Selama Ni Kita Nangis Berdua Tak Ada Yang Tahu Cat Farish Suprise Isteri Kedai Untuk Bisnes
Kalau sebelum ni Cat Farish dan isterinya, Shikin Maembong cuma berniaga dari rumah, tepi jalan atau tapak bazar—kini segalanya berubah. Dalam satu momen sweet dan penuh kejutan, Cat menghadiahkan sebuah kedai untuk isteri tercinta yang memang suka berniaga. Bila suami sanggup habiskan duit demi impian isteri, memang power la!
Bermula Dari Bawah, Kini Ada Kedai Sendiri
Cekopis, bisnes popia pisang mereka tu bukan calang-calang. Dari bahan premium sampai ke rasa yang padu, tak hairanlah ramai yang suka. Tapi cabarannya—tempat berniaga. Itu yang buat Cat tekad, cukup-cukuplah susah payah tepi jalan, sekarang masa untuk selesa dan ada tempat sendiri.
“Ni je yang I mampu sebab I tengok you sampai nak berniaga tepi jalan, nak tumpang tapak orang. Tetap nak teruskan perniagaan Cekopis ni walaupun tak proper. You nak HQ so I nampak kedai ni boleh jadi HQ kita. Event pun sebulan sekali, takkan you berniaga tu sebulan sekali. Jadi kita buatlah kedai ni, cari rezeki kat sini.”
Hadiah Yang Bukan Sekadar Ruang Niaga
Bila Shikin tahu je pasal hadiah tu, terus bergenang air mata. Bukan sebab terharu je, tapi sebab terlalu hargai pengorbanan suami yang sentiasa ada, dari mula sampai sekarang. Dalam video pun nampak jelas macam mana Shikin terus semangat nak hias kedai—dah macam dream come true!
“Walaupun kita susah, orang kecam tapi Abi tetap dengan I. Thank you percaya dengan I, you bagi I peluang. Terima kasih sebab you bertahan dengan I sampai hari ni.”
Bila Suami Beri Yang Terbaik, Rezeki Makin Dekat
Dalam Islam pun dah sebut, “Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya” (HR Tirmizi). Bila seorang suami buat baik dan ikhlas terhadap isteri, Allah janji rezeki tu akan datang dari arah yang tak disangka-sangka. Mungkin ni lah salah satu sebab bisnes Cekopis mereka mempunyai peminat tersendiri.
Kata Cat lagi dengan adanya kedai sendiri, mereka tidak perlu lagi bersusah payah dan menangis kerana mengenangkan kekangan untuk berniaga.
“Dah tak harapkan duit orang, nak menangis. Sekarang kita buat sendiri sebab dah ada kedai. Inilah misi kita sekarang. Selama ni kita menangis dua orang, tak ada yang tahu pun.”

Pasangan Sejiwa, Usaha Sama-Sama
Yang buat kisah ni best—mereka bukan saja pasangan suami isteri, tapi macam partner sejati dalam bisnes. Cat tak pernah biarkan Shikin berjuang sorang-sorang. Bila satu jatuh, satu lagi angkat. Bila satu penat, satu lagi bagi semangat. Inilah definisi sebenar ‘susah senang bersama’.
Bukan semua kejayaan datang dari wang semata. Tapi bila ada kasih sayang, sokongan dan doa yang berterusan, semua jadi mungkin. Cat dan Shikin dah buktikan, bila ada cinta dan usaha, apa pun boleh jadi realiti.
Tonton video ini;
View this post on Instagram
A post shared by Cat Farish (@catfarish)
The post “Selama Ni Kita Nangis Berdua, Tak Ada Yang Tahu.” Cat Farish Suprise Isteri Kedai Untuk Bisnes! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/selama-ni-kita-nangis-berdua-tak-ada-yang-tahu-cat-farish-suprise-isteri-kedai-untuk-bisnes/