Selamat Tinggal Ipoh
Assalamualaikum..
HARI terakhir di Ipoh, sebelum pulang ke sarang, SK mengajak Pak Inche untuk bersarapan di Salmah Kopitiam. Dah beberapa hari melayan tekak dia, kan.. jadi kali ini silalah layan tekak kita pulak. Kerana takut sayang isteri, Pak Inche turutkan. Sk dah terbayang Lempeng Cicah Sambal Tumis dan Kopi O Kaw, sekali bila dah sampai depan kedai, Iman terus jerit.. 'tutupppppp'Kecewa
Hendak tak hendak terpaksalah beratur untuk masuk ke Restoran New Hollywood. Mujur barisannya tak sepanjang kami lalu pagi semalamnya. Pak Inche sukalah tu sebab ni memang tempat kegemaran dia. Bagi Sk, sarapan di mana-mana pun sama, yang penting, Pak Inche tu nak kena makan ubat
Tak lama lepas bergambar ni terus barisan semakin panjang. Cubaaaa tengok kat hujung kedai tu, orang dah mula berpusu-pusu, haha. Kakak Rela dah jerit, 'jaga jarak satu meter satu meter' hahaha. Bagus jugak beratur macam ni, daripada kita berebut-rebut meja kat dalam. Siapa sampai dulu dapatlah meja dulu
Haaa.. Macam nilah rope meja kalau datang makan di New Hollywood ni. Jangan kata meja kami, meja orang lain pun sama. Lepas tu, makannya tidak, doklah snap pic makanan-makanan yang sampai atas meja tu, hahaha. Macam biasa,makanan yang wajib di pesan jika ke sini adalah Lohbak ataupun Deep Fried Yong Taufu yang dicicah bersama sos istimewa rasa. Juga Chee Chong Fun Udang dan Puding Caramel. Iman kali ini makan Mee Wantan, Cikwa makan Kuey Teow Goreng.
Babah makan Mee Udang. Mee Udang di sini memang haw liao. Sk pulak pagi-pagi memang kurang gemar mee berkuah, lagipun siapa nak habiskan tolong makan makanan yang banyak-banyak ni. Sk jugak..
Sk order dua jenis dim sum. Kalau anda penggemar dim sum dan datang ke Ipoh, datanglah ke Restoran Dim Sum Canning Garden yang terletak betul-betul berhadapan New Hollywood ni. Tapi, Sk bukanlah penggemar dim sum, yang ni saja-saja order terlanjur ramai yang boleh tolong makan
Meja dah clear, Iman pulak order Cakue. Cakue di sini dicicah bersama sos kaya yang cair dan lemak manis. Cucah sekali nak lagi, cicah sekali nak lagi, hurmmm. Lepas tu sedih tengok gambar lama masa kurus sikit dari sekarang
Lepas sarapan, kami meneruskan perjalanan pulang ke selatan. Kalau ikutkan hati memang nak menyambung cuti ke Melaka pulak tapi disebabkan keesokannya tu, pelajar baru dah mula kuliah, dan perlu jugak menguruskan pelajar yang naik tahap, Sk kuatkan semangat untuk balik ke JB, hahaha. Tambahan lagi, Iman pun ada kelas online, dia tak mahu absent nanti kena putong carry mark, gituuu
Kena juga singgah KL hantar Cikwa. Kesian adik yang seorang ni tak dapat-dapat bertukar ke JB. Sebelum hantar Cikwa, singgah makan A&W di Restoran Jejantas Sungai Buloh sebab rindu dengan float A&W tapi alangkah kecewanya bila float cuma dihidang dalam cawan kertas. Apo????? Mana identiti A&W yang selalu dibanggakan tu?? Iman kata, nanti kita minum kat Paradigm, bonda. InsyaAllahhhh
Sehingga bertemu lagi di episod akan datang, insyaAllah
p/s Esok cuti Hari Malaysia
Yabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuu!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/09/selamat-tinggal-ipoh.html