Selangor Buktikan Dap Bukan Ancaman Kepada Melayu Dan Islam


 
Oleh BORHAN AHMAD / October 17, 2021

Rekod kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 sehingga kini membuktikan bahawa DAP tidak pernah menggugat kepentingan orang Melayu dan agama Islam walaupun mereka berada dalam sesebuah kerajaan.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, DAP telah berada dalam kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 lagi dan kepentingan Melayu dan agama Islam terjaga dengan baik di negeri itu.

“Serangan kepada DAP ini hanya sentimen perkauman untuk menarik sokongan politik sahaja,” kata Khalid mengulas kempen sentimen membenci DAP yang giat di jalankan semula sekarang.

“Terbukti, tidak ada apa-apa masalah dan gugatan kepada kepentingan orang Melayu dan Islam di Selangor walaupun DAP sudah berada dalam kerajaan Selangor sejak 2008 lagi.

“Orang Melayu dan agama Islam di Selangor tidak pernah terjejas, masjid dan suraunya diimarahkan dengan baik penuh dengan aktiviti keagamaan dan ilmu,” kata Khalid.

Menurut beliau, pada tahun 2008, kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan di Selangor yang terdiri dari PKR, Pas dan DAP.

Sejak tahun 2018 pula, kerajaan Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, AMANAH dan juga DAP memerintah Selangor.

Oleh itu, katanya, dakwaan DAP ini mengancam kepentingan orang Melayu dan Islam adalah mengarut dan tohmahan untuk mengajak orang Melayu membuat keputusan berdasarkan sentimen dan emosi semata-mata.

“Itu semua tohmah, fitnah dan dakyah nak takutkan Melayu dan mahu orang Melayu membuat kputusan berdasarkan sentimen.

“Yang rosakkkan orang Melayu ini Melayu juga, merekalah sebenarnya yang memusnahkan kepentingan Melayu dan Islam.

“Tengoklah kerajaan Melayu Islam yang ada. Judi mereka naikkan dari lapan yang kita benarkan dinaikkan kepada 22 kali.

“Dulu masa kerajaan PH yang ada DAP kita bagi bantuan kepada sekolah-sekolah tahfis, sekarang mereka dah tak bagi lagi.

“Ini yang terbaru ni, ada arak bernama Timah pula yang dilancarkan. Semuanya berlaku dalam kerajaan Melayu dan Islam,” kata Khalid Samad.

Bagi beliau, dasar sesebuah kerajaan ditentukan bersama bukan oleh DAP walaupun mereka berada di dalam kerajaan.

“Masa kita (AMANAH) dalam kerajaan pusat dahulu, kita cadangkan dasar kerajaan adalah Rahmatan lil alamain, Dap setuju, tak ada masalah padahal Rahmatan lil alamin itu dari Al Quran,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Menjelang pilihan raya umum ke 15, kempen anti DAP kembali dihidupkan oleh Umno dan Pas.

Ia juga dimainkan oleh pemimpin Umno Melaka kononnya mereka tidak rela bekerjasama dengan DAP di Melaka.

Padahal, Umno Melaka sendiri mengaku, mereka sudah berunding dengan DAP untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan bersama, namun ditolak oleh DAP.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan rundingan tersebut berlangsung sebelum tumbang kerajaan Melaka yang dipimpin Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terpaksa dibubarkan.

“Saya cakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepemimpinan DAP, saya menawarkan beberapa solusi untuk kita membendung supaya ini (kerajaan negeri tumbang) tidak berlaku.

“Tetapi adalah lebih malang saya melihat ia tidak diterima pimpinan DAP pada waktu itu,” katanya dalam wawancara secara maya dengan sebuah portal.

Jelasnya, beliau diberi tanggungjawab mewakili partinya iaitu Umno untuk berunding dengan pimpinan DAP Melaka, ia diatur oleh seorang pemimpin atasan Umno yang enggan dinamakannya.

“Ini bukan kerajaan negeri, ini antara parti. Saya tidak mewakili kerajaan negeri sewaktu saya berjumpa dengan pucuk pimpinan DAP,” katanya.


 











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/selangor-buktikan-dap-bukan-ancaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kertas Pandora Mana Pergi Suara Jaguh Melayu Islam

Kertas Pandora Mana Pergi Suara Jaguh Melayu Islam

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 241 hits
October 13 2021 Kertas Pandora Mana pergi suara jaguh Melayu Islam Ketua pembangkang Anwar Ibrahim terus menempelak pemimpin Umno Bersatu dan PAS kerana sikap mendiamkan diri mereka berhubung pendedahan Kertas Pandora mengenai pemillikan as...
Melindungi Umat Islam Daripada Murtad Kenapa Dap Persoal

Melindungi Umat Islam Daripada Murtad Kenapa Dap Persoal

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 179 hits
Semalam sewaktu sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat ketika giliran Menteri di JPM Hal Ehwal Agama Senator Idris Ahmad ahli Parlimen DAP Bukit Bintang Fong Kui Lin telah bertanya soalan tambahan Antara lain berbunyi mengapa negara perlu ...
Pandora Papers Kenapa Pejuang Melayu Islam Diam Bila Trilion Ringgit Hilang

Pandora Papers Kenapa Pejuang Melayu Islam Diam Bila Trilion Ringgit Hilang

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 212 hits
Oleh BORHAN AHMAD October 15 2021Bekas menteri agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menempelak para pemimpin Pas dan Umno yang mendiamkan diri dalam skandal yang didedahkan melalui Pandora Papers Padahal kata ahli parlimen Parit Buntar itu ska...
Hiburan 3 Bulan Sekali Cuti Rebecca Nur Al Islam Cari Pembantu Melayu Ramai Yang Tawar Diri

Hiburan 3 Bulan Sekali Cuti Rebecca Nur Al Islam Cari Pembantu Melayu Ramai Yang Tawar Diri

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 209 hits
Pelakon jelita Datin Rebecca Nur Al Islam dilaporkan ada menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pembantu rumah dan pengasuh buat anak anaknya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementIklan jawatan kosong itu dihebahkan...
3 Bulan Sekali Cuti Cari Pembantu Melayu Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al Islam

3 Bulan Sekali Cuti Cari Pembantu Melayu Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al Islam

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 346 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menerusi posting di Instagram memaklumkan bahawa dia membuka peluang pekerjaan kepada bangsa Melayu untuk menjadi pembantu serta mengasuh anak anaknya Cari pembantu MelayuDatin Rebecca memaklumkan jenis pe...
Mengapa Jaguh Melayu Islam Membisu Pendedahan Kertas Pandora

Mengapa Jaguh Melayu Islam Membisu Pendedahan Kertas Pandora

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 291 hits
PARLIMEN l Ketua pembangkang Anwar Ibrahim terus menempelak pemimpin Umno Bersatu dan PAS kerana sikap mendiamkan diri mereka berhubung pendedahan Kertas Pandora mengenai pemillikan aset kewangan luar pesisir Katanya sikap membisu itu adala...
Kerajaan Melayu Islam Menganaktirikan Sekolah Agama Rakyat

Kerajaan Melayu Islam Menganaktirikan Sekolah Agama Rakyat

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 284 hits
Oleh AHMAD SHAUQIE SYEIKH MUHAMAD BADERUDIN October 7 2021Sejak mendakap Barisan Nasional untuk menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Parti Islam Se Malaysia ternyata telah terpesong dari perjuangan mereka untuk memartabatkan inst...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told