Amk Mahu Peguam Negara Siasat Kematian Dalam Tahanan Polis A Ganapathy


 



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia tidak boleh menerima begitu sahaja berita kematian A. Ganapathy yang ditahan reman tanpa pihak polis memberi penjelasan yang munasabah.



Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir, Naib Ketua AMK Malaysia Thiban Subramaniam dan Exco Biro Guaman dan Undang-Undang AMK Adrian Kumar Vendargon, kematian mendiang Ganapathy seharusnya disiasat oleh Jabatan Peguam Negara serapi yang mungkin untuk menentukan punca sebenar kematian beliau.


"AMK Malaysia menyokong sepenuhnya seruan NGO Eliminating Deaths in Custody Together (EDICT) yang mahu Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan terhadap kematian Ganapathy, selaras dengan kuasa-kuasa Peguam Negara di bawah Seksyen 339 Kanun Tatacara Jenayah.


"Ini akan membantu menentukan punca utama kematian mendiang serta mengenalpasti pemangsa yang terlibat dalam jenayah dahsyat itu dan mengheret mereka ke muka pengadilan," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut mereka lagi, AMK Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kezaliman tidak berperikemanusiaan tersebut yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa secara tragis.


Biarpun tidak menyangkut isu perkauman, namun kata mereka, kematian dalam tahanan polis di Malaysia seolah-olah menggambarkan diskriminasi terarah kepada golongan lelaki berbangsa India.


"Satu kajian Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menganggarkan hampir 55% mangsa kematian dalam tahanan polis di Malaysia adalah warganegara berbangsa India. Ini suatu statistik yang mengejutkan, memandangkan etnik India cuma merangkumi sekitar 7% dari jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.


"Statistik rasmi Kementerian Dalam Negeri pula mendapati bahawa sekitar 23.4% kes sebegini melibatkan mangsa berbangsa India.


"Malangnya, kematian Ganapathy ini hanyalah insiden terkini, memandangkan terdapat banyak kes kematian dalam tahanan polis sebelum ini, termasuk antara lain kes A Kugan (2009) dan N Dharmendran (2013) dan sebagainya," kata mereka lagi.


Bagi mereka, Ganapathy yang di bawah jagaan polis dan dalam keadaan sihat ketika dibawa untuk soal siasat seharusnya berada dalam keadaan sihat selepas dibebaskan.


"Mendiang ditahan polis dari 24 Februari 2021 hingga 8 Mac 2021, di bawah suatu perintah reman 13 hari oleh mahkamah bagi membantu siasatan berkenaan jenayah yang kononnya dilakukan oleh abang beliau. Namun pada 7 Mac 2021, Ganapathy didapati tidak terlibat dalam sebarang salah laku.


"Pada 8 Mac 2021, mendiang yang sememangnya menghidapi penyakit kencing manis dan penyakit jantung telah dikejarkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU) Hospital Selayang dalam keadaan kritikal, dengan kaki beliau lebam dan berdarah.


"Bagaimanapun, ibu Ganapathy, S. Thanaletchumy, menyatakan dalam wawancara baru-baru ini mendakwa mendiang anaknya telah dipukul dengan hos getah dan diheret di atas jalan berturap semasa berkaki ayam," kata mereka lagi.


Sehubungan itu, AMK Malaysia mengulangi seruan supaya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membenarkan Parlimen bersidang semula agar Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang digubal oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dapat dibentangkan semula, dibahaskan dan diluluskan oleh Ahli-Ahli Parlimen merentasi lantai Dewan Rakyat.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/amk-mahu-peguam-negara-siasat-kematian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Edict Gesa Inkues Siasat Punca Kematian Bekas Tahanan Polis

Edict Gesa Inkues Siasat Punca Kematian Bekas Tahanan Polis

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 304 hits
A Ganapathy 40 dilaporkan meninggal dunia kelmarin selepas lebih sebulan dirawat di unit rawatan rapi Hospital Selayang PETALING JAYA Sebuah NGO menggesa Jabatan Peguam Negara mengadakan inkues bagi mencari punca kematian seorang bekas taha...
Polis Perlu Siasat Kematian Ganapathy Dengan Telus

Polis Perlu Siasat Kematian Ganapathy Dengan Telus

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 331 hits
Bakal Ketua Polis Negara Acyl Sani Abdullah Sani bertanggungjawab untuk menyiasat kematian seorang tahanan reman A Ganapathy yang mati ketika dalam jagaan pasukan itu Bagi Naib Pengerusi KEADILAN Perak Tan Kar Hing pihak Polis DiRaja Malays...
Video Tular Tiada Kaitan Kes Kematian A Ganapathy Polis

Video Tular Tiada Kaitan Kes Kematian A Ganapathy Polis

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 289 hits
Ketua polis daerah Gombak Arifai Tarawe menafikan rakaman CCTV tular yang memaparkan dua individu dipukul ada kaitan dengan kematian A Ganapathy yang kakinya dipotong dan kemudiannya meninggal dunia setelah ditahan polis Arifai berkata piha...
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Gesa Sprm Siasat Katak Lompat Parti

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Gesa Sprm Siasat Katak Lompat Parti

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 308 hits
Malaysiakini Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat unsur rasuah berhubungan perbuatan melompat parti di negara ini Jelasnya tambahnya dia menentang rasuah dalam PDRM namun pemimpin pol...
Kematian Ganapathy Perlu Disiasat Secara Teliti Amk

Kematian Ganapathy Perlu Disiasat Secara Teliti Amk

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 278 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia tidak boleh menerima begitu sahaja berita kematian A Ganapathy yang ditahan reman tanpa pihak polis memberi penjelasan yang munasabah Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua AMK Malaysia Akmal nasir Nai...
Polis Klasifikasikan Kes Bunuh Berhubung Kematian Konstabel Muhammad Iqbal

Polis Klasifikasikan Kes Bunuh Berhubung Kematian Konstabel Muhammad Iqbal

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 311 hits
Muhammad Iqbal Mazlan GEORGE TOWN Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong menegaskan kematian Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan 22 ketika bertugas diklasifikasikan sebagai kes bunuh Mengulas mengenai kejadian itu Soff...
Bekas Ketua Polis Negara Jawab Takiyuddin Hassan

Bekas Ketua Polis Negara Jawab Takiyuddin Hassan

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 429 hits
Bekas Ketua Polis Negara Jawab Takiyuddin Hassan Bekas ketua polis negara berkata Akta Polis memberi kuasa penuh kepada pegawai tertinggi polis itu untuk memerintah dan mengawal pasukan tersebut berbanding peranan yang dimainkan oleh sebuah...
Dua Tahun Sudah Cukup Kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

Dua Tahun Sudah Cukup Kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 368 hits
1 906 total views 1 550 views today Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu tempoh dua tahun sudah mencukupi bagi beliau untuk mengemudi pasukan Polis Diraja Malaysia Menurut beliau dia sudah bersedia untuk mengundurkan dir...
Video Polis Tak Payah Siasat Saya Mengaku Itu Suara Saya Hamzah

Video Polis Tak Payah Siasat Saya Mengaku Itu Suara Saya Hamzah

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 248 hits
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini mengaku bahawa rakaman audio perbualannya yang bocor membincangkan pelantikan polis sebagai benar Hamzah berkata perbualan itu berlaku tahun lalu ketika pihak Istana Negara menginginkan beberap...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport