Selamatkan Mn Demi Abata


MASIH terbayang dalam ingatan orang Melayu di seluruh negara, gembira dan bersyukur menyaksikan suasana ribuan ahli UMNO dan Pas serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam dalam Himpunan Penyatuan Ummah yang bersejarah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September 2019. Piagam Muafakat Nasional (MN) dimeteraikan oleh UMNO dan Pas, dua parti terbesar orang Melayu.
Tanggal itu menandakan detik bermulanya perpaduan politik UMNO dengan Pas sekali gus menamatkan perselisihan politik bangsa Melayu lebih dari empat dekad di bumi ini. Di hadapan lebih 10,000 hadirin, kepimpinan UMNO dan Pas serta NGO sama-sama bersalaman memanjat kesyukuran kepada ALLAH SWT atas limpah rahmat-Nya jua akhirnya dua parti politik Melayu Islam terbesar di negara ini kembali bertaut demi agama, bangsa dan negara (Abata).

Biduk lalu kiambang bertaut. Saat yang ditunggu umat Melayu seluruh negara sejak pemisahan Pas daripada Barisan Nasional (BN) pada 1975 menjadi kenyataan. Tidak hanya di PWTC, rata-rata menyambutnya dengan linangan air mata gembira dan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Dua gergasi politik Melayu Islam bertaut kembali. Gagasan MN dibentuk demi Abata untuk mewujudkan Malaysia yang aman, stabil dan sejahtera. MN lahir untuk menentang musuh-musuh politik kuasa pribumi dan memartabatkan Islam semasa negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) diterajui DAP. Bukan satu rahsia lagi tentang persepsi umum bahawa DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia dan kesamarataan menolak dasar-dasar keistimewaan kaum pribumi dan bumiputera tersirat menerusi kontrak sosial dan diperuntukkan di bawah Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Selama 22 bulan di bawah PH, orang Melayu melihat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihina, institusi Melayu dirobek, aset kepentingan Melayu dijual, agama Islam diperlekeh, jabatan dan agensi tertentu ditutup, ribuan rakyat hilang sumber pendapatan, Parti Komunis Malaya (PKM) diagungkan dan bermacam lagi tindakan yang melukakan hati dan perasaan orang Melayu. Rata-rata sekarang orang Melayu sudah mula sedar dan insaf betapa perlunya sebuah kuasa politik Melayu yang kuat dan teguh perlu wujud di negara ini.

Gagasan MN cantuman UMNO dan Pas dengan dukungan parti-parti rakan daripada BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dari Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dari Sabah adalah formula kemenangan terbaik untuk memberi peluang ke arah menzahirkan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil

BERKUBUR
Justeru, UMNO dan Pas perlu menyelamatkan MN daripada berkubur. Teruskan mencari kesefahaman dan mengeratkan hubungan untuk menjadi sebuah pasukan yang kuat bagi menentang musuh-musuh politik parti lawan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. Itu sahaja satu-satunya cara untuk menjamin hak dan keistimewaan bangsa Melayu dan kaum bumiputera, kedudukan Perkara 152 dan 153 selamat serta terjamin.

Orang Melayu sudah sedar bahawa bumi bertuah ini perlu dijaga dan diamanahkan kepada gagasam MN yang kuat untuk mewujudkan kestabilan politik berterusan dan disegani dalam dan luar negara. Untuk pencapaian matlamat itu, MN perlu menjadi wadah perjuangan pilihan dengan kuasa undi melebihi lima juta ahli parti, didukung pula lebih sejuta undi penjawat awam, 500,000 pesara awam, sejuta pengundi awam Melayu/bumiputera lain, 200,000 pengundi tentera dan polis.

Diyakini 115 kerusi majoriti Melayu di Semenanjung akan dimenangi MN. Dengan dukungan lebih 45 kerusi daripada BN, GPS dan GRS, kemenangan mudah dua per tiga akan menjadi milik MN, insya-Allah.

Melihat kepada perkembangan dan pergeseran terkini antara Pas dengan UMNO (menerusi beberapa kenyataan kebelakangan ini), amat merisaukan jambatan penyatuan yang terbina sejak September 2019 itu akan runtuh dan MN berkubur. Oleh yang demikian, janganlah jambatan yang dibina dimunsnahkan oleh orang-orang yang mahu melihat MN gagal di separuh jalan.

MN perlu diselamatkan dan jangan dibiarkan berkubur. Pas sebagai pendamai kepada dua pihak yang berkelahi, perlu memilih untuk menzahirkan sebuah pemerintahan MN yang kuat bertunjangkan UMNO dan Pas. Kemenangan dua per tiga amat perlu demi Abata dan kestabilan negara untuk jangka panjang dan berterusan. Justeru, jika sekalipun usaha untuk memujuk UMNO menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam MN menemui jalan buntu, MN UMNO-Pas yang telah wujud itu hendaklah diselamatkan dan diperkasakan demi masa depan bangsa dan kesejahteraan negara.

