Selepas 12 Tahun Menyewa Khairul Aming Akhirnya Beli Rumah Pertama
Selepas 12 Tahun Menyewa, Khairul Aming Akhirnya Beli Rumah Pertama
Khairul Aming merupakan seorang pempengaruh ternama tanah air yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Memilik puluhan juta pengikut yang terkumpul di pelbagai platform media sosial menjadi tanda gerak-gerinya sentiasa menjadi perhatian orang ramai.
Menerusi perkongsian semasa sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman baru-baru ini mendedahkan bakal mendiami rumah pertamanya tidak lama lagi
Beliau berkongsi mengenai berita gembira itu selepas 12 tahun menetap di rumah sewa.
“Minggu depan aku akan ambil kunci rumah yang pertama. Akhirnya aku ada rumah sendiri selepas 12 tahun menyewa,” kata KA.
Menurut Khairul Aming, kediaman tersebut tidak terlalu besar dan sesuai untuk dirinya yang masih bujang.
“Tapi rumah kondo kecil sahaja, 1,000 square feet. Cukuplah tu untuk aku duduk seorang. Aku nak bela hamster, ikan flowerhorn dengan ikan guppy… parking ada dua tapak,” ujar KA lagi.
Khairul Aming umum buka restoran ‘Rembayung’
Sebelum ini, KA mengumumkan pembukaan restoran pertama miliknya yang dinamakan sebagai Rembayung.
Menerusi perkongsian di media sosial, KA berkata beliau menyimpan rahsia mengenai pembinaan restoran itu selama setahun.
Menurutnya, selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia online, beliau kini bersedia untuk memulakan langkah ke dunia offline pula.
Difahamkan, ia juga merupakan permulaan untuk perancangannya bagi 10 tahun seterusnya.
Restoran Rembayung dibina dari tapak kosong di kawasan Kampung Baru, dengan keluasan 8,000 kaki persegi.
Lokasinya yang strategik, hanya sembilan minit dari KLCC, menunjukkan komitmen serius KA untuk menempatkan premis tersebut sebagai destinasi utama, berbanding sekadar menumpang premis sedia ada.
Ujarnya lagi, konsep restoran tersebut mengangkat elemen kampung di tengah kota raya. Selain pelanggan dalam negara, beliau juga berharap restoran itu menjadi tumpuan pelancong luar.
Dalam masa yang sama, pembukaan restoran itu membuka peluang pekerjaan kepada 50 orang anak tempatan.
BACA: Lebih 7,000 Pelancong Malaysia Naik ‘Whoosh’ Sempena Musim Cuti
@newsnugget.my
Tahniah KA #khairulaming #rembayung
♬ Little Things – Adrián Berenguer
BACA: Ini 5 Tradisi Unik Dunia Rai Tahun Baharu, No. 3 Paling Mengejutkan
Sumber: @newsnugget.my
The post Selepas 12 Tahun Menyewa, Khairul Aming Akhirnya Beli Rumah Pertama appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/28/selepas-12-tahun-menyewa-khairul-aming-akhirnya-beli-rumah-pertama/