Selamat Tinggal Tenggaroh Kekalahan Bukan Untuk Diratapi
Saya pilih Tenggaroh untuk saya bantu kerana sebagai bekas tentera, saya diajar di mana kubu kita lemah, di situ kita perbanyakkan tentera dan perkuatkan kubu, bukannya memilih untuk berada di mana kita rasa di situ kita kuat. Jika tewas, saya diajar untuk tidak menyerah atau menjadi tawanan musuh, sebaliknya terus lawan dan lawan sampai menang. Mati ketika berada dalam kubu sendiri lebih baik dari mati dalam tawanan musuh atau mati ketika lari dari perang.Dalam perjuangan, kita mungkin boleh lakukan kesilapan. Pantang dalam medan perjuangan adalah belot atau pengkhianatan kerana khianat boleh merosakkan bahkan boleh membunuh keseluruhan jiwa2 pejuang. Sebab itu, khianat amat dicela dan dikutuk Allah. Jauhi dan jangan sesekali beri peluang kepada para pengkhianat. .Buat para pejuang Keadilan, kita terima kekalahan ini tetapi jangan kita berundur walau setapak. Percayalah, kebenaran akhirnya akan membunuh kebathilan. Selagi kita belum berjaya, ertinya masih ada jiwa2 yang kotor dan tidak ikhlas dalam kelompok kita. Terima kasih jentera Tenggaroh kerana mengizinkan saya menumpang memberikan sedikit tenaga di bumi Tenggaroh. Mersing banyak cerita suka dan duka yang memberi kesan dan pengajaran kepada saya. Maaf, saya tiada kekuatan dan kemampuan untuk melakukan lebih dari yang mampu saya lakukan untuk Tenggaroh. Semoga bekas calon Puan Zulinah A Johari terus memberikan khidmat terbaik di sini dan InsyaAllah, saya yakin suatu masa nanti beliau akan berjaya. Terima kasih kerana menerima insan kerdil ini. Terima kasih di atas segala bantuan, kerjasama, layanan terbaik, makan dan minum sepanjang saya di sini akan menjadi kenangan terindah. Semua teman2 di sini amat baik, peramah dan mesra. Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,Kajang Hamba mengkuang layu,Semoga perjuangan mendapat berkat,Kuatkan semangat, janganlah jemu.WFAUZDIN NS
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/03/selamat-tinggal-tenggaroh-kekalahan.html