Selamat Hari Lahir Yang Ke 37 Buat Diriku


Assalamualaikum…
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…Syukur… Syukur..Syukur…hari ini , Selasa 3 Ogos 2021 genaplah umur saya 37 tahun ….Bila lihat pada angkat 37 ni rasa dah macam tua pulak..hehehe lantak lah apa orang lain nak kata , yang paling penting sekali saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki ..Amin…Semoga diri ini tidak akan mudah menyerah dan berputus asa di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini nanti . Sambutan hari lahir ni secara kecil-kecilan je dengan keluarga maklumlah ikut bajet dan masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) .
Gambar kredit kepada : 102 Birthday Wishes for Myself Selamat Tinggal Julai , Selamat Datang Ogos Masuk bulan Ogos ini juga , bermakna sudah 8 bulan di tahun 2021 , hanya berbaki 4 bulan sahaja lagi untuk menjengah ke tahun baru 2022 . Semoga Covid-19 lenyap di muka bumi Malaysia tercinta ini ..Aaminn..
Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung Apabila umur dah cecah 37 ini , sebagai anak sulung memang diakui tanggungjawab yang besar , mana tidaknya saya kena jaga mak dan abah , kerana mereka berdua tidak lagi bekerja dan perlu ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan setiap 4 atau 6 bulan . Jadi kena pandai ambil masa untuk kerja hakiki dan kerja separuh masa sambil menjaga mak dan abah . Semoga mak dan abah diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu serta dimurahkan rezeki apabila dijaga oleh anak sulungnya ini  . Senang cerita , mereka yang bergelar anak sulung ni tahu la apa tanggungjawab yang perlu di galas .
Tanggungjawab Sebagai Suami Alhamdulillah…hampir enam bulan bergelar suami , tanggungjawab tu memang besar . Dahulu hidup seorang , semua lakukan sendiri , kini berdua , saing bertolak ansur di dalam semua hal . Apa yang penting pandai bahagikan masa untuk keluarga sendiri , mertua dan juga isteri . Doakan saya dapat kembali ke Melaka untuk berjumpa dengan isteri kembali . Sedih dan tergangggu emosi apabila tidak dibenarkan merentas negeri tatkala Lock Down dan Perintah Kawalan Pergerakkan ni masih berkuasa . In Shaa Allah , bulan Disember nanti isteri akan bersalin , doakan kesihatan dan juga keselamatan isteri dan anak di dalam kandungan yang kini hampir berusia 5 bulan .
Perancangan Di Dalam Hidup In Shaa Allah , saya akan berpindah ke Melaka dan tinggal bersama isteri dan juga bekerja di sana . Orang kata rezeki lepas kahwin ini semakin luas…rezeki juga ada di mana-mana . Apa-apa pun setiap masa perlu berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa .
Kesihatan Alhamdulillah..setakat ini kesihatan saya berada di dalam keadaan yang baik . Walaupun begitu , kene juga sesekali buat ” Check Up ” kerana bila umur semakin meningkat ini bermacam-macam penyakit boleh datang . Macam kata pepatah ..Mencegah lebih elok sebelum menjadi parah …Apa-apa pun teruskan doakan saya agar diberikan kesihatan yang baik ..Aaamin….
Kerjaya In Shaa Allah , selagi saya mampu , saya akan terus mengambil peluang yang ada di hadapan mata , tidak kira dari kerja sepenuh masa dan juga kerja separuh masa . Zaman sekarang ini semua perkara perlukan duit , paling penting biarlah penat dan lelah itu tidak sia-sia dengan bayaran yang saya terima nanti . Kena pula situasi sekarang ekonomi di dalam pandemik Covid-19 , risau juga jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada kerja-kerja yang saya lakukan .
Kawan , Sahabat dan Lawan Haa..ni salah satu yang memang kena luahkan..hahaha ada yang sudi atau tak sudi nak baca tu saya tak boleh nak paksa . Apabila sebut tentang Kawan , Sahabat dan Lawan ni ..memang macam-macam berlaku sepanjang 37 tahun hidup ini . Fuhh…. ini la namanya cabaran di dalam kehidupan .. Ada yang positif , ada juga virus negatif . Pesanan kepada diri sendiri , sentiasa berhati-hati di dalam memilih kawan . Memang betul , masa senang ramai yang datang , tetapi pada masa susah ..semuanya menghilang .
Blogger Pejam celik, celik pejam…wahhh tak sangka hampir 14 tahun juga di dalam arena Blogging ni . banyak blog telah dihasilkan dan ada la dua tiga blog tenggelam kerana tidak di renew domain dan hosting . In Shaa Allah tetap akan menulis di blog walaupun kini pada tahun 2021 saingan ramai , susah hendak dapatkan trafik dan banyak lagi cabaran yang akan datang .
Doa Sempena Hari Lahir Ke-37 Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran buat diri ku , Kau Panjangkanlah umurku dan kurniakan kepadaku kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sudah Kurniakanlah kepadaku rezeki yang murah , banyak , berkat dan direstuimu Ya Allah . Jauhkanlah diriku ini dari belenggu kesusahan,kemiskinan dan kebuluran dariku dan keluarga .
Ya Allah Ya Tuhanku…Bukakanlah kepadaku pintu kebajikan , pintu berkat , pintu nikmat , pintu rezeki , pintu kesihatan , pintu keselamatan , pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat . Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah …jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan diriku dan keluarga.
Ya Allah… tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah.Permudahkanlah kehidupanku dan keluargaku . Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat . Jauhkanlah diriku dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah aku dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah aku dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya .
Ya Allah hidupkanlah aku dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan . Ya Allah Kau berikanlah kepada kesihatan fizikal dan mental yang terbaik , terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu , Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari diriku dengan cahaya Nur Mu dalam hatiku, telingaku ,m ataku, kiri kananku , mukaku , belakangku , atas dan bawahku ,urat sarafku , dan pada darahku ,serta dagingku ,rambutku dan lidahku..kaki tanganku dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang .
Ya Allah,Ampunilah segala dosa-dosa Aku dan kedua ibu bapaku serta keluargaku dan semua sahabat-sahabat ku dan muslimin muslimat…kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa Ya Allah jadikan diriku juga seorang mukmin yang soleh kepada semua yang berkaitan denganku .
Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
The post Selamat Hari Lahir Yang Ke-37 Buat Diriku appeared first on wanzawawi[dot]net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wanzawawi.net/2021/08/selamat-hari-lahir-yang-ke-37-buat-diriku/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Lahir Buat Saudara Anwar Ibrahim Lagi Tekan Lagi Lawan

Selamat Hari Lahir Buat Saudara Anwar Ibrahim Lagi Tekan Lagi Lawan

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 206 hits
Selamat hari lahir buat Presiden Parti Keadilan Rakyat sdr Semoga diberi kesihatan yang baik untuk terus memimpin rakyat
Thank You Allah For Everything Pangku Anak Sedang Tidur Ain Edruce Sambut Hari Lahir Ke 30

Thank You Allah For Everything Pangku Anak Sedang Tidur Ain Edruce Sambut Hari Lahir Ke 30

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 500 hits
Pengacara Ain Edruce bersyukur dapat meraikan ulang tahun kel4hirannya yang ke 30 bersama kehadiran anak perempuan Soraya Menurut Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Edruce kehadiran Soraya pada tahun ini merupakan hadiah terbaik sepanjang s...
Agong Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Pahlawan Kepada Atm Pdrm

Agong Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Pahlawan Kepada Atm Pdrm

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 274 hits
Agong Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Pahlawan kepada ATM PDRMSource https malaysiagazette com 2021 07 31 agong permaisuri zahir ucapan selamat hari pahlawan kepada atm pdrm respond AgongPermaisuri zahir ucapanSelamatHariPahlawan kepad...
Rizky Pejuang Covid Hari Pertama Lahir Positif Syukur Selepas 8 Hari Ibu Dapat Peluk

Rizky Pejuang Covid Hari Pertama Lahir Positif Syukur Selepas 8 Hari Ibu Dapat Peluk

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 302 hits
Penantian dan doa yang tak putus seorang ibu untuk memeluk dan menyusukan bayi akhirnya dimakbulkan juga oleh Allah selepas 8 hari berpisah Ini kerana ibu disahkan positif Covid dan selepas swab test dilakukan pada bayi turut juga positif P...
Padah Berseronok Sambut Hari Lahir Di Kondominium 11 Ditahan Polis

Padah Berseronok Sambut Hari Lahir Di Kondominium 11 Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 285 hits
Oleh Polis memeriksa individu yang didapati berseronok menganjurkan majlis sambutan hari lahir i sebuah kondominium di Jalan Lestari Butterworth Pulau Pinang malam tadi KELEKAAN 11 individu berseronok menganjurkan majlis sambutan hari lahir...
Selamat Hari Jadi Kak Zana

Selamat Hari Jadi Kak Zana

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 334 hits
Assalamualaikum MALAM semasa di kampung Najwa anak saudara Sk belikan kek hari lahir Sk tengok di atas kek tertulis Happy Birthday Mama Tersayang 54 Tahun Oh rupa rupanya semalam tu merupakan hari lahir Kak Zana biras Sk yang tinggal di Pen...
Bunting Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke 64

Bunting Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke 64

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 638 hits
Dapatkan buntingSELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE 64di Shopee Kamiklik link di bawah ini Design design seperti dibawahSemua design ini adalah PRE ORDERPenghantaran akan dibuat dalam masa 7 hari bekerja Berminat untuk tempah desi...
Elfira Loy Dikecam Netizen Lebih Pentingkan Sambutan Hari Lahir Anak

Elfira Loy Dikecam Netizen Lebih Pentingkan Sambutan Hari Lahir Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 272 hits
Elfira Loy Dikecam Netizen Lebih Pentingkan Sambutan Hari Lahir Anak JIka kebanyakan orang berasa tertekan bagaimana hendak mengisi perut dan meneruskan hidup ekoran Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dila...
Hiburan So Sweet Rai Hari Lahir Aidil Cara Pkp Fasha Sandha Beri Kejutan Istimewa

Hiburan So Sweet Rai Hari Lahir Aidil Cara Pkp Fasha Sandha Beri Kejutan Istimewa

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 266 hits
Pelakon jelita Fasha Sandha khabarnya telah mengadakan majlis hari lahir kecil kecilan buat suami tersayang pelakon Aidil Aziz BACA AdvertisementMeskipun hanya diadakan secara sederhana di rumah gara gara perlaksanaan Perintah Kawalan Perge...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara