Selangor Negeri Bersih Dan Selamat Untuk Di Kunjungi


Hi Korang,
Melancong adalah sebuah aktiviti yang menyeronokkan bagi kebanyakan penduduk dunia, tetapi bagi sesetengah orang ianya mungkin sesuatu yang menakutkan terutamanya bagi pelancong yang memilih untuk melakukannya secara berseorangan. 

Perkara utama yang sering difikirkan oleh kebanyakan pelancong sebelum mengunjungi suatu tempat adalah faktor keselamatan dan kebersihan. Bahkan teori Hierarki Keperluan Maslow menggariskan faktor keselamatan sebagai keutamaan kedua manusia setelah keperluan fisiologi. Sekiranya seseorang dapat merasa selamat di suatu tempat, ianya akan menjadi faktor penarik untuk individu yang sama melawat tempat tersebut. 
Selangor adalah salah sebuah Negeri yang menerima kunjungan pelancong yang paling ramai di Malaysia. Hal ini kemungkinan besarnya adalah didorong oleh faktor jaminan keselamatan pelancong ke Negeri ini oleh Pihak Berwajib Negeri. Intipati berikutnya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang butiran sokongan terhadap jaminan keselamatan di Negeri Selangor. 

Perkara pertama yang terlintas di fikiran pelancong ketika mereka mengunjungi sesuatu tempat adalah kewujudan Unit Polis Pelancong. Berita baik kepada semua penggemar aktiviti pelancongan, Negeri Selangor telah menubuhkan Unit Polis Pelancong yang ditempatkan di sekitar kawasan pelancongan popular seperti Batu Caves, Sepang Goldcoast, KLIA, KLIA2, Subang Sky Park, Boustead Cruise Centre, dan Pusat Membeli-belah terkemuka. Mereka akan melakukan rondaan di sekitar kawasan dan menjaga keselamatan para pelancong untuk membendung sebarang kes jenayah di kawasan terbabit. 

Dengan adanya Unit Polis Pelancong ini, pelancong wanita dan pengembara solo terutamanya, tidak perlu berasa risau tentang keselamatan mereka di Negeri ini. Ibu Pejabat Unit Polis Pelancong pula adalah terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya, yang mempunyai radius yang berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan utama di Negeri Selangor. 
Seterusnya, aktiviti membeli-belah sering dijadikan sebuah kewajipan ketika melancong, justeru faktor keselamatan semasa membeli-belah turut dititik-beratkan di Negeri ini. Seperti dinyatakan di atas, Pusat Membeli-belah juga ditempatkan dengan Unit Polis Pelancong supaya pelancong dapat berbelanja dengan tenang. Selain itu, terdapat banyak kamera litar tertutup atau CCTV dan pengawal keselamatan yang ditempatkan di premis-premis perniagaan bagi menjaga keselamatan pelancong dan masyarakat awam. Pengawal keselamatan juga telah dilatih dengan pengetahuan tentang semua laluan di premis terbabit. Selain itu, Sunway Pyramid, sebuah Pusat Membeli-belah di Sunway City adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dilengkapi dengan fungsi butang panik. Oleh itu, pelancong boleh berasa yakin bahawa keselamatan mereka berada di tangan yang baik walaupun ketika membeli-belah di Negeri Selangor. 
Para pengunjung tarikan semula jadi Negeri ini seperti FRIM Kepong, Sungai Chilling, Taman Eko Rimba Kanching dan Taman Eko Rimba Chongkak Park and Resort tidak perlu risau tentang faktor kebersihan dan keselamatan di tempat ini kerana ianya dijaga dengan baik dan diselenggara oleh syarikat pembersihan yang dilantik mengikut jadual berkala. Para renjer hutan turut ditempatkan di sana untuk membantu menjaga keselamatan para pengunjung apabila diperlukan. Selain itu, terdapat juga tong-tong sampah yang mencukupi untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut. Antara salah sebuah usaha untuk kelangsungan kebersihan sekitar adalah Kempen “Clean and Green” hasil usahasama pihak Tourism Selangor dan Firefly Sdn Bhd di Taman Eko Rimba Kanching pada tahun 2018. 
Seterusnya, setiap restoran dan premis makanan di Malaysia diperiksa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia secara berkala dan dinilai dari segi kebersihannya dari masa ke masa. Oleh itu, semua restoran dan premis makanan di Selangor juga dinilai secara kerap dan pelancong mempunyai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan dari restoran kelas A atau B di Negeri ini. Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor telah melaksanakan garis panduan atau SOP yang lebih ketat untuk penilaian premis makanan dan minuman. Peraturan inu adalah untuk memastikan bahawa pemilik restoran mengikuti kriteria yang diperlukan dalam menjalankan perniagaan mereka. Hal ini membantu orang ramai dan pelancong untuk merasa lebih yakin dalam mendapatkan makanan yang disediakan dengan bersih dan selamat dimakan. 
Tambahan pula, pasca penularan wabak Covid-19 telah menyaksikan pelaksanaan peraturan atau SOP yang lebih ketat di premis-premis makanan di seluruh Negeri Selangor. Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengetatkan garis panduan bagi penilaian gred premis makanan dan minuman di kawasan seliaan mereka. Walaupun disarankan agar orang awam memilih untuk membungkus makanan atau mendapatkan perkhidmatan penghantaran makanan, namun mereka masih boleh menjamu selera di premis makanan dengan mempraktikkan jarak sosial yang disarankan serta kedudukan meja ditetapkan sekurang-kurangnya 1-meter antara satu sama lain. 

Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan Aplikasi SELangkah: Langkah Masuk dengan Selamat, iaitu aplikasi pertama seumpamanya di Malaysia untuk mengawal pergerakan orang ramai di Negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam sebuah kenyataan pada 4 Mei berkata, applikasi ini dibangunkan bagi mengesan pergerakan orang ramai di Negeri Selangor secara maya dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di Negeri ini. 

Aplikasi SELangkah yang dikendalikan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menggunakan konsep asas kawalan automatik yang pantas dan mudah sebagai inisiatif pendaftaran individu sebelum memasuki sesuatu premis perniagaan di Negeri ini. Dengan hanya mengimbas kod QR menggunakan telefon bimbit bagi mendaftar maklumat mereka secara maya, pengesanan kontak dapat dibuat jika terdapat kes Covid-19 di premis yang telah mereka kunjungi. Akses Aplikasi ini turut dikongsi bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan pengesanan individu untuk proses saringan kesihatan atau kuarantin yang lebih efisien. 
Premis-premis perniagaan di Negeri Selangor turut digesa untuk menjalankan penyaringan suhu dan meletakkan cecair pembasmi kuman di premis mereka. Sesetengah premis turut meletakkan syarat pengunjung perlu memakai topeng pelindung mulut dan muka serta menghadkan jumlah pengunjung dalam premis mereka pada satu-satu masa bagi mengelakan berlakunya kesesakan. Sebanyak lebih 700,000 pengusaha premis perniagaan telah mendaftar untuk kegunaan Applikasi SElangkah setakat 7 Mei. 
Seterusnya, terdapat banyak pilihan tempat penginapan yang boleh dipilih oleh pelancong di Negeri Selangor seperti hotel, chalet, homestay, pangsapuri dan lain-lain. Sebilangan besar penginapan ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan adalah selamat untuk pelancong. Kebanyakan hotel turut dilengkapi dengan kawalan kamera litar tertutup 24 jam atau CCTV dengan fungsi kunci elektronik bagi mengelakkan sebarang aktiviti pecah-masuk. 
Susulan dari penularan wabak Covid-19, para operator hotel dan penginapan di Negeri Selangor turut digesa untuk menuruti garis panduan yang ketat, khususnya yang digariskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Malaysian Association of Hotels (MAH). 
Pertama, para operator hotel diminta untuk memastikan langkah-langkah penjarakan sosial dipraktikkan oleh penginap dan memastikan semua staf menerima latihan berkenaan garis panduan yang telah ditetapkan susulan penguat-kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Langkah-langkah pembersihan menggunakan peralatan pembersihan dan pembasmian kuman turut perlu dipertingkat terutama di kawasan yang sering disentuh seperti suis lampu, pemegang pintu, alat kawalan jauh televisyen, punat lif dan kad elektronik bilik. Untuk menjamin keselamatan makanan, kakitangan dapur perlu mematuhi garis panduan seperti menjalani pemeriksaan kesihatan berkala, dan memakai topeng dan sarung tangan semasa penyediaan makanan. Protokol kebersihan yang lebih ketat dan kawalan kualiti udara turut diperkenalkan untuk menjamin keselamatan para penginap. 
Selain itu, Kelab-kelab Golf di Selangor kembali beroperasi pasca Covid-19 dengan menjalankan garis panduan yang ketat untuk memastikan keselamatan para pemain golf. Ahli Kelab Golf diwajibkan untuk mendaftar masuk manakala bukan ahli perlu mengisi Borang Deklarasi Kesihatan. Mereka kemudiannya perlu melalui saringan kesihatan wajib. Selain itu, kereta elektrik atau buggy ditambah kuantiti serta dipasang dengan plastik pemisah antara pemandu dan penumpang, para pemain golf juga perlu memastikan jarak 1-meter dipatuhi ketika beratur dan pondok pemula atau starter hubs tidak dibuka untuk umum. Hal ini bagi memastikan pengusaha Kelab-kelab Golf di Selangor dapat kembali beroperasi, dengan memberikan penekanan kepada aspek keselamatan dan kebersihan. Malah, sesetengah Kelab Golf di Selangor seperti Kota Permai Golf & Country Club turut mengambil langkah yang lebih menjamin kebersihan dengan pengenalan “contactless ball extractor” atau mesin pelancar bola secara automatik bagi meminimakan sentuhan secara terus. 
Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, “Tourism Selangor menyambut baik keputusan Kerajaan untuk membuka semula sektor pelancongan domestik bermula 10 Jun lalu. Umum mengetahui, industri pelancongan merupakan antara yang paling terjejas beberapa bulan kebelakangan ini. Justeru, susulan dari pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), operator produk pelancongan di Negeri Selangor boleh mula beroperasi dengan merangka strategi-strategi baharu bagi menggamit perhatian pengunjung serta membina semula sektor ekonomi”. 
“Untuk merancakkan lagi pelancongan domestik, Tourism Selangor telah memperkenalkan Kempen “Pusing Selangor Dulu!” yang memfokuskan kepada pasaran pelancongan domestik. Tourism Selangor juga sedang mempergiat perancangan pelaksanaan E-Travel Fair 2020 di landasan digital sebagai salah sebuah inisiatif untuk mempromosi dan memasarkan pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor secara efektif, di samping menampilkan tawaran diskaun dari para operator pelancongan Negeri. Seterusnya, Tourism Selangor akan berkerjasama dengan penggiat Media tempatan dan antarabangsa untuk Program “Media FAM Trip”, dan juga berkolaborasi bersama penggiat industri untuk program promosi pelancongan seperti Program Jelajah Pesona Selangor dan sesi Business-to-Business (B2B) yang akan dirangka secara berkala” tambah Tuan Azrul Shah. 
Berdasarkan segala kenyataan di atas, ianya jelas bahawa Negeri Selangor sememangnya adalah sebuah Negeri yang selamat dan bersih untuk dikunjungi oleh para pelancong. Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor serta penggiat industri pelancongan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan tempat-tempat pelancongan di Negeri ini selamat untuk dikunjungi para pelancong dengan menitik-beratkan kepada garis panduan atau SOP, dan protokol kebersihan yang lebih ketat terutamanya di Pusat Membeli-belah, tempat penginapan, pengangkutan awam, restoran, premis perniagaan dan Kelab-kelab Golf. 
Garis panduan ini dilihat semakin diperinci dan diperketat susulan penularan wabak Covid-19. Pihak Tourism Selangor turut giat mempromosikan pelancongan Negeri ini dengan sentiasa mengemas-kini laman sesawang rasmi, Selangor.travel dan laman media sosial dengan tarikan Negeri Selangor bagi menarik-minat para pelancong domestik dan antarabangsa untuk merangka percutian dan perjalanan mereka ke Negeri Selangor pada masa hadapan. Negeri Selangor khususnya mengalu-alukan kedatangan pelacong domestik ke Negeri ini, selaras dengan Kempen “Pusing Selangor Dulu!” yang sedang meniti dalam kalangan penggemar aktiviti pelancongan di Malaysia. 
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi dan terbaharu Tourism Selangor di Selangor.Travel



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2020/06/selangor-negeri-bersih-dan-selamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negeri Selangor Hub Sukan Golf Premier Dan Utama Di Malaysia

Negeri Selangor Hub Sukan Golf Premier Dan Utama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 372 hits
Sejak akhir akhir ini populariti pelancongan golf semakin meniti dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa Golf dikatakan sebagai sukan perseorangan terkenal di dunia Oleh itu tidak hairanah jika ada yang melancong semata mata untu...
Exco Selangor Bimbang Isu Calon Pm Jejas Kerajaan Negeri Pimpinan Ph

Exco Selangor Bimbang Isu Calon Pm Jejas Kerajaan Negeri Pimpinan Ph

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 304 hits
Haniza Talha berkata perbezaan pandangan antara parti komponen PH akan mengubah pendirian dan susunan di peringkat kerajaan negeri menyebabkan ketidakstabilan berlaku dengan fokus utama dan usaha pembangunan tergendala PETALING JAYA Exco Se...
Cuma Guna 3 Bahan Mop Karpet Sampai Bersih Bau Wangi Berkilat Macam Yang Baru

Cuma Guna 3 Bahan Mop Karpet Sampai Bersih Bau Wangi Berkilat Macam Yang Baru

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 358 hits
Karpet yang kotor akan memerangkap debu dan bakteria padanya Keadaan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan seisi keluarga Lebih merisaukan jika anak anak berbaring di atas karpet dan menyedut debu tersembunyi yang ada di atas karpet Mene...
Mesin Basuh Dah Berkeladak Ibu Ni Kongsi Cuci Cara Mudah Senang Barulah Baju Anak Anak Bersih Total

Mesin Basuh Dah Berkeladak Ibu Ni Kongsi Cuci Cara Mudah Senang Barulah Baju Anak Anak Bersih Total

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 465 hits
Mesin basuh di rumah pernah tak dicuci atau dibersihkan bahagian dalamnya Kadang sampai ada yang berbau kerana tak pernah pun bersihkan Sebenarnya mesin basuh yang ada di rumah juga perlu dibersihkan supaya baju yang kita basuh itu bersih s...
6056 Masjid Main Peranan Kempen Budaya Bersih Harian Metro 27 06 2020

6056 Masjid Main Peranan Kempen Budaya Bersih Harian Metro 27 06 2020

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 338 hits
MASJID disaran memainkan peranan penting untuk membudayakan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan penumpuan kepada penjagaan diri serta kawasan sekitar khususnya ketika negara berdepan pandemik Covid 19 Ketua Aktivis Persatuan Pe...
Xiaomi Turut Bawa Masuk Mi Robot Vacuum Mop Yang Akan Pastikan Lantai Rumah Korang Sentiasa Bersih

Xiaomi Turut Bawa Masuk Mi Robot Vacuum Mop Yang Akan Pastikan Lantai Rumah Korang Sentiasa Bersih

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 405 hits
Xiaomi Malaysia membawa masuk Mi Robot Vacuum Mop secara rasmi ke pasaran Malaysia bermula 25 Jun ini sama seperti Mi Ionic Hairdryer yang baru Ohmedia share tadi Jaranglah Xiaomi ni ketinggalan ada jer benda baru yang mereka cuba buat yang...
Tip Nak Buat Lantai Rumah Bersih Berseri Senang Je Rupanya

Tip Nak Buat Lantai Rumah Bersih Berseri Senang Je Rupanya

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 652 hits
TIP NAK BUAT LANTAI RUMAH BERSIH BERSERI SENANG JE RUPANYA Musim virus menyerang ni kerja mak jadi bertambah kan Lagi lagi dalam hal kebersihan rumah dan kawasan sekeliling Mop lantai kalau dulu 2 kali sehari sekarang mungkin dah jadi banya...
Ni Satu Lagi Dia Sahaja Yang Betul Dia Sahaja Yang Bersih Anak Beranak Dia Kaya Pun Kerana Rajin

Ni Satu Lagi Dia Sahaja Yang Betul Dia Sahaja Yang Bersih Anak Beranak Dia Kaya Pun Kerana Rajin

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 328 hits
Kalau keluar aje dari mulut Mahathir semua salah orang lain Orang lain curi duit orang lain tamak orang lain rasuah orang lain gila kuasa Dia semuanya baik Anak dia ada banyak harta keraja rajin Melayu semuanya malas Ini termasuk rakan pasu...
Laungan Azan Di Sebalik Api Marak Asrama Sekolah Agama Kebakaran Pelajar Selamat

Laungan Azan Di Sebalik Api Marak Asrama Sekolah Agama Kebakaran Pelajar Selamat

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 639 hits
Awal pagi tadi para pelajar di asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam Raub berhadapan detik cemas apabila asrama mereka terlibat dalam kebakaran Menerusi maklumat dan video yang dikongsikan di Facebook kejadian tersebut ha...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba