Selamat Datang Tahun Yang Penuh Cabaran 2022
Selamat datang tahun yang penuh cabaran 2022! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik sehingga ke hari ini, syukur alhamdulilah. Hari ini merupakan hari ke 19 kita semua berada didalam tahun 2022. Masih baru lagi namun sedikit demi sedikit kita mulai nampak pelbagai cabaran yang perlu kita semua tempuhi. Apa pun, mahu tidak mahu, kita perlu sama-sama hadapi demi kelangsungan hidup.
Baik! Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2022. Sambutan tahun baru ini tidak lagi meriah seperti tahun-tahun sebelumnya dek kerana seluruh dunia kini berhadapan dengan wabak yang kita sendiri tak tahu bila akan habis.
Manakan tidak,lepas satu, satu varian baru yang muncul. Kalau sebelumnya, kita perlu divaksin agar dapat menghentikan penularan wabak ini, namun kini, kerana munculnya varian baru, kita di minta sekali lagi untuk ambil dos pengalak demi untuk “menjaga diri dan keluarga kita”.
Selama lebih 2 tahun kita bertahan dengan pelbagai rintangan akibat daripada wabak ini, pastinya kita semua mengharapkan ada “sinar baru” di dalam tahun 2022 ini. Ramai rakan-rakan kita yang terkesan dan masih belum bangkit daripada kejatuhan ini.
Namun, seperti awal tadi, mahu tidak mahu, kita perlu juga berhadapan dengan situasi ini. Aku bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik dengan rezeki di tempat aku berkerja sekarang. Aku doakan juga rakan-rakan yang terkesan agar dipermudahkan rezeki mereka juga, aminn.
Baik! Banyak perancangan aku di dalam tahun 2022 ini. Antaranya lainnya, aku nak mula berniaga. Di antara cabang yang aku lihat kini adalah, aku nak memasuki dunia perniagaan wangian. Nak cerita pasal wangian atau perfume ini, dah lama rasanya aku minat.
Waktu awal kerja dulu, setahun boleh kata 2 kali juga beli perfume original. Nak beli yang original ni, tahu-tahulah harganya kan. Bila ekonomi sedikit ok, aku dah mula masuk ke dalam perfume yang sedikit “mahal” daripada perfume-perfume yang pernah aku beli.
Cerita pasal perfume original + mahal ni, tak semua mampu. Jadinya, aku merancang untuk berniaga perfume dalam kuantiti yang kecil agar semua dapat merasa. Kita kongsi sorang sikit, jadinya, semua boleh pakai perfume mahal. Hehehehe.
Keduanya, aku nak ceburi bidang makanan. Tahun 2022 ni, plan nak ada kedai makan. Atau café santai-santai. Minum kopi, baca surat kabar, fuh! Rilek jek. Jenis yang santai-santai, pakcik-pakcik lepak kedai kopi tapi dalam bentuk hipster! Hahaha.
Yang sebenarnya, aku tak berapa masuk dalam bidang-bidang semacam ini melainkan isteri aku. sejenis yang suka sangat berniaga makanan. Jadinya, mahu tidak mahu, aku termasuk sama. Hahaha.
Jadinya, di dalam tahun 2022 ini, aku rancang nak ada 2 kedai. Satu kedai nak jual perfume dan satu kedai lagi, macam yang aku ceritakan dekat atas. Semoga aku dan keluarga dipermudahkan oleh yang maha esa. Korang doakan kami Berjaya bukak 2 kedai ni eh! Dan aku doakan juga korang pun akan dipermudahkan Allah dalam apa jua rancangan korang ya! Aminnnn.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2022/01/selamat-datang-tahun-yang-penuh-cabaran.html