Bab 1 Januari 2022 Selamat Tahun Baru


Dah seminggu tahun baru 2022, baru nak muncul seketul entry. Pertama kali saya nak ucapkan Selamat menyambut tahun baru 2022! Happy New Year! Maka, bermulalah lembaran buku baru tahun 2022. 


Bab 1 bulan Januari 2022 daripada 12 bab, 365 halaman

Terima kasih kepada yang bertanyakan khabar saya bila lama tak muncul dengan cerita baru dalam blog. Permulaan tahun baru yang sangat mencabar

Ingatkan tahun 2021 dah cukup mencabar. Rupanya awal Januari tahun 2022 dugaan lain pulak datang. 
31 Disember 2021 (Jumaat)Saya balik kampung di Segamat tanpa menjangka sesuatu akan berlaku. Sebelum tu saya ada call mak di kampung bertanyakan tentang cuaca. Mak kata dah hujan sehari dua tak berhenti. Saya fikir hujan biasa je lah.

Cadang gerak lepas isya'. Senang dah siap solat dulu nanti sampai boleh terlelap terus. Sudahnya pukul 10 lebih jugak gerak. Saja santai-santai tak rushing nak balik. Sempat singgah rumah mak mentua kat Kuala Pilah sekejap.

Sampai ke Gemas dah tengah malam dalam kehujanan renyai renyai. Ahhh sudahhh...jalan kat Gemas dah naik air. Memang tak boleh redah lah melainkan 4x4 atau lori. Kami pusing ikut laluan kampung. Sekali banyak betul jalan dah dinaiki air banjir. Tak pasti banjir kilat atau memang tanah rendah yang memang dah biasa banjir.

Syukurlah air tak tinggi. Redah jugak lah dalam 2-3 laluan air macam tu. Dalam kepala ni dah fikir kalau tak dapat redah kenalah mencari hotel ke atau patah balik atau tunggu air surut. Ada laluan air yang berarus deras pun dah risau dibuatnya. Dahlah tengah malam. Bahaya betul!

Syukur selamat sampai di kampung. 
1 Januari 2022 (Sabtu)Masih lagi hujan tapi berhenti sekejap sekejap. Keluar ke bandar beli barang dapur mak. Tak nampak lansung akan tanda-tanda air nak banjir. Air pun jauh lagi nampak nak naik ke kawasan rendah. Tapi air sungai memang bagai nak melimpah keluar.

Nak lalu jambatan pun rasa seram. Risau! Semasa perjalanan balik pun intai intai gak kawasan yang biasa banjir. Memang tak nampak pun bayang akan banjir. Kalau hujan berterusan lama mungkin ye akan banjir.

2 Januari 2022 (Ahad)Sebelum subuh saya terjaga. Bunyi kenderaan lalu lalang depan rumah. Tak dapat nak lelap mata. Lepas solat subuh pergi dapur mak cakap benteng kat sungai pecah. Dah banjir! Rupanya orang sibuk lalu lalang tu tadi mangsa banjir.

Allahuakbar. Disebabkan benteng pecah, air terus melimpah. Kawasan rumah rendah sekelip mata ditenggelami air. Mereka tak sempat nak selamatkan harta benda, keluar selamatkan diri sehelai sepinggang je

Ikutkan hari sabtu tu, hujan renyai tengok air sungai banyak rasa macam tergerak hati nak balik awal. Tapi sebab ada urusan mak nak kena ambil darah hari ahad pagi. Kena balik lepas urusan mak settle. Alang-alang dah balik tu settlekan urusan mak dulu mana yang penting.

Balik dari poliklinik, tengok beberapa laluan hampir hampir naik air atas jalan dah. Dalam hati memang risau dah. Balik kemas kemas terus gerak balik. Tapi tak ikut gemas sebab laluan gemas memang tak boleh lalu banyak kawasan banjir dan terputus laluan

Terpaksalah ikut laluan jauh, ikut Tangkak masuk highway exit tampin ikut rembau dan sampailah ke Seremban. Syukurlah laluan Tangkak clear tanpa air banjir. 

