Selamat Berpuasa 2021
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan 1442H dear readers. InSyaAllah esok kita semua akan mula berpuasa dan juga mula bersolat tarawih. Awal pagi-pagi esok bermulalah rutin ibu-ibu bangun seawal 4 pagi nak menyediakan sahur untuk ahli keluarga masing-masing salah seoranngnya Mrs. A lettewww.... ngeh! ngeh! ngeh! Family Mrs. A ini memang sejenis yang akan bangun sahur dan makan berjemaah kalau tak sahur tu memang tak sah kehidupan we all ha gittewww....
Selamat berpuasa 2021, kasi chance tepek banner office punya.
Bil air jangan lupa bayar ya... eh! muahahhaaa....
Jumaat lepas officemate yang rajin berusaha telah menjayakan bacaan Yasin dan tahlil arwah alhamdulillah sambutan sangat baik syukur padaNya Mrs. A pun dapat turut serta. Seperti biasa majlis bermula dalam pukul 8.30 pagi di surau Ibu Pejabat. Tiada paksaan sesiapa yang berkelapangan dan sudi hadir dipersilakan jika busy dengan kerja tidak mengapa
Sebelum bermula sempat seorang Mrs. A buat video gambar pulak tak snap huhuhuu....
Selepas majlis bacaan Yasin dan tahlil arwah tersebut, diadakan juga jamuan makan. Food secara pot luck sama juga tiada paksaan sesiapa yang nak menyumbang dipersilakan jika tiada tidak mengapa makanlah apa yang ada. Tetapi alhamdulillah food pada hari Jumaat lepas sangat mewah we all dari pagi sampai ke petang tak putus-putus makan muahahaaaa.... pelbagai jenis food ada. Sate ayam, sate daging, laksa, mee soto, segala macam kek, laksam, buah-buah ayoaiii macam-macam ada meriah betul. Sungguh Mrs. A nak habaq nih! warga kerja di Ibu Pejabat semuanya pemurah-pemurah belaka Ya Allah terimalah sedekah kami
Oh! ya menurut AJK surau pada bulan Ramadhan nanti mereka plan nak adakan tazkirah ringkas dalam setengah jam ke 45 minit di surau Ibu Pejabat itu yang diwar-warkan sesiapa yang ada kenal ustaz-ustaz ataupun ustazah-ustazah yang sudi nak bagi ceramah time lunch sebelum waktu zohor bolehlah roger-roger katanya. Hurmmm... best jugak kalau dapat Ustazah Asmah Harun ataupun PU Azman eh! tiber muahahhaaaa.... mohon readers doakan ya
Dalam gembira nak sambut Ramadhan terasa jugak sedikit kesedihan cause tahun ini pertama kali Mrs. A dan keluarga sebelah Jiboi berpuasa tanpa M.i.l (Al-fatihah) semoga arwah lebih berbahagia di alam sana. Begitu juga arwah-arwah yang lain sentiasa di dalam doa kami
Lagi satu yang tak bestnya Along tak dapat berpuasa bersama-sama, berjuang menuntut ilmu di perantauan katanya ngeh! ngeh! ngeh! seminggu dua nih! Along setiap malam video call rindu katanya. 3 hari sebelum habis Ramadhan nanti baru boleh balik rumah. Sabarlah Along ya pejam celik, pejam celik dah sampai masanya nanti
Selamat Berpuasa 2021
Along snap untuk ibu, sebelum nak masuk kelas
Di kesempatan ini juga Mrs. A nak mohon maaf di atas segala kekhilafan samada yang disedari ataupun tidak. Selamat berpuasa dan menjalani ibadah tarawih Mrs. A ucapkan buat readers blog picisan Mrs. A ini. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa pada esok hari dan hari-hari seterusnya. Jangan lupa niat puasa sebulan terus ya. Lebih afdal mana tahu kalau ada hari-hari yang kita terlupa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2021/04/Selamat.html