Selangor Serap Kos Rm40 Juta Kurangkan Beban Pelarasan Tarif Air





 

Oleh: Helmi Mohd Foad





Kerajaan Selangor akan menanggung peningkatan kos bagi lebih satu juta rakyat susulan pelarasan tarif air mulai bulan depan meliputi 285,673 akaun yang merupakan penerima air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan (SADE).





Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu membolehkan setiap isi rumah yang menerima manfaat SADE sebelum ini sebanyak anggaran RM11.40 sebulan meningkat kepada RM13 sebulan.





"Kos tanggungan kerajaan negeri akan meningkat daripada RM31.8 juta kepada anggaran RM37.3 juta setahun.





"Kerajaan Negeri juga akan menanggung peningkatan bagi rumah-rumah ibadah dan rumah-rumah kebajikan di Selangor dengan anggaran kos sebanyak RM2 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.





Semalam Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan pelarasan tarif air di seluruh Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan oleh bermula pada 1 Februari 2024.





Secara keseluruhan, kata Amirudin tanggungan kos kepada kerajaan negeri bagi pemberian air percuma melalui SADE dan penyerapan peningkatan tarif air bagi rumah ibadah dan rumah kebajikan adalah sebanyak anggaran RM40 juta setahun.

Jelasnya jumlah yang diperuntukkan dalam Belanjawan Selangor 2024 bagi bantuan air percuma adalah mencukupi bagi manfaat dan kemaslahatan rakyat.





Kata Amirudin pelarasan tarif air pertama sejak 18 tahun lalu iaitu pada tahun 2006, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan termasuk SPAN dengan mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kesan pelarasan tarif air kepada rakyat negeri Selangor.





Jelasnya Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merupakan penyedia perkhidmatan bekalan air terbesar di negara ini yang menyampaikan air bersih kepada lebih 8 juta rakyat meliputi 2,661,743 akaun termasuk pengguna domestik serta bukan domestik yang merangkumi perusahaan kecil dan sederhana sehingga kepada perusahaan multinasional.





Jelas Amirudin susulan pelarasan tarif itu caj minimum bagi pengguna domestik akan beralih daripada RM6 kepada RM6.50.





"Bagi rumah yang menggunakan air hingga 20 meter padu (m3), kadar caj bagi setiap meter padu akan beralih sebanyak 8 sen iaitu kepada RM0.65 bermula daripada 0 meter padu sehingga 20 meter padu.





"Ini bermaksud bagi rumah yang menggunakan air 20 meter padu dan ke bawah setiap bulan, caj baharu akan meningkat maksimum sekitar RM1.60 sebulan," katanya.

Kata beliau kerajaan negeri berpendirian bahawa pelarasan ini akan menjamin kelangsungan dan membolehkan Air Selangor mengelakkan isu paip bocor serta paip pecah dengan menggandakan kadar penggantian paip usang daripada 150 kilometer (km) setahun kepada 300km setahun bermula tahun ini.





Tambahnya pembinaan loji rawatan air baharu akan diperkukuhkan bagi meningkatkan margin rizab air kepada 20 peratus menjelang tahun 2030 termasuk melipatgandakan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan aset seperti paip baharu bagi kawasan yang mengalami tekanan air rendah.





"Tahap kualiti air yang disampaikan kepada rakyat dapat terus dikekalkan pada 99 peratus mengikut piawaian Kementerian Kesihatan dengan penambahan pemasangan online analyser untuk memantau kualiti air," katanya.





Kerajaan Negeri juga membuka peluang kepada rakyat negeri yang berpendapatan RM5,000 ke bawah dan ingin memohon untuk air percuma SADE untuk melayari laman web https://www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/ bagi maklumat lanjut serta proses pemberian air percuma.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/selangor-serap-kos-rm40-juta-kurangkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelarasan Tarif Baharu Air Bukan Langkah Popular Tetapi Satu Keperluan Tidak Dapat Di Elakkan

Pelarasan Tarif Baharu Air Bukan Langkah Popular Tetapi Satu Keperluan Tidak Dapat Di Elakkan

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 170 hits
Pelarasan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Labuan membabitkan kenaikan purata 22 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Februari ini bukan langkah popular tetapi keperluan tidak dapat dielakkan Apatah lagi ada ...
Span Hasil Pelarasan Tarif Air Akan Di Kembalikan Kepada Rakyat Melalui Kualiti Perkhidmatan

Span Hasil Pelarasan Tarif Air Akan Di Kembalikan Kepada Rakyat Melalui Kualiti Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR Syarikat operator bekalan air di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka memperoleh unjuran pendapatan tambahan setahun antara RM2 4 juta hingga RM105 juta melalui pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 Februari ini Ma...
Pelarasan Tarif Air Bukan Isu Politik Semua Negeri Bersetuju

Pelarasan Tarif Air Bukan Isu Politik Semua Negeri Bersetuju

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 207 hits
Oleh Helmi Mohd Foad ANALISIS Pagi ini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara membuat pengumuman berkaitan pelarasan tarif bekalan air bersih bagi pengguna domestik di semua negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada awa...
Kenaikan Tarif Air Berikan Rebat Kepada Golongan B40 Ppim Berita Rtm 17 01 2024

Kenaikan Tarif Air Berikan Rebat Kepada Golongan B40 Ppim Berita Rtm 17 01 2024

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 422 hits
KUALA LUMPUR 17 Januari Tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan wajar dilaksanakan agar rakyat menerima air yang berkualiti secara berterusan kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia...
Kenaikan Tarif Bantu Tingkat Kualiti Air Di Kelantan Kata Aksb

Kenaikan Tarif Bantu Tingkat Kualiti Air Di Kelantan Kata Aksb

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 331 hits
Pemangku Pengurus Besar AKSB Izani Ismail berkata Kelantan berdepan dengan masalah paip bocor sehingga kadar kehilangan air tak terhasil mencecah sebanyak 50 PETALING JAYA Air Kelantan Sdn Bhd berharap kenaikan tarif air mulai 1 Feb ini mam...
Tarif Air Kelantan Naik 23 Sen

Tarif Air Kelantan Naik 23 Sen

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 251 hits
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada Rabu lalu mengumumkan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Labuan naik 22 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Feb PETALING JAYA Kelantan mengumumkan tarif air baharu untu...
Kerajaan Pahang Setuju Kenaikan Tarif Air Selepas 40 Tahun Tidak Berbuat Demikian

Kerajaan Pahang Setuju Kenaikan Tarif Air Selepas 40 Tahun Tidak Berbuat Demikian

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 197 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang setuju menaikkan kadar tarif air domestik berkuat kuasa 1 Februari ini selepas 40 tahun tidak berbuat demikian Menteri Besar Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata kadar baharu yang ditetapkan ialah 78 sen untuk 2...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025

Ameera Khan Saya Bukan Melayu Tapi Masih Nikmati Keistimewaan Melayu

Empty Page Lupakanku Chord