Petang tu saya call mak tanya keadaan kampung, mak kata satu kampung diarahkan pindah keluar dari kampung pergi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekolah jauh sikit dari kampung. Banyak jalan dah terputus. Syukur saya sempat keluar sebelum air naik

Risau akan jadi tsunami sebab ada empangan lain akan dibuka. Tak pernah pernah mak abah kena pindah ke PPS sebab rumah kami atas bukit sikit. Rezeki rumah tinggi sikit tak kena air banjir. Rumah pun dekat dengan balai raya, sekolah dan masjid. Syukur jugak family kakak duduk dekat dengan rumah mak. Boleh uruskan mak abah. Risau abah yang sakit tak berdaya nak jalan tu.

Abah dan mak sempat duduk PPS sekejap lepas tu kakak yang duduk tempat lain ambil bawak balik rumah. Mujur masa tu jalan ke rumah dia masih boleh lalu tak ada air lagi. Esok paginya jalan tu tak boleh lalu dah.

3 Januari 2022 (Isnin)Anak buah datang rumah dan bermalam. 

4 Januari 2022 (Selasa)Lepas anak buah balik, saya ke klinik sebab mata sakit sejak hari sabtu haritu. Mulanya merah lepas tu gatal gatal. Tapi jumpa doktor, doktor tak check pun mata. Cakap sakit mata, terus dia tulis ubat dan ambil ubat je. Begitu je tak check lansung. Penat dok explain itu ini. Tengoknya tidak.

5 Januari 2022 (Rabu)Check in hotel berdekatan dengan rumah semalam. Lebih kurang 10-15minit dari rumah. Sebab dah book awal hari tu, jadi kita pun stay lah kat hotel 2 hari 1 malam. Kalau tak stay rugi lah pulak. 

6 Januari 2022 (Khamis)Lepas checkout balik rumah. Baru nak ada  masa merasa betul-betul rehat. 

7 Januari 2022 (Jumaat)Harini baru ada peluang update blog. Harap terjawab persoalan kemana saya menghilang selama seminggu. Mata pun masih belum okay. Macam tak ada perubahan pun ye jugak tu. Sejak sakit mata kurang hadap screen handphone sebab cahaya tu menyakitkan mata. Dan kena tidur untuk rehatkan mata jugak

Sejak banjir haritu hari hari tunggu update live dari orang kampung yang masih berjaga-jaga di kampung. Abang ipar saya standby kat rumah berjaga-jaga juga. Ini bukan pertama kali banjir. Dari sejarah banjir dulu dulu setahun sekali tu dah pasti bila musim tengkujuh tiba.

Tapi lepas ada benteng, dah tak banjir teruk. Selepas 10 tahun, benteng pecah terus air naik mendadak. 95% ditenggalami air. Bayangkanlah! Banjir terpaling teruk tahun ni. Kami yang tak kena banjir pun jadi cemas terus.

Lain macam banjir tahun ni. Merata negeri banjir terburuk. Kuala Pilah pun banjir jugak. Seluruh Malaysia hujan je air pun tak tahu nak kemana dah. Syukur semua orang kampung berjaya diselamatkan. Harta benda memang tak dapat nak diselamatkan.

Ramai yang datang hulurkan bantuan. Alhamdulillah.. Harapnya projek bina semula benteng 5 juta tu jadilah ye. 

Apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah sebaik baik perancang dan maha mengetahui segala apa yang terbaik untuk kita. Dugaan tanda Allah sayang kita. Kita diuji dalam pelbagai cara yang berbeza

Fuhhh..panjang berjela karangan pertama tahun baru ni. Balas dendam dah lama tak menaip, kan

Belek belek kalendar kuda januari 2022 macam tak ada cuti banyak je. Cuti tahun baru dah berlalu. Tinggal cuti untuk negeri Sembilan dan Cuti Thaipusam untuk negeri tertentu

Cuti Umum Januari 20221 Jan (Sabtu) - Tahun Baru
Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Jumaat) - Hari Keputeraan YDPB N. Sembilan
N. Sembilan
18 Jan (Selasa) - Hari Thaipusam
Johor, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor



I love sunflower for its brightest colour of all
For the spirit of new beginning feels
Always find the light and stand tall
Forever outstanding in the fields
Doa tahun baru 2022Semoga tahun 2022 ini akan memberikan kita kekuatan, kesabaran, ketenangan, keberkatan, kejayaan serta rezeki yang melimpah ruah. Aamiin Allahumma Aamiin



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/01/bab-1-januari-2022-selamat-tahun-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tahun Baru 2022

Selamat Tahun Baru 2022

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 506 hits
SELAMAT TAHUN BARU 2022 Assalamualaikum semua Pejam celik dah masuk tahun baru kan Kejap je masa berjalan Apa pun alhamdullilah syukur sebab masih diberi peluang menikmati nikmatNya Moga sepanjang tahun 2022 ni kita semua diberi kesihatan y...
Selamat Tahun Baru 2022 Apa Azam Di Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2022 Apa Azam Di Tahun Baru

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 307 hits
Selamat Tahun Baru 2022 Cepatnya masa berjalan terasa dalam 2 tahun kebelakangan ni kita tak ada buat apa apa yang begitu mengesankan perasan tak Atau saya sorang je yang perasan begitu Pelbagai nikmat dan ujian yang diturunkan bertali arus...
Hiburan Tiada Sambutan Ambang Tahun Baru 2022 Di Selangor Digantikan Dengan Bacaan Doa Selamat Di Masjid Masjid

Hiburan Tiada Sambutan Ambang Tahun Baru 2022 Di Selangor Digantikan Dengan Bacaan Doa Selamat Di Masjid Masjid

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 288 hits
Kerajaan Negeri Selangor menerusi kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa tiada sambutan ambang tahun baharu 2022 seperti yang dijadualkan sebelum ini untuk negeri itu lapor 23 jam lalu Ada Kesan Kegiatan Pembal...
Selamat Tahun Baru Azam 2022 Dan Best Nine 2021

Selamat Tahun Baru Azam 2022 Dan Best Nine 2021

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 385 hits
Selamat Tahun Baru Azam 2022 Dan Best Nine 2021 Assalamualaikum semua Selamat Tahun Baru 2022 Rasa macam baru je masuk tahun 2021 tup tup dah bertukar jadi 2022 Cepat betul masa berlalu So apa azam tahun ni Macam sis tahun ni takde tetapkan...
Selamat Tahun Baharu 2022

Selamat Tahun Baharu 2022

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 379 hits
Ucapkan Selamat Tinggal Pada 2021 Dan Selamat Datang 2022 Semoga tahun baharu ini membawa seribu satu rahmat dan keberkatan buat kita semua
Jokowi Menyongsong Tahun 2022 Dengan Semangat Baru Bekerja Untuk Indonesia Maju

Jokowi Menyongsong Tahun 2022 Dengan Semangat Baru Bekerja Untuk Indonesia Maju

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 320 hits
Jokowi mengatakan tahun 2021 telah berlalu bersama segenap ujian bagi bangsa Indonesia Dia merinci mulai dari pandemi resesi juga ketidakpastian yang tinggi
Dekorasi Tahun Baru Imlek 2022 Mulai Hiasi Sejumlah Negara

Dekorasi Tahun Baru Imlek 2022 Mulai Hiasi Sejumlah Negara

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 252 hits
Dekorasi Tahun Baru Imlek 2022 Mulai Hiasi Sejumlah Negara Negara negara di Asia di antaranya adalah China Hong Kong Singapura dan Vietnam mulai melakukan persiapan untuk menyambut Tahun Baru Imlek 2022
Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 287 hits
Selamat tahun baru diucapkan khas kepada penjenguk blog ini Terima kasih atas sokongan anda selama ini Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih berjaya dan dalam rahmat Allah sepanjang masa Tahun 2021 kita tinggal dengan berbagai peristi...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun