Selamat Tinggal Umno



Mengikut berita, semasa TS Muhyiddin menghadap YDPA,   DS Anwar sedang menunggu di bilik sebelah untuk menandatangani perjanjian yang telah disediakan oleh pihak Istana Negara. Jika cerita itu benar, soalnya adakah terdapat satu komplot antara beliau dengan pegawai-pegawai Istana Negara seperti yang dikatakan pernah berlaku dahulu? Tun Abdul Hamid Mohamad
Khamis 24 November 2022. Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Istana Negara mengatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah membuat keputusan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) ke-10. Baginda membuat keputusan  itu setelah berbincang dengan Raja-Raja Melayu “untuk membolehkan Baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.”
 “Hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara.”
 Tidak pula disebut parti-parti yang bersetuju bergabung dengan PH dan berapa orangkah ahli-ahli Dewan Rakyat (DR) yang menyokong DS Anwar.
Dengan pelantikan ini tercapailah cita-cita DS Anwar setelah sekian lama menunggu. Apa yang akan dilakunya selepas ini sama-samalah kita menunggu untuk melihatnya.
Yang paling licik adalah DAP. Dengan menutup mulut dan tidak menampakkan muka mereka sepanjang kempen PRU15 dan rundingan bergabung selepas PRU15, mereka tidak membangkitkan kecurigaan orang Melayu terhadapnya seperti sebelumnya.
Sehinggakan, semasa menunggu untuk mengambil ubat di Hospital Putrajaya tengah hari 24 November 2022, isteri saya terdengar seorang pesakit perempuan berkata, “Kali ni DAP tak ada, cuma PKR. Cina tak ada pun, semua Melayu. PH la ni berlain daripada PH dahulu. Dulu PH Mahathir. Ini PH Anwar. Kita sokong pun tak apa.” Begitu berkesan sekali taktik mereka.
DS Anwar dari awal lagi bersetuju untuk mengadakan kerajaan perpaduan. Alasan yang digunanya ialah beliau tidak mahu derhaka kepada YDPA. Sebenarnya beliau tahu itulah satu-satunya cara untuk beliau menjadi PM.
Mengikut berita, semasa TS Muhyiddin menghadap YDPA,   DS Anwar sedang menunggu di bilik sebelah untuk menandatangani perjanjian yang telah disediakan oleh pihak Istana Negara. Jika cerita itu benar, soalnya adakah terdapat satu komplot antara beliau dengan pegawai-pegawai Istana Negara seperti yang dikatakan pernah berlaku dahulu?
TS Muhyiddin telah menyatakan rasa tidak puas hatinya dengan cara penentuan bilangan penyokong yang diperolehi olehya dan DS Anwar. Mengikutnya, pada 22 November 2022 lagi beliau telah menghantar sebanyak 115 SD menyokongnya, yang termasuk 10 dari BN. Pada 23 November 2022, semasa beliau menghadap YDPA apabila beliau memberitahu YDPA beliau mempunyai 115 penyokong, YDPA terkejut dan berkata baginda tidak tahu. Adakah pegawai-pegawai istana yang bertanggungjawab tidak memberitahu baginda?
Pada 22 November 2022 petang, tempoh menyampaikan SD telah dipanjangkan. Dalam masa dua hari berikutnya DT BN dan MKT UMNO sibuk bermesyuarat. Berulang kali keputusannya dilaporkan bahawa BN  berkecuali.
Kemudian keluar pula cerita DS Dr. Wee Ka Siong, Presiden MCA melenting kerana DS Zahid  dalam suratnya kepada YDPA telah menyatakan 30 ahli DR BN menyokong DS Anwar sebagai PM pada hal mesyuarat DT BN memutuskan mereka berkecuali. Beliau begitu marah terhadap DS Zahid  hingga mahukan undi tidak percaya sebagai Pengerusi DT BN dibuat terhadap DS Zahid. Ada pihak yang membuat laporan Polis menuduh DS Zahid menipu YDPA.
