Selepas 72 Hari Lelaki Ditangkap Bersama Ganapathy Masih Dalam Tahanan


 
Jason Thomas -May 7, 2021 Sritharan Kukaneson dan isterinya, Krichana Kumarthi. Krichana pada mulanya dibenarkan melawat suaminya di IPD Gombak pada 16 April, tetapi lawatan dibatalkan kerana diberitahu Sritharan disyaki dijangkiti Covid-19.GOMBAK: Seorang mekanik yang ditangkap bersama mangsa kematian dalam tahanan, A Ganapathy, masih berada dalam tahanan 72 hari selepas dia ditahan polis untuk membantu siasatan, menurut peguamnya.
Peguam S Vinesh, berkata Sritharan Kukaneson masih belum didakwa di mahkamah atas apa-apa tuduhan.
Ganapathy berada di bengkel milik Sritharan di Batu Caves pada 24 Feb ketika polis menahan mereka bagi membantu siasatan berhubung saudara Ganapathy.
Menurut Vinesh, anak guamnya juga dipukul polis ketika ditahan dan direman secara berangkai hingga 4 April.
Dia ditahan bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang membolehkan polis menahan suspek sehingga 59 hari tanpa perbicaraan.
Kementerian Dalam Negeri kemudian boleh memilih untuk membebaskannya, menahannya tanpa perbicaraan selama dua tahun lagi, atau mengusirnya ke daerah lain.
Isnin lalu, isteri Sritharan, Krichana Kumarthi, dibenarkan menemui suaminya buat julung kali sejak dia ditahan. Ketika itu dia mendakwa dipukul.
“Sritharan memberitahu kami bahawa setelah dia ditangkap, dia dibawa ke balai polis Batu Caves, diseret keluar, dan dipukul di tempat letak kenderaan bersama Ganapathy,” kata Vinesh kepada FMT ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak hari ini.
“Ya, dia seorang tahanan, tapi adakah itu beri hak kepada polis untuk memukulnya dan halang dia bertemu keluarga dan mendapatkan rawatan perubatan?
“Ada khabar angin yang mengatakan anak guam saya adalah saksi utama yang melihat Ganapathy dipukul. Saya hanya mahu siasatan yang adil dan telus di sini.”
Ganapathy meninggal dunia di Hospital Selayang pada 18 April, sebulan selepas dia dimasukkan ke wad.
Peguamnya, K Ganesh, memaklumkan FMT sebelum ini bahawa bedah siasat ke atas Ganapathy, yang dilakukan oleh jabatan patologi Hospital Kuala Lumpur, mendapati bahawa dia meninggal dunia akibat kecederaan di kaki dan bahu.
Kecederaannya sangat parah sehingga kaki kiri Ganapathy perlu dipotong supaya nyawanya dapat diselamatkan.
Terdahulu, ibu Ganapathy, S Thanaletchumy, dilaporkan mendakwa anaknya telah memaklumkan bahawa dia dipukul dengan paip getah oleh polis.
Namun, Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe menafikannya, dengan berkata, tiada bukti Ganapathy dipukul dalam tahanan polis.
Kata Vinesh, beliau faham polis hanya “menjalankan tugas”, tetapi sangat penting untuk mereka cegah kematian lain dalam tahanan polis, terutama yang berkait Ganapathy.
“Kami bukan menyalahkan polis. Disebabkan mereka, kita selamat di rumah.
“Bagaimanapun, apabila sudah ada kematian berkait kes ini, mereka perlu melakukan sesuatu untuk menghalang perkara sama berlaku kepada orang lain,” kata beliau.
Vinesh berkata, beliau telah mengirim surat kepada Ketua Polis Negara (KPN), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, dan Arifai, bagi meminta siasatan dilakukan, dan penjelasan mengapa Sritharan masih berada dalam tahanan.
Krichana juga memberitahu FMT bahawa pegawai penyiasat kes suaminya akhirnya membenarkannya melawat Sritharan di IPD Gombak pada 16 April, tetapi lawatan itu dibatalkan kerana beliau diberitahu Sritharan disyaki dijangkiti Covid-19.
Vinesh dan Krichana tidak dapat memastikan sama ada Sritharan mendapat rawatan bagi Covid-19 ataupun telah dikuarantin.
“Saya tidak senang dengan cara mereka menangkapnya. Mereka tidak beri kami maklumat, mereka menahannya bawah reman berangkai, kemudian meletakkannya bawah POCA,” kata Krichana.
“Suami saya memberitahu dia dipukul di tempat letak kenderaan di balai polis Batu Caves. Adakah saya dihalang melawatnya kerana polis hendak sembunyi kecederaannya?”
Ketika dihubungi, Arifai enggan memberikan komen mengenai kes Sritharan kerana kata beliau, ia masih dalam siasatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/selepas-72-hari-lelaki-ditangkap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amk Mahu Peguam Negara Siasat Kematian Dalam Tahanan Polis A Ganapathy

Amk Mahu Peguam Negara Siasat Kematian Dalam Tahanan Polis A Ganapathy

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 275 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia tidak boleh menerima begitu sahaja berita kematian A Ganapathy yang ditahan reman tanpa pihak polis memberi penjelasan yang munasabah Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir Naib Ket...
Kami Kembali Selepas 64 Hari Dr Noor Hisham Kembali Adakan Sidang Media Petang Ini

Kami Kembali Selepas 64 Hari Dr Noor Hisham Kembali Adakan Sidang Media Petang Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 456 hits
2 120 total views 2 120 views today Kementerian Kesihatan Malaysia melalui perkongsiannya di akaun Twitter rasminya memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan mengadakan sidang media perkembang...
Sesi Pdpr 10 Hari Selepas Aidilfitri Dr Radzi

Sesi Pdpr 10 Hari Selepas Aidilfitri Dr Radzi

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 820 hits
Sebentar tadi Menteri Pendidikan mengumumkan dimana 10 hari selepas cuti raya Aidilfitri akan dilaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah Melalui kenyataan yang dikeluarkan beliau sesi PdPR dilakukan bagi menggantikan sesi PdP se...
Peniaga Barang Hari Raya Masih Terkial Kial Habiskan Stok Tahun Lalu

Peniaga Barang Hari Raya Masih Terkial Kial Habiskan Stok Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 309 hits
SINGAPURA Para peniaga bazar Hari Raya yang tahun lalu terperangkap dengan stok barangan berlebihan dek Circuit Breaker nampaknya mengalami nasib bercampur campur Ada yang masih terkial kial untuk menghabiskan stok Ada pula yang walaupun be...
Shahidan Akan Dedahkan Gerakan Sokong Anwar Selepas Hari Raya

Shahidan Akan Dedahkan Gerakan Sokong Anwar Selepas Hari Raya

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 271 hits
Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan akan mendedahkan gerakan mendapatkan tanda tangan ahli ahli parlimen UMNO bagi menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam sidang media khasnya Shahidan mendakwa gerakan me...
Simpan 719 52 Gram Sabu Sabu Pria Di Kalsel Ditangkap Pada Hari Lebaran

Simpan 719 52 Gram Sabu Sabu Pria Di Kalsel Ditangkap Pada Hari Lebaran

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 282 hits
Direktorat Reserse Narkoba Polda Kalimantan Selatan menggagalkan peredaran 719 52 gram sabu sabu di Banjarmasin Pria yang menyimpan barang haram itu ditangkap tepat di hari Lebaran Kamis
Tak Perasan Lampu Isyarat Masih Merah Pemandu Honda City Balik Terus Ke Rumah Selepas Kemalangan

Tak Perasan Lampu Isyarat Masih Merah Pemandu Honda City Balik Terus Ke Rumah Selepas Kemalangan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 509 hits
Tak perasan lampu isyarat masih merah Pemandu Honda City balik terus ke rumah selepas kemalanganSusulan video kemalangan yang membabitkan seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat yang viral di media sosial pemandu Honda Ci...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl