Selangor Komited Bela Sekolah Agama Semak Garis Panduan Pemutihan





 Oleh: Helmi Mohd Foad



Kerajaan Negeri Selangor terus memberikan komitmen untuk membela kedudukan sekolah-sekolah agama persendirian dengan memberikan lanjutan tempoh proses pemutihan hingga hujung tahun depan.





Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohamad Fahmi Ngah, pelanjutan tempoh masa itu juga diberikan dengan kelonggaran dari segi syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi memastikan institusi pendidikan Islam swasta itu berjaya memenuhi ulasan bagi kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).





"Halangan utama tindakan pemutihan adalah kos lantikan konsultan yang agak tinggi sebagai syarat kelulusan merancang daripada PBT.





"Pelanggaran terhadap keperluan PBT (berlaku) sekolah yang beroperasi tidak berupaya mendapat ulasan daripada PBT ikut tempoh masa ditetapkan," katanya ketika menjawab soalan Noor Najhan Mohamad Salleh (PN-Sementa) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.





Dr Fahmi dalam pada itu mencadangkan semakan segera garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian negeri sedia ada untuk penambahbaikan bagi memudahkan sekolah menepati syarat PBT.





"Ini dilakukan dan libat urus saya sendiri telah hadir bersama persatuan sekolah agama seperti PITAS (Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor dan GASIS (Persatuan Gabungan Sekolah Islam Selangor)," katanya.





Beliau menjelaskan pendaftar sekolah Islam melalui Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah memberikan persetujuan bagi melanjutkan tempoh pendaftaran yang sepatutnya tamat pada Disember ini kepada hujung tahun depan.





"Ini adalah bagi memberikan peluang kepada sekolah agama persendirian mendapatkan ulasan lanjut PBT dan lanjutan tempoh pendaftaran itu juga diberikan dengan syarat yang telah dilonggarkan dan kelonggaran masa untuk memenuhi dapat ulasan sewajarnya daripada PBT dan sokongan daripada Pejabat Kesihatan serta Bomba dan Penyelamat Zon.

"Ini untuk bantu pihak sekolah lebih bersedia untuk diangkat bagi kelulusan PBT seperti sepatutnya berlaku," katanya.





Tambah beliau Bahagian Pendidikan JAIS juga akan membentangkan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian 2.0 yang sedang dibuat oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan ia akan dibentangkan kepada PBT apabila siap kelak.





Selain itu, jelas Dr Fahmi, bantuan pemulihan sekolah tahfiz juga dibiayai oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan peruntukan RM3.35 juta bagi mendapatkan kelulusan daripada konsultan.





Katanya sebanyak RM1.17 juta telah diagihkan kepada sebanyak 117 buah sekolah tahfiz di Selangor.





Terdahulu kepada soalan asal Noor Najhan, beliau memberitahu, sebanyak 225 daripada 497 sekolah agama persendirian di Selangor melalui proses pemutihan sejak 2020 hingga September lalu.





Tambahnya usaha pemutihan membabitkan 106 buah maahad tahfiz, sekolah rendah Islam integrasi (98) dan sekolah menengah Islam (21).





Mohamad Fahmi berkata Kerajaan Negeri prihatin dengan soal keselamatan dan keselesaan murid-murid serta guru-guru di sekolah agama persendirian ekoran beberapa insiden sejak awal 2017 melibatkan kes kebakaran yang meragut nyawa serta kerosakan bangunan.





Kerajaan Negeri memulakan proses pemutihan sekolah agama persendirian berdasarkan garis pemutihan sekolah agama persendirian 1.0 yang digunakan pakai sejak 1 Januari 2021 hingga kini.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/selangor-komited-bela-sekolah-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Muslim Ini Serabut Bila Dapat Pensyarah Yahudi Kerana Perbezaan Agama Sekali Ini Yang Terjadi

Pelajar Muslim Ini Serabut Bila Dapat Pensyarah Yahudi Kerana Perbezaan Agama Sekali Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 237 hits
Ketegangan antara Israel dan Palestin selama puluhan tahun telah menyebabkan persepsi negatif terhadap bangsa Yahudi Namun melalui satu perkongsian di TikTok seorang wanita mendedahkan sudut yang berbeza selepas dia berpeluang menuntut ilmu...
Ayatollah Dan Mullah Bodoh Menghancurkan Agama Mereka Di Iran 60 Masjid Di Iran Tutup

Ayatollah Dan Mullah Bodoh Menghancurkan Agama Mereka Di Iran 60 Masjid Di Iran Tutup

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 121 hits
Ini bukan saya cakap tau Jangan marah saya Ini mullah Shiah di Iran sendiri cakap Senior Shia mullah Mohammad Abolghasim Doulabi the liason between Iranian president Ebrahim Raisi s government and Iran s seminaries has said that 50 000 out ...
Silaturahmi Dengan Ulama Se Jabar Ganjar Bahas Uu Pesantren Dan Kesejateraan Guru Agama

Silaturahmi Dengan Ulama Se Jabar Ganjar Bahas Uu Pesantren Dan Kesejateraan Guru Agama

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 132 hits
Ganjar bersilaturahmi dengan ulama kiai ustaz habib hingga pimpinan Ponpes se Jawa Barat
Isu Agama Perlu Jelas

Isu Agama Perlu Jelas

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 263 hits
JANGAN MAIN HAL AGAMA DIBELAKANG TABIRDALAM PERKARA SYARI AH MUSLIM WAJIB TAHUSERAHKAN HAL SYARI AH PADA AHLINYA Mahkamah tangguh keputusan hakim tegur peguam majlis agama ISU PETISYEN PERLU DIRUNDING TERLEBIH DAHULUDALAM HAL SYARI AH JANGA...
Anwar Usman Fitnah Yang Keji Saya Dianggap Pakai Dalil Agama Untuk Kepentingan Tertentu

Anwar Usman Fitnah Yang Keji Saya Dianggap Pakai Dalil Agama Untuk Kepentingan Tertentu

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 211 hits
Anwar menegaskan anggapan dirinya menjual dalil agama untuk kepentingan tertentu adalah fitnah
Sidang Perdana Kasus Penistaan Agama Panji Gumilang Didakwa Pasal Berlapis

Sidang Perdana Kasus Penistaan Agama Panji Gumilang Didakwa Pasal Berlapis

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 185 hits
Sidang dipimpin langsung Ketua Majelis Hakim Yogi Dulhadi didampingi Anggota Hakim I Ria Agustin dan Anggota Hakim II Yanuarni Abdul Gaffar
Pas Persefahaman Keharmonian Antara Agama

Pas Persefahaman Keharmonian Antara Agama

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 214 hits
Kelantan promosi toleransi terhadap agama lainKOTA BHARU Sejak era pentadbiran Allahyarham Tan Sri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Kelantan serius mempromosikan sikap hormat dan toleransi terhadap agama agama lain Timbalan Menteri Besar Dato Dr ...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025