Kejayaan cemerlang MN dalam PRU15 hendaklah menjadi matlamat akhir yang perlu dicapai.

DATUK Seri Wan Ahmad Wan Omar
Penasihat Biro Politik, Pertubuhan Gerakan Qiam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/selamatkan-mn-demi-abata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Panik Jeritan Tidak Dihiraukan Pemuda Berkongsi Kisah Sedih Meranduk Air Banjir Demi Selamatkan Ahli Keluarga

Ketika Panik Jeritan Tidak Dihiraukan Pemuda Berkongsi Kisah Sedih Meranduk Air Banjir Demi Selamatkan Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 401 hits
December 20 2021 Bencana banjir yang melanda sebahagian besar kawasan negeri Selangor beberapa hari lalu meninggalkan kesan yang sangat dasyhat terhadap mangsa yang terkesan Kenaikan air yang begitu mendadak menyebabkan mangsa gagal membuat...
Hiburan Cabar Diri Sebagai Pelakon Zalif Sidek Sanggup Kuruskan Badan Demi Watak

Hiburan Cabar Diri Sebagai Pelakon Zalif Sidek Sanggup Kuruskan Badan Demi Watak

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 264 hits
Pelakon akui sungguhpun dia mempunyai saiz badan yang besar namun dia tidak menolak jika diminta oleh produser atu pengarah untuk menurunkan berat badan demi menjayakan sesuatu watak Zalif atau nama lengkapnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Ba...
Dua Ditahan Usung Keris Pedang Ke Pulau Besar Demi Tiktok

Dua Ditahan Usung Keris Pedang Ke Pulau Besar Demi Tiktok

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 227 hits
PEMERIKSAAN lanjut polis menemukan sebilah pedang dua bilah parang serta lima bilah keris dalam operasi bersepadu pematuhan SOP PPN di Pulau Besar Melaka MELAKA Seorang lelaki dan wanita diberkas polis selepas membawa pedang parang serta ke...
Perjuangan Umno Demi Generasi Masa Hadapan Shahril Hamdan

Perjuangan Umno Demi Generasi Masa Hadapan Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 166 hits
Perjuangan UMNO Demi Generasi Masa Hadapan Shahril Hamdan Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berkata Pemuda UMNO Kuala Langat akan meneruskan perjuangan khidmat bakti parti untuk masa hadapan Menurutnya perjuangan UMNO tidak akan sesekali...
Andy Lau Tak Makan Nasi Selama 10 Tahun Sengaja Demi Jaga Kebugaran Tubuh

Andy Lau Tak Makan Nasi Selama 10 Tahun Sengaja Demi Jaga Kebugaran Tubuh

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 329 hits
Sebagai orang Asia nggak makan nasi bertahun tahun tentu bukan sesuatu yang mudah
Pdip Minta Kepala Daerah Perkuat Peran Koperasi Demi Kesejahteraan Rakyat

Pdip Minta Kepala Daerah Perkuat Peran Koperasi Demi Kesejahteraan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 184 hits
Hasto menuturkan program Kementerian Koperasi sangat dinanti masyarakat khususnya di tengah pandemi Covid 19
Plot Twist Demi Plot Twist Rating Show Window Terus Menaik

Plot Twist Demi Plot Twist Rating Show Window Terus Menaik

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 262 hits
Dah menghampiri pertengahan cerita Show Window menampilkan babak mendebarkan apabila kedua wanita yang baik dahulu mula bermusuh kini Amaran SPOILER Dalam episod ke 6 kedua dua Han Sun joo dan Yoon Mi ra dimasukkan ke hospital selepas terli...
Terus Upayakan Pencegahan Kasus Stunting Bkkbn Gandeng Start Up Demi Kita Luncurkan Edisi 2 Buku Pintar Stunting

Terus Upayakan Pencegahan Kasus Stunting Bkkbn Gandeng Start Up Demi Kita Luncurkan Edisi 2 Buku Pintar Stunting

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 211 hits
Terus berupaya turunkan kasus stunting pada anak BKKBN bekerja sama dengan start up Demi Kita meluncurkan e booklet Demi Keluarga sebagai media edukasi untuk para ibu
Mahkamah Tegakkan Undang Undang Demi Menjaga Integriti Pemimpin Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tegakkan Undang Undang Demi Menjaga Integriti Pemimpin Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 143 hits
malaysiakini comBadan kehakiman memainkan peranan penting dalam menahan keruntuhan integriti yang menakutkan beberapa pemimpin politik di Malaysia kata Mahkamah Rayuan Dalam keputusannya untuk menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Raza...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm