Selalu Nampak Ejen National Intelligence Service Dalam K Drama Ini Penjelasan Tentang Agensi Tersebut


Sesiapa yang rajin tonton K-Drama yang membawa tema jenayah atau penyiasatan pasti sering mendengar tentang National Intelligence Service (NIS) kan? Rasanya ramai yang tidak tahu mengenai asal-usul mahupun tugasan utama kepada organisasi dan buat-buat faham sampailah ke penghujung cerita.
Seorang individu di Twitter telah menjelaskan dengan mendalam mengenai NIS ini kepada semua peminat drama Korea untuk ilmu tambahan. Barulah anda tidak lagi terpinga-pinga apabila terdengar mengenainya dalam drama pada masa akan datang nanti.
NIS sebenarnya dikenali sebagai Korea Central Intelligence Agency pada awal penubuhannya pada 13 Jun 1961 sebelum ditukar pula kepada Agensi Perancangan Keselamatan Negara bermula 1981 sehingga 1999. Nama Perisikan Negara Korea Selatan (NIS) pula digunakan selepas fasa reformasi Chun Doo-hwan.

Sejarah asal Organisasi ini dipelopori oleh pasukan perisikan negara Korea Selatan dan bertugas meguruskan hal-hal berkaitan keselamatan negara dalam masa yang sama turut menjadi orang kanan pemerintah. Jangan terkejut sebab mereka juga berhak untuk campur tangan dalam kancah politik Korea Selatan. Fuh!
Asas kepada pertubuhan ini ialah Kor Lawan Perisikan Korea Selatan [Korean Counterintelligence Corps (KCIC)] yang telah diasaskan oleh Kim Jong-pil semasa Perang Korea lagi dan dianggotai oleh 3,000 orang kakitangan.
Kalau anda nak tahu Kim Jong-pil adalah ipar kepada bekas Presiden Korea Selatan Park Chung-hee dan juga merupakan lepasan Akademi Tentera Korea Selatan. Tak memeranjatkan apabila lelaki ini didedahkan sebagai ‘mastermind’ dalam peristiwa rampasan kuasa yang berlaku pada tahun 1961.
Presiden salah guna kuasa Dengan kekuatan pertubuhan ini, Presiden Park Chung-hee menggunakan kelebihan tersebut untuk mengukuhkan kuasanya dengan memerintah dengan kuasa tentera dan secara kuku besi. Sesiapa yang mempunyai pemahaman komunis atau pun menentang kerajaan pasti akan dihukum menerusi agensi ini.
Walaubagaimanapun, hal ini jelas merupakan penyalahgunaan kuasa dan secara terangan melanggar Akta Mengenai Perlindungan Rahsia Tentera. Agensi ini sepatutnya bertindak melaksanakan operasi perisikan dan juga memastikan keselematan negara namun belanjawan yang diberi telah digunakan untuk satu perkara yang salah di sisi undang-undang.

Bukan itu sahaja salah guna kuasa yang berlaku di bawah agensi ini, antara yang lain ialah:
Menyeksa warga Korea Selatan di Jerman Timur kerana menyokong idea komunis sehingga hubungan diplomatik antara kedua negara itu putus Menculik Presiden Korea Selatan, Kim Dae-jong. Menahan sewenang-wenangnya pelajar dan juga sesiapa yang dirasakan bersalah. Mengatur Perlembagaan Korea Selatan supaya menyebelahi agensi tersebut. Manipulasi pasaran saham dan memberikan rasuah kepada syarikat besar Amerika Syarikat. Agensi Perancangan Keselamatan Negara itu kemudiannya diserbu secara besar-besaran dan dibersihkan selepas Kim Jae-kyu membunuh Park Chung-hee pada tahun 1979. Pun begitu, Kim Jae-kyu dan rakannya dihukum bunuh dan menyebabkan agensi ini hilang kuasa buat sementara waktu.
NIS dibersihkan dan diberi nafas baru Pun begitu, selepas Chun Doo-hwan dilantik sebagai pengarah baru agensi ini, lelaki itu merasakan bahawa ia merupakan satu pertubuhan yang sangat penting kepada negara lantas mengubah namanya kepada Agensi Perancangan Keselamatan Negara (ANSP) dan mereformasikan semula keseluruhan organisasi ini.
Masih mengekalkan naungannya di bawah pantauan Presiden Korea Selatan namun kali ini agensi tersebut dikawal mengikut arahan preseiden selain patuh mengikut akta dan undang-undang yang telah ditetapkan. Bahkan agensi ini mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada kuasa ketenteraan di negara itu.

Pertubuhan ini kemudiannya bertugas mengumpul dan menyelaras semua aktiviti perisikan domestik dan kemudiannya kawasan jagaan mereka diperluaskan sehingga ke luar negara terutama sekali negara jiran. Selain itu, agensi ini turut bertanggungjawab mengumpul maklumat mengenai perihal keselamatan rakyat dan juga mana-mana plot untuk menjatuhkan kerajaan.
Segala aktiviti yang berlaku di bawah agensi ini seperti penyiasatan tentang pemberontakan, pengkhianatan, hal musuh dan rahsia kerajaan yang bocor tertakluk di bawah Akta Mengenai Perlindungan Rahsia Negara. Lantas semuanya dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat.
Kuasa agensi ini terus diperluaskan dan mereka dibenarkan untuk mengakses maklumat, dokumen dan fail mana-mana agensi kerajaan. Mereka juga turut bekerjasama dengan Defence Security Support Command, Pejabat Pendakwa Raya Negara dan Polis Kebangsaan Korea. Malahan Kementerian Keadilan mengerahkan ejen agensi tersebut di Perhimpunan Kebangsaan (parliamen) dengan tujuan untuk mengintip aktiviti ahli politik di segenap negara.
Terpalit kontroversi Walaubagaimanapun, mereka dikeluarkan daripada Perhimpunan Kebangsaan pada tahun 1988 kerana tidak mahu agensi terlibat lagi dengan kancah politik negara. Hal ini kerana ada pihak pembangkang yang mengatakan segala maklumat mengenai strategi mereka bocor kerana penggunaan perisik ini.
Kemudiannya, agensi ini turut menghentikan operasi pengintipan dalam mahkamah jenayah dan Mahkamah Agung Korea Selatan.
Bermula pada September 1989, agensi ini membuat perjanjian dengan Ketua ketua Pembuat Polisi Korea agar tidak lagi menyiasat aktiviti yang menyokong Korea Utara. Namun mereka terus menggunakan Akta Keselamatan Negara untuk menangkap mereka yang terlibat.

Meskipun banyak kontroversi yang terpalit pada agensi ini, mereka telah banyak menyumbangkan tenaga dalam membanteras pelbagai cubaan sabotaj dan pembocoran maklumat kerajaan selain menghalang ancaman daripada negara luar.
Bermula tahun 1999, agensi ini memainkan peranan yang penting dalam membantu Kementerian Penyatuan Korea dalam misi untuk menyatukan semula semenanjung Korea. Selain menyediakan maklumat dan fasiliti terbaik untuk melancarkan misi tersebut, mereka kekal melakukan pelbagai aktiviti perisikan tanpa gagal.
Segala pelantikan dan dana agensi ini dirahsiakan langsung daripada pengetahuan awam. Rupanya Malaysia pun ada juga agensi ala-ala NIS namun skop kerja yang sedikit berlainan. Namanya ialah Agensi Perisikan Luar Malaysia (MEIO). Wow!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kimchidaily.my/selalu-nampak-ejen-national-intelligence-service-nis-dalam-k-drama-ini-penjelasan-tentang-agensi-tersebut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Pelajaran Tentang Cinta Dan Keluarga Dari Drama Uwu Korea Hospital Playlist

4 Pelajaran Tentang Cinta Dan Keluarga Dari Drama Uwu Korea Hospital Playlist

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 655 hits
Siapa yang belum bisa move on dari drama kesayangan ini Nggak sabar nih nunggu season keduanya
Drama Dayang Senandung Dituduh Rasis Ini Penjelasan Penerbit

Drama Dayang Senandung Dituduh Rasis Ini Penjelasan Penerbit

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 1268 hits
Gara gara video tarian yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pelakon Wani Kayrie drama Dayang Senandung dituduh menghina orang kulit hitam Isu yang membabitkan drama Dayang Senandung mula timbul kerana video yang dimuat naik pelakon ters...
Terima Kecaman Muat Naik Video Berwajah Hitam Wani Kayrie Beri Penjelasan

Terima Kecaman Muat Naik Video Berwajah Hitam Wani Kayrie Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 386 hits
Satu video TikTok dengan wajah bercat hitam yang dimuat naik oleh penyanyi Wani Kayrie telah menimbulkan salah faham Video TikTok Wani Kayrie cetus kontroversi Menurut penyanyi itu yang menjelaskan dia tidak berniat untuk mempersendakan man...
Pengguna Masih Tak Puas Hati Dengan Alasan Bill Elektrik Naik Ketsa Panggil Tnb Beri Penjelasan

Pengguna Masih Tak Puas Hati Dengan Alasan Bill Elektrik Naik Ketsa Panggil Tnb Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 442 hits
Masih ramai yang tidak berpuas hati dengan penjelasan dari Tenaga Nasional Berhad berkenaan bil elektrik yang melambung naik sehingga menekan pengguna untuk membayar disaat ekonomi negara dan rakyat kurang baik pada waktu ini Pemilik premis...
Penjelasan Khalid Dan Anthony Cemarkan Dirinya

Penjelasan Khalid Dan Anthony Cemarkan Dirinya

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 299 hits
Mohd Sayuti OmarAmanah melalui Pengarah Komunikasi Khalid Samad dan DAP melalui Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke telah mengeluarkan kenyataan bersama sebagai menjelaskan kedudukan apa yang berlaku dalam PH setelah PKR memutuskan menol...
Video Penjelasan Anwar Ibrahim Masa Depan Pakatan Harapan

Video Penjelasan Anwar Ibrahim Masa Depan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 393 hits
Menyinggung soal konsep keadilan yang ditