Selamat Bercuti Anak Anak Pelajar
Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar pagini. Ibu ayah camne arini, anak anak kita dah start cuti sekolah kan? Selamat bercuti untuk anak anak pelajar. Jangan lupa isi masa cuti sekolah dengan aktiviti bermanfaat dan berfaedah. Bila dah masuk musim cuti sekolah ni rutin harian anak anak kita dah berubah, begitu juga rutin harian kita sebagai Ibu ayah. Ada mak mak yang start jadi singa ke tu? Hahaha sabar ya mak mak kat luar sana. Jangan stress ok. Kita relaks relaks sudah. Layan jer ...
Apa Aktiviti Anak Anak Sempena Cuti Sekolah
Oh ya KakYa nak tanya la jugak kat Ibu ayah, cuti sekolah kalini anak anak buat aktiviti apa jer kat rumah tu? Biasanya waktu cuti sekolah adalah waktu yang di tunggu oleh anak anak kita tak kira anak sekolah rendah atau sekolah menengah.
Cuti sekolah pastinya detik yang paling menyeronokkan buat anak anak. Apa tidaknya, waktu inilah anak anak ingin berseronok dan bergembira tanpa perlu memikirkan kerja sekolah dan aktiviti di sekolah. Paling best tak perlu nak bangun awal pagi untuk bersiap ke sekolah, tak gitu anak anak. Lepas solat subuh, mesti ada yang sambung tidur semula kan?
Anak anak KakYa bila masuk jer cuti sekolah apa yang diaorang akan minta, NAK BALIK KAMPUNG. Budak budak kat rumah ni, kalau cuti sekolah jer mesti nak balik kampung. Al maklumlah balik kampung antara aktiviti paling best buat dioarang. Kat kampung macam macam benda yang diaorang buat. Tapi cuti sekolah kalini, abah diaorang sibuk sikit jadi tak dapat nak balik kampung. Memasing buat muka sedih masa KakYa cakap, cuti ni kita tak balik kampung ya. Abah busy okey!
Tak balik kampung takpe, tapi kenalah tukar aktiviti balik kampung ke aktiviti jalan jalan. KakYa dan Encik suami bawa anak anak jalan jalan kat Kuantan. Semalam KakYa bawak diaorang makan makan dan berjalan santai di beberapa tempat menarik di Kuantan. Saja bagi diaorang seronok. Kalau kecik kecik dulu boleh la bawak diaorang ke taman permainan, zoo, muzium dan pusat sains. Tapi bila diaorang dah besar, diaorang yang pilih tempat yang diaorang nak pergi. Kita sebagai Ibu ayah ikutkan jer.
Sebagai Ibu ayah, kita kenalah bijak mencari aktiviti untuk anak anak sempena cuti sekolah supaya diaorang tak bosan asyik buat benda sama jer kat rumah. Anak anak lelaki KakYa kalau waktu pagi diaorang akan tolong bersihkan rumah. Kalau hari biasa kita yang buat sebab anak anak sekolah, tapi bila cuti sekolah diaorang akan bantu KakYa bersihkan rumah.
Waktu petang diaorang akan ke padang untuk beriadah. Cuti sekolah ni ramai la kawan kawan yang tinggal kat asrama balik bercuti, dapatlah diaorang berjumpa dan berkumpul kat padang waktu petang. Boleh la layan main bola sepak ramai ramai. Waktu malam aktiviti diaorang dengan buku buku sekolah. Cuti cuti juga buku sekolah jangan diabaikan. Setakat ni alhamdulillah, walaupon cuti sekolah diaorang tetap akan buka buku waktu malam.
Kelas Intensif Kem Cuti Sekolah Fly High Education Centre
Ibu ayah yang tak tahu nak buat aktiviti apa sempena cuti sekolah, KakYa nak cadang kat korang untuk daftarkan anak anak ke Kelas Intensif Kem Cuti Sekolah. Kelas intensif kem cuti sekolah anjuran Fly High Education Centre. Anak anak pasti seronok dapat join kelas yang diadakan secara online ini. Bila join kelas online ni dapat jugak anak anak isi masa dengan aktiviti yang berfaedah. Takde la sepanjang masa anak anak leka dengan gajet jer.
Kelas intensif kem cuti sekolah ini terbuka untuk pelajar tahun 5 2023. Ada tiga kelas yang akan berlangsung iaitu kelas Matematik bersama Cikgu Shahril Othman, kelas Bahasa Melayu bersama Cikgu Bob dan juga kelas Sains bersama Cikgu Zazolnizam. Kalau anak anak peajar join semua kelas ni, akan dapat PERCUMA kelas bijak sifir bersama guru pakar Matematik, Cikgu Zulkifli.
Perincian Kelas Intensif Kem Cuti Sekolah Fly High Education Centre
Berikut KakYa kongsikan serba sedikit mengenai perincian kelas intensif kem cuti sekolah anjuran Fly High Education Centre.
Kelas Intensif Kem Cuti Sekolah Matematik
Kelas Matematik bersama Cikgu Shahril Othman. Kelas akan diadakan selama tiga hari pada 29 Mei, 30 Mei dan 1 Jun 2023 untuk murid tahun 5. Kelas selama 1 jam setengah akan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi. Antara topik menarik yang akan di ketengahkan adalah mengenai;
- Persediaan ujian pertengahan sesi akademik- Kaedah menjawap soalan UPSA dan- Kaedah skor markah
Kelas Intensif Kem Cuti Sekolah Bahasa Melayu
Kelas Matematik bersama Cikgu Bob. Kelas akan diadakan selama tiga hari pada 30 Mei, 31 Mei dan 1 Jun 2023 untuk pelajar tahap 2. Kelas selama 1 jam setengah akan bermula pada jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang. Antara topik menarik yang akan di ketengahkan adalah mengenai;
- Kata Kerja- Kata Adjektif- Penjodoh Bilangan
Kelas Intensif Kem Cuti Sekolah Sains
Kelas Matematik bersama Cikgu Zazolnizam. Kelas ini telah berlansung selama tiga hari pada 27 Mei, 28 Mei dan 29 Mei 2023 untuk murid tahun 5. Kelas selama 1 jam setengah bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 12.30 pagi. Antara topik menarik yang di ketengahkan adalah mengenai;
- Pengenalan UPSA- Revisi Topik Unit 1-5 (tahun 5) 1-6 (tahun 6)- Latihan berformat- Klon UPSA- Set soalan Mock-Up- Peraturan PemarkahanHarga: RM180 untuk semua sesi kelas.
Platform : Zoom
Bagi Ibu ayah yang berminat untuk mendaftarkan anak anak sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut;
Website: https://flyhigh.education/
Fb: https://www.facebook.com/Flyhigh-Training-Centre-1418213641735416/
Ig: https://instagram.com/flyhightrainingcentre
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2023/05/selamat-bercuti-anak-anak-pelajar.html