada pemilihan PH Sabah Disember 2024 Ewon Benedick menewaskan Christina Liew pengerusi PH Sabah sejak 2017 dengan kelebihan tiga undi PETALING...
Upko Keluar Daripada Pakatan Harapan

Upko Keluar Daripada Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 153 hits
UPKO Keluar Daripada Pakatan Harapan KOTA KINABALU 10 Nov Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu hari ini membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan berkuat kuasa serta merta kata Setiausaha Agungnya Datuk Nelson W Angang Beliau berka...
Apa Isu Sebenar Upko Keluar Ph Mudah Jom Paham

Apa Isu Sebenar Upko Keluar Ph Mudah Jom Paham

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 190 hits
Norman Daud Malam ini Parti UPKO mengumumkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan satu langkah yang mengejutkan ramai pemerhati politik terutama menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah Punca utama Isu pemberian khas 40 hasil yang dikutip Ke...
Hujah Ini Mungkin Kurang Tepat

Hujah Ini Mungkin Kurang Tepat

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 164 hits
Harga Emas Jatuh Teruk Hari Ini Tapi Inilah Hakikat Sebenar Harga emas menjunam RM60 Harga emas telah menjunam pada 28 Okt Oktober 2025 Harga emas di akaun semasa menulis post ini ialah RM587per gm jatuh RM60 dari paras harga tertinggi RM64...
How To Fully Secure Your Cloud Accounts And Prevent Data Leaks

Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

Our November Floods Prove That We Need Stronger Sustainability Governance

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Roti Telur Tuna Resipi Paling Mudah Sedap Untuk Sarapan Cepat

Sebelum Musibah Menimpa

Cara Pilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka Panduan Lengkap Untuk Lelaki Wanita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dapat Ole Ole Dari China

Jbl Bandbox Amplifier Dan Pembesar Suara Berkuasa Ai Yang Serba Baharu

Satu Tabiat Yang Selamatkan Aku

Panas Dari Cambodia Bongkar Realiti Hitam Perangkap Kerja Mewah Sidang Media Ppim 03 12 2025

Drama Perempuan Tidak Ternikah

Bolehkah Senator Mengusulkan Untuk Menggantung Ahli Dewan Rakyat