Mahkamah Tegakkan Undang Undang Demi Menjaga Integriti Pemimpin Mahkamah Rayuan


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Dec 9, 2021 3:58 PM

Badan kehakiman memainkan peranan penting dalam menahan "keruntuhan integriti yang menakutkan" beberapa pemimpin politik di Malaysia, kata Mahkamah Rayuan.

Dalam keputusannya untuk menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Razak bagi membatalkan sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd (SRS), panel tiga hakim itu merujuk kepada sabitan Mahkamah Agung pada 1977 ke atas bekas menteri besar Selangor, Harun Idris.

Mahkamah Rayuan berkata hakim dalam perbicaraan kes tersebut, Raja Azlan Shah, telah mengulas mengenai "kemerosotan yang menakutkan dalam integriti beberapa pemimpin kita".

Mahkamah merujuk kepada sebahagian daripada keputusan Raja Azlan yang memetik kata-kata bestari: kuasa cenderung untuk merosakkan, dan kuasa mutlak mampu merosakkan secara mutlak, juga keperluan "beberapa batasan yang diakui ke atas pihak berkuasa politik", dan bahawa "undang-undang tidak mengenal orang (kesaksamaan di hadapan undang-undang)."

“Dan kira-kira 45 tahun kemudian kata-kata ini masih relevan dengan perayu (Najib), dan di mana kita sebagai sebuah negara berada sekarang.

“Kemerosotan yang menakutkan dalam integriti beberapa pemimpin kita yang diberi amaran oleh Raja Azlan Shah pada 45 tahun lalu masih menjadi momok yang melanda negara yang indah ini.

“Mahkamah dalam menegakkan kedaulatan undang-undang harus melakukan apa yang perlu untuk memastikan wabak zaman moden ini dihapuskan demi kebaikan negara.

“Undang-undang sememangnya 'tidak membezakan orang'. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang, dan mahkamah menggunakan undang-undang secara sama rata kepada semua.

“Dalam analisis akhir, kami menolak rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman atas semua pertuduhan dan mengesahkan perintah Mahkamah Tinggi (Kuala Lumpur),” kata hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Abdul Karim Abdul Jalil itu.

Dua lagi hakim yang mendengar permohonan Najib itu - dan sebulat suara membuat keputusan - ialah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Ia adalah sebahagian daripada alasan penghakiman penuh setebal 317 halaman untuk menolak rayuan bekas Najib semalam yang memohon untuk membatalkan sabitannya serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan jenayah pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC.

SRC ketika itu merupakan anak syarikat 1MDB SRC sebelum kemudian menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Najib juga merupakan bekas menteri kewangan, penasihat emeritus SRC, dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas Najib sementara menunggu rayuannya dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/12/mahkamah-tegakkan-undang-undang-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Rayuan Bersihkan Nama Hakim Mahkamah Tinggi Kata Pasukan Pendakwaan

Keputusan Rayuan Bersihkan Nama Hakim Mahkamah Tinggi Kata Pasukan Pendakwaan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 206 hits
Panel tiga hakim bersetuju dengan hakim perbicaraan menunjukkan tiada bukti disorokkan pihak pendakwaan Timbalan pendakwa raya V Sithambaram meninggalkan Istana Kehakiman di Putrajaya selepas sesi penyampaian keputusan rayuan Najib Razak te...
Kes Src International Mahkamah Rayuan Hari Ini Mengekalkan Sabitan Ke Atas Najib

Kes Src International Mahkamah Rayuan Hari Ini Mengekalkan Sabitan Ke Atas Najib

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan salah ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Keputusan sebulat suara itu dibacakan oleh Hakim Abdul K...
Keputusan Mahkamah Rayuan Terhadap Najib Amat Diterima Baik Cuma

Keputusan Mahkamah Rayuan Terhadap Najib Amat Diterima Baik Cuma

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 191 hits
Secara umumnya keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib Razak yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini diterima dengan baik dan tanpa kesangsian oleh masyarakat pelbagai lapisan Dalam keputusan pagi tadi tiga...
Selepas Mahkamah Tolak Rayuan Kes Src Najib Sekali Lagi Lafaz Sumpah Laknat

Selepas Mahkamah Tolak Rayuan Kes Src Najib Sekali Lagi Lafaz Sumpah Laknat

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi lafaz sumpah laknat sebagai menyatakan beliau tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd Sehubung...
Kes Src International Najib Razak Mahkamah Rayuan Sampaikan Keputusan Dinanti Nanti Hari Ini

Kes Src International Najib Razak Mahkamah Rayuan Sampaikan Keputusan Dinanti Nanti Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 275 hits
December 8 2021 Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil telah menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan daripada peguam sepanjang enam bulan lalu PUTRAJAYA Perhatian akan tertumpu pada Mahkamah Rayu...
Mahkamah Rayuan Tangguh Hantar Najib Ke Penjara Bayar Denda

Mahkamah Rayuan Tangguh Hantar Najib Ke Penjara Bayar Denda

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 188 hits
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil...
Tiga Hakim Mahkamah Rayuan Sepakat Tolak Rayuan Najib

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan Sepakat Tolak Rayuan Najib

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 165 hits
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan bersalah Najib Razak yang dituduh terlibat dalam kes salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd Ketiga tiga hakim juga sependapat untuk mengekalkan huk...
Saya Amat Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan

Saya Amat Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 156 hits
Saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan Najib Razak berkata dia sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengekalkan sabitan bersalahnya dalam kes salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SR...
8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional