Selamat Tinggal Umno Bekas Ketua Hakim Zaman Bila Dia Jadi Hakim Tak Tau La


 
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad
Khamis 24 November 2022

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Istana Negara mengatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah membuat keputusan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) ke-10. Baginda membuat keputusan itu setelah berbincang dengan Raja-Raja Melayu “untuk membolehkan Baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.”

“Hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara.”

Tidak pula disebut parti-parti yang bersetuju bergabung dengan PH dan berapa orangkah ahli-ahli Dewan Rakyat (DR) yang menyokong DS Anwar.

Dengan pelantikan ini tercapailah cita-cita DS Anwar setelah sekian lama menunggu. Apa yang akan dilakunya selepas ini sama-samalah kita menunggu untuk melihatnya.

Yang paling licik adalah DAP. Dengan menutup mulut dan tidak menampakkan muka mereka sepanjang kempen PRU-15 dan rundingan bergabung selepas PRU-15, mereka tidak membangkitkan kecurigaan orang Melayu terhadapnya seperti sebelumnya.

Sehinggakan, semasa menunggu untuk mengambil ubat di Hospital Putrajaya tengah hari 24 November 2022, isteri saya terdengar seorang pesakit perempuan berkata, “Kali ni DAP tak ada, cuma PKR. Cina tak ada pun, semua Melayu. PH la ni berlain daripada PH dahulu. Dulu PH Mahathir. Ini PH Anwar. Kita sokong pun tak apa.” Begitu berkesan sekali taktik mereka.

DS Anwar dari awal lagi bersetuju untuk mengadakan kerajaan perpaduan. Alasan yang digunanya ialah beliau tidak mahu derhaka kepada YDPA. Sebenarnya beliau tahu itulah satu-satunya cara untuk beliau menjadi PM.

Mengikut berita, semasa TS Muhyiddin menghadap YDPA, DS Anwar sedang menunggu di bilik sebelah untuk menandatangani perjanjian yang telah disediakan oleh pihak Istana Negara. Jika cerita itu benar, soalnya adakah terdapat satu komplot antara beliau dengan pegawai-pegawai Istana Negara seperti yang dikatakan pernah berlaku dahulu?

TS Muhyiddin telah menyatakan rasa tidak puas hatinya dengan cara penentuan bilangan penyokong yang diperolehi olehya dan DS Anwar. Mengikutnya, pada 22 November 2022 lagi beliau telah menghantar sebanyak 115 SD menyokongnya, yang termasuk 10 dari BN. Pada 23 November 2022, semasa beliau menghadap YDPA apabila beliau memberitahu YDPA beliau mempunyai 115 penyokong, YDPA terkejut dan berkata baginda tidak tahu. Adakah pegawai-pegawai istana yang bertanggungjawab tidak memberitahu baginda?

Pada 22 November 2022 petang, tempoh menyampaikan SD telah dipanjangkan. Dalam masa dua hari berikutnya DT BN dan MKT UMNO sibuk bermesyuarat. Berulang kali keputusannya dilaporkan bahawa BN berkecuali.

Kemudian keluar pula cerita DS Dr. Wee Ka Siong, Presiden MCA melenting kerana DS Zahid dalam suratnya kepada YDPA telah menyatakan 30 ahli DR BN menyokong DS Anwar sebagai PM padahal mesyuarat DT BN memutuskan mereka berkecuali. Beliau begitu marah terhadap DS Zahid hingga mahukan undi tidak percaya sebagai Pengerusi DT BN dibuat terhadap DS Zahid. Ada pihak yang membuat laporan Polis menuduh DS Zahid menipu YDPA.

Malam 23 November 2022, keluar pula berita bahawa semua sepuluh orang ahli DR UMNO yang menandatangani SD menyokong TS Muhyiddin itu menandatangani SD menarik balik sokongan mereka itu.

Saya menyangkakan bahawa pendirian 30 ahli-ahli DR BN itu adalah berkecuali sehingga terbaca NST online jam 9.15 malam 24 November 2022 yang mengatakan antara penyokong DS Anwar adalah 28 ahli DR BN. Beberapa minit kemudian, keluar pula berita bahawa PH, BN dan GPS akan menubuhkan Kerajaan Perpaduan dan Isnin diisytiharkan cuti umum. Jadi, jelaslah sekarang bahawa BN menyokong DS Anwar, bukan berkecuali.

Bagi saya, bahawa UMNO/BN berkecuali pun saya kecewa kerana ia sepatutnya bergabung dengan PN untuk menghalang PH berkuasa. Bergabung dengan PH tidak boleh diterima langsung. Ia adalah satu penipuan kepada pengundi-pengundi Melayu.

Turut mendukacitakan ialah peranan yang dimainkan oleh Istana Negara yang seolah-olah membantu DS Anwar menjadi Perdana Menteri dan PH berkuasa. Bahawa YDPA menitah kepada ketua-ketua parti supaya menimbang cadangan mengadakan kerajaan perpaduan itu tidak boleh dinafikan. Ini disahkan oleh ketua-ketua parti itu sendiri.

Ini adalah ulangan apa yang berlaku dua tahun dahulu. Ia tidak sepatutnya berlaku. YDPA tidak sepatutnya terlibat dalam politik. Ini bukan soal ikut Westminster atau tidak. Ini soal campur tangan dalam dasar parti dan tujuan pengundi. Dalam PRU ini, misalnya PN telah mengeluarkan manifesto dan berkempen bahawa mereka menentang dasar-dasar PH dan pengundi-pengundi mengundi PN atas alasan itu. Setelah selesai pilihan raya dan calon-calon yang mereka undi menang, partinya dititahkan bergabung dengan PH. Nasiblah PN bertegas tidak mahu bergabung dengan PH untuk menubuh kerajaan. Bagaimana dengan BN dan GPS?

Saya tidak faham bagaimana sepuluh orang ahli-ahli DR UMNO yang pada mulanya membuat SD menyokong TS Muhyiddin itu boleh menarik balik SD mereka. Takut sangatkah kepada DS Zahid dan dipecat? Saya juga tidak faham bagaimana ahli-ahli MKT yang berkali-kali mengundi untuk berkecuali, boleh menerima keputuan (siapa?) bahawa BN/UMNO bersetuju menyokong DS Anwar Ibram sebagai PM dan bergabung menubuh kerajaan dengan PH. Takut sangatkah mereka kepada DS Zahid? Adakah mereka juga bersekongkol untuk berbohong?

Jam 6.00 petang 24 November 2022, keluar berita wakil 130 Bahagian UMNO telah sampai ke WTC untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Presiden dan pemimpin-pemimpin mereka. Jika semua Bahagian UMNO menyokong Presiden dan pemimpin-pemimpin mereka pun, kita belum tahu bagaimana perasaan pengundi-pengundi Melayu yang mengundi UMNO/BN dalam PRU15. PRK dan PRN akan diadakan tidak lama lagi. Saya ingin lihat prestasi UMNO/BN.

Biar apa pun, saya merasa tertipu. Saya sudah tidak percaya kepada pemimpin-pemimpin UMNO lagi. Selamat tinggal UMNO.

Tun Abdul Hamid Mohamad
Bekas Ketua Hakim Negara



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/selamat-tinggal-umno-bekas-ketua-hakim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tinggal Umno

Selamat Tinggal Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 78 hits
Mengikut berita semasa TS Muhyiddin menghadap YDPA DS Anwar sedang menunggu di bilik sebelah untuk menandatangani perjanjian yang telah disediakan oleh pihak Istana Negara Jika cerita itu benar soalnya adakah terdapat satu komplot antara be...
Pasca Pru15 Ahmad Zahid Lantik Isham Jalil Ketua Penerangan Umno Ganti Shahril

Pasca Pru15 Ahmad Zahid Lantik Isham Jalil Ketua Penerangan Umno Ganti Shahril

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 129 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Shahril Hamdan berkuatkuasa hari ini SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub co
Ketua Penerangan Umno Letak Jawatan Gesa Zahid Turut Berundur

Ketua Penerangan Umno Letak Jawatan Gesa Zahid Turut Berundur

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 128 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 20 2022 1 15 PMNaib Presiden Umno Shahril Hamdan antara pemimpin terbaru dalam parti itu yang menyertai gesaan agar presidennya yang juga pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan susulan kekalahan t...
Tinggal Empat Hari Saja Pru15 Zahid Punya Bodoh Sombong Ahli Umno Berduyun Duyun Sokong Muhyiddin Dan Pn

Tinggal Empat Hari Saja Pru15 Zahid Punya Bodoh Sombong Ahli Umno Berduyun Duyun Sokong Muhyiddin Dan Pn

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 147 hits
Muhyiddin finding rekindled popularity in Malay heartland Muhyiddin making big inroads into UMNO strongholdsPN legitimate Malay voice from heartlands at UMNO s expense The following has been heavily truncated rearranged and adapted from Mur...
Pan Harap Ketua Muhammadiyah Terpilih Rumuskan Program Umat Sesuai Perkembangan Zaman

Pan Harap Ketua Muhammadiyah Terpilih Rumuskan Program Umat Sesuai Perkembangan Zaman

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 79 hits
Zulhas ingin agar Muhammadiyah dapat semakin eksis di pentas global Zulhas menekankan hal itu dapat terwujud melalui PCIM atau pimpinan cabang istimewa Muhammadiyah di banyak negara
Ketua Hakim Syarie Dilantik Menteri Agama

Ketua Hakim Syarie Dilantik Menteri Agama

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 76 hits
KUALA LUMPUR Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na 8217 im Mokhtar diumum sebagai Menteri Agama dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan Pelantikan Mohd Na im diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini Pengumuman barisan Kabinet di ...
Presiden Ada Hak Pandu Arah Parti Selepas Pru Kata Ketua Bahagian Umno

Presiden Ada Hak Pandu Arah Parti Selepas Pru Kata Ketua Bahagian Umno

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 90 hits
freemalaysiatoday com November 30 2022 7 00 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata ketetapan parti itu sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan PKR DAP dan Bersatu dibuat untuk berdepan PRU15 bukan untuk selepasnya PETALING...
Naib Ketua Umno Bahagian Bahagian Malaysia Desak Zahid Hamidi Tok Mat Hassan Letak Jawatan

Naib Ketua Umno Bahagian Bahagian Malaysia Desak Zahid Hamidi Tok Mat Hassan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR 20 Nov 8211 Naib Ketua UMNO Bahagian Bahagian Malaysia menyatakan pendirian dan menuntut tindakan serta merta kepimpinan tertinggi parti bertanggungjawab atas kekalahan teruk BN pada PRU15 Berikut intipati kenyataan medianya KE...
Pru 15 Umno Menggantung Sementara Jawatan Ketua Wanita Arau Dan Maran

Pru 15 Umno Menggantung Sementara Jawatan Ketua Wanita Arau Dan Maran

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 107 hits
KUALA LUMPUR Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau dan Maran digantung sementara bagi keseluruhan jawatan di peringkat Cawangan dan Bahagian Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penggantungan terhadap Ketua Wanita UMNO Bahagian A...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


How Working For Google Amazon And Microsoft Lost Dream Job Status

5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander