Selamat Tinggal Dunia Mak Nyah Luahan Cikgu Erin


AGENDA DAILY
Walaupun luaran masih kelihatan lembut, Mohd. Khariri kini tekad menjadi lelaki sejati.
Kisah Cikgu Erin, atau Mohd. Khariri Mohamad Ramli, 42, seorang mak nyah yang kembali ke pangkal jalan pernah tular di laman maya dan mendapat liputan meluas media sekitar 2012.
Keterbukaan guru ini menceritakan ‘episod hitam’ dilaluinya sepanjang bergelar mak nyah membuka mata banyak pihak.
Ada yang menilai keberaniannya membuka pekung di dada itu dari sudut positif namun pada masa sama, tidak kurang yang mencebik muka dan mempertikaikan niatnya.
Malah, ada yang skeptikal dengan penghijrahan Erin serta tidak yakin dia dapat bertahan dengan dunia baru sebagai lelaki selepas lebih 20 tahun terperangkap dalam jiwa wanita.
Hari ini selepas lapan tahun, dia membuktikan berjaya mematahkan semua tanggapan negatif dilemparkan ke atasnya. Walaupun secara fizikal, dia masih tidak mampu membuang perwatakan lembut, secara dalaman dia mendakwa sudah bergelar lelaki sejati.
“Saya pernah sesekali berpakaian wanita, ditata rias oleh ibu saudara namun tidak sampai mengekalkan imej wanita tersebut. Sebenarnya kelembutan bukan dibuat-buat tetapi datangnya sejak azali.
“Saya gemarkan aktiviti yang lebih berkonsepkan kanak-kanak perempuan. Kawan-kawan pun lebih pada kanak kanak perempuan,” katanya yang kini bertugas sebagai guru.
Tambah Mohd Khariri, dia ada berkawan dengan kanak-kanak lelaki namun lebih berhati-hati gara-gara pernah dibuli dari segi emosi, mental dan fizikal.
Mengenai pandangan tentang lelaki lembut, Mohd Khariri, berkata ibu bapa yang mempunyai anak lelaki lembut, didiklah mereka dengan penuh kasih dan sayang.
“Kawal pergaulan anak-anak dan pastikan kita mengenali siapa rakan-rakannya dan tegas dalam sesuatu yang bercanggah dalam landasan agama.
“Selalulah solat berjemaah kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan terutama anak-anak yang cenderung ke arah yang tidak baik,” katanya.
Memanjatkan syukur kepada Allah dan sokongan semua pihak untuk dirinya, dia kini mengakui selesa dan reda sebagai seorang lelaki.
Mengimbas detik-detik awal dirinya terpesong menjadi mak nyah,  Mohd. Khariri memberitahu segala-galanya bermula sewaktu alam kanak-kanak.
Sebagai anak bongsu, dia sangat rapat dengan ibu dan arwah kakak sulungnya.
Kebetulan dia memang suka bergaya dan ingin kelihatan cantik seperti seorang wanita. Anak patung dan main masak-masak menjadi kegemarannya.
“Semasa di sekolah, naluri saya juga lebih kepada lelaki. Suara saya juga bukan buat-buat. Tengoklah saya tidak mempunyai halkum,” ujarnya sambil tersenyum.
Bagaimanapun, jelas Mohd. Khariri, pernah terdetik di hatinya, sampai bilakah dia akan menjadi sedemikian?
Dia pernah mencuba untuk menjadi lelaki sejati tetapi tidak berjaya.
Ini kerana menurutnya, dia tidak boleh menipu diri sendiri selain hatinya memberontak.
Hari ini, Mohd. Khariri bukan sahaja seorang insan yang berjaya dengan kerjayanya malah dia juga gembira di samping keluarga tersayang.
Mohd. Khariri sememangnya seorang individu yang amat bertuah kerana ibu bapanya sentiasa memberi sokongan.
“Mereka jugalah yang banyak memberi saya nasihat dan dorongan untuk berubah. Walaupun ada yang mencemuh termasuk insan terdekat, saya tidak pernah mengalah. Saya meneruskan pelajaran sehingga berjaya dalam kerjaya. Semasa di sekolah, saya juga sangat aktif dalam pelbagai bidang sama ada pelajaran atau kesenian,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/selamat-tinggal-dunia-mak-nyah-luahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tinggal Malaysia Nur Sajat Belanja Gambar Rumah Baru Di Australia

Selamat Tinggal Malaysia Nur Sajat Belanja Gambar Rumah Baru Di Australia

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 366 hits
Usahawan selebriti sensasi Nur Sajat mengesahkan dirinya kini telah berhijrah ke Australia sejak beberapa hari lalu selepas kononnya diluluskan permohonan menggunakan tiket kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ba...
Selamat Jalan Mak Andak

Selamat Jalan Mak Andak

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 233 hits
Assalamualaikum Ya Allah ampunilah dia rahmatilah dia maafkanlah dia ampunilah kesalahannya muliakanlah kematiannya lapangkanlah kubur nya Amin
Sajat Akhirnya Mengaku Mak Nyah

Sajat Akhirnya Mengaku Mak Nyah

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 293 hits
Nur Sajat akhirnya mengaku dia seorang mak nyah ketika mengulas isu hak asasi manusia yang menurutnya lebih diketahui selepas menetap di Australia Kalau berlaku saya dijatuhkan penjara tiga tahun mereka akan letakkan saya di penjara lelaki ...
Hiburan Bubar Kumpulan Setelah 17 Tahun Bittersweet Ucap Selamat Tinggal Kepada Peminat

Hiburan Bubar Kumpulan Setelah 17 Tahun Bittersweet Ucap Selamat Tinggal Kepada Peminat

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 262 hits
Setelah hampir 17 tahun menyinari industri muzik underground kumpulan Bittersweet dilaporkan telah membubarkan kumpulan mereka kerana ingin fokus kepada kehidupan peribadi dan juga kerjaya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Herri selaku pe...
Mak Sayu Tinggal Pesanan Depan Pusara Sebak Anak Perempuan Jatuh Hotel

Mak Sayu Tinggal Pesanan Depan Pusara Sebak Anak Perempuan Jatuh Hotel

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 395 hits
Pastinya kita tidak mampu untuk menolak ajal apabila ia berlaku terutamanya bagi mereka yang kita sayangi beberapa hari lalu telah viral satu kejadian kanak kanak perempuan yang telah jatuh dari tingkat 9 sebuah hotel difahamkan kejadian te...
Miliki Nama Terpanjang Dengan 19 Perkataan Yang Punyai Kaitan Tokoh Dunia Islam

Miliki Nama Terpanjang Dengan 19 Perkataan Yang Punyai Kaitan Tokoh Dunia Islam

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 347 hits
Miliki Nama Terpanjang Dengan 19 Perkataan Yang Punyai Kaitan Tokoh Dunia Islam Seorang kanak kanak yang dilahirkan pada 2019 pernah menggemparkan media sosial apabila diberi nama terpanjang yang mengandungi 19 perkataan Rangga Madhipa Sutr...
Penemuan Sarjana Islam Berkaitan Dunia Sains

Penemuan Sarjana Islam Berkaitan Dunia Sains

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 289 hits
Tamadun Islam yang bermula di Damsyik kemudian berpindah ke Cardova sebelum membina kegemilangan di Baghdad telah memberi sumbangan besar kepada dunia dalam pelbagai bidang Namun perkara itu dinafikan oleh Barat yang mengaku penemuan dalam ...
Meilaura Awalnya Aktif Memanah Sebelum Bergelar Juara Dunia Bina Badan

Meilaura Awalnya Aktif Memanah Sebelum Bergelar Juara Dunia Bina Badan

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 581 hits
Buda Anchah dan Meilaura Dora Jimmy dengan pingat perak mereka Kredit gambar Facebook Ronny Buda Pemenang 2 pingat emas Kejohanan Bina Badan Dunia Meilaura Dora Jimmy mendedahkan bahawa dia pada awalnya aktif dalam sukan memanah dan hanya m...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Duit Raya Guna Beli Emas Gadis Minat Emas Sejak Sekolah Menengah

Anak Mengamuk Dekat Mall Tanda Autism Ke

Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

Asal Usul Nama Simpang Pelangai

Perkembangan Pesat Kereta Api China

Homestay Bonda Banda Hilir Melaka Kini Ada Netflix