Malam 23 November 2022, keluar pula berita bahawa semua sepuluh orang ahli DR UMNO yang menandatangani SD menyokong TS Muhyiddin itu menandatangani SD menarik balik sokongan mereka itu.
YDPA menitahkan 30 ahli DR BN menghadap baginda pada 23 November 2022. Hanya DS Zahid, DSU Mohamad  Hasan bersama-sama DS Zambry Abdul Kadir hadir sebagai wakil ahli-ahli DR BN. Adakah 28 orang ahli DR BN lagi itu dilarang hadir oleh puncak pimpinan BN?
Saya menyangkakan bahawa pendirian 30 ahli-ahli DR BN itu adalah berkecuali sehingga terbaca NST online jam 9.15 malam 24 November 2022 yang mengatakan antara penyokong DS Anwar adalah 28 ahli DR BN. Beberapa minit kemudian, keluar pula berita bahawa PH, BN dan GPS akan menubuhkan Kerajaan Perpaduan dan Isnin diisytiharkan cuti umum. Jadi, jelaslah sekarang bahawa BN menyokong DS Anwar, bukan berkecuali.
Bagi saya, bahawa UMNO/BN berkecuali pun saya kecewa kerana ia sepatutnya bergabung dengan PN untuk menghalang PH berkuasa. Bergabung dengan PH tidak boleh diterima langsung. Ia adalah satu penipuan kepada pengundi-pengundi Melayu.
Turut mendukacitakan ialah peranan yang dimainkan oleh Istana Negara yang seolah-olah membantu DS Anwar menjadi Perdana Menteri dan PH berkuasa. Jika tempoh untuk  mengemukakan SD  tidak dilanjutkan dan SD yang dikemukan TS Muhyiddin dikira, beliau tentu telah menang. Pelanjutan tempoh itu membolehlan kedudukan berubah. Bahawa YDPA menitah kepada ketua-ketua parti supaya menimbang cadangan mengadakan kerajaan perpaduan itu tidak boleh dinafikan. Ini disahkan oleh ketua-ketua parti itu sendiri.
Ini adalah ulangan apa yang berlaku dua tahun dahulu. Ia tidak sepatutnya berlaku. YDPA tidak sepatutnya terlibat dalam politik. Ini bukan soal ikut Westminster atau tidak. Ini soal campur tangan dalam dasar parti dan tujuan pengundi. Dalam PRU ini, misalnya PN telah mengeluarkan manifesto dan berkempen bahawa mereka menentang dasar-dasar PH dan pengundi-pengundi mengundi PN atas alasan itu. Setelah selesai pilihan raya dan calon-calon yang mereka undi menang, partinya dititahkan bergabung dengan PH. Nasiblah PN bertegas tidak mahu bergabung dengan PH untuk menubuh kerajaan. Bagaimana dengan BN dan GPS?
Saya tidak faham bagaimana sepuluh orang ahli DR UMNO yang pada mulanya membuat SD menyokong TS Muhyiddin itu boleh menarik balik SD mereka. Takut sangatkah kepada DS Zahid dan dipecat? Saya juga tidak faham bagaimana ahli-ahli MKT yang berkali-kali mengundi untuk berkecuali, boleh menerima keputuan (siapa?) bahawa BN/UMNO bersetuju menyokong DS Anwar Ibram sebagai PM dan bergabung menubuh kerajaan dengan PH. Takut sangatkah mereka kepada DS Zahid? Adakah mereka juga bersekongkol untuk berbohong?
Jam 6.00 24 November 2022, keluar berita wakil 130 Bahagian UMNO telah sampai ke WTC untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Presiden dan pemimpin-pemimpin mereka. Jika semua Bahagian UMNO menyokong Presiden dan pemimpin-pemimpin mereka pun, kita belum tahu bagaimana perasaan pengundi-pengundi Melayu yang  mengundi UMNO/BN dalam PRU15. PRK dan PRN akan diadakan tidak lama lagi. Saya ingin lihat prestasi UMNO/BN.
Biar apa pun, saya merasa tertipu. Saya sudah tidak percaya kepada pemimpin-pemimpin UMNO lagi. Selamat tinggal UMNO.
[email protected]
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/11/25/selamat-tinggal-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tinggal Umno Bekas Ketua Hakim Zaman Bila Dia Jadi Hakim Tak Tau La

Selamat Tinggal Umno Bekas Ketua Hakim Zaman Bila Dia Jadi Hakim Tak Tau La

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 97 hits
Oleh Tun Abdul Hamid MohamadKhamis 24 November 2022 Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Istana Negara mengatakan bahawa Yang di Pertuan Agong telah membuat keputusan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 Baginda membuat...
Tinggal Empat Hari Saja Pru15 Zahid Punya Bodoh Sombong Ahli Umno Berduyun Duyun Sokong Muhyiddin Dan Pn

Tinggal Empat Hari Saja Pru15 Zahid Punya Bodoh Sombong Ahli Umno Berduyun Duyun Sokong Muhyiddin Dan Pn

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 147 hits
Muhyiddin finding rekindled popularity in Malay heartland Muhyiddin making big inroads into UMNO strongholdsPN legitimate Malay voice from heartlands at UMNO s expense The following has been heavily truncated rearranged and adapted from Mur...
Ini Berita Palsu Kata Umno Terhadap Kenyataan Pn Bentuk Kerajaan Bersama Bn Dan Gps

Ini Berita Palsu Kata Umno Terhadap Kenyataan Pn Bentuk Kerajaan Bersama Bn Dan Gps

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 98 hits
BORHAN AHMADPemimpin Umno menafikan dakwaan bahawa Barisan Nasional akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional GPS dan GRS bagi membentuk kerajaan Datuk Lokman Noor Adam dalam kenyataannya menyifatkan dakwaan Pengerusi Gabungan Parti sarawa...
Ketua Penerangan Umno Letak Jawatan Gesa Zahid Turut Berundur

Ketua Penerangan Umno Letak Jawatan Gesa Zahid Turut Berundur

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 128 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 20 2022 1 15 PMNaib Presiden Umno Shahril Hamdan antara pemimpin terbaru dalam parti itu yang menyertai gesaan agar presidennya yang juga pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan susulan kekalahan t...
Laungan Undur Zahid No Dap No Anwar Bergema Di Ibu Pejabat Umno

Laungan Undur Zahid No Dap No Anwar Bergema Di Ibu Pejabat Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 227 hits
hmetro com myAHLI Umno Bahagian Bukit Bintang berkumpul mendesak Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan di Menara Dato Onn FOTO Aizuddin SaadKuala Lumpur Laungan undur Zahid No DAP No Anwar bergema di ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn di s...
Gelombang Pemimpin Umno Letak Jawatan Bermula Tak Percaya Zahid Lagi

Gelombang Pemimpin Umno Letak Jawatan Bermula Tak Percaya Zahid Lagi

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 113 hits
agendaily com20 11 2022Tan Sri Noh Omar meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor tetapi kekal ahli MT Selepas gelombang sokongan rakyat diterima Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 kini beberapa siri pe...
Zahid Didesak Letak Segera Jawatan Presiden Umno Dan Pengerusi Bn

Zahid Didesak Letak Segera Jawatan Presiden Umno Dan Pengerusi Bn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 173 hits
KUALA LUMPUR Desakan supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional dengan segera susulan prestasi hambar gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 semakin jelas kedengaran B...
All Umno Leaders Must Shoulder The Blame Not Just Zahid Says Bung

All Umno Leaders Must Shoulder The Blame Not Just Zahid Says Bung

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 183 hits
Bung Moktar Radin said the blame must not rest squarely on Ahmad Zahid Hamidi s shoulders KUALA LUMPUR Sabah Umno chief Bung Moktar Radin has come to the defence of party president Ahmad Zahid Hamidi in the wake of Barisan Nasional s disast...
Pemimpin Umno Kedah Letak Jawatan

Pemimpin Umno Kedah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 154 hits
OTHMAN Aziz hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah sebagai mengambil tanggungjawab moral susulan kekalahan BN khususnya parti itu di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke 15 Othman yang tewa...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free

Beyond The Arrest Colorado Springs Criminal Lawyers Advocate For Your Freedom

Aktivis Gagal Rayu Mohon Cabar Keputusan Ag Tak Dakwa Muhammad Zamri Vinoth Dan Firdaus Wong

What Are The Chances That Anwar Will Honour His Promise To Raise The Salary Of Civil Servants

Is The Government Getting Paranoid About The Media

Bila Rakyat Kurang Faham Jangan Kata Lantaklah Ka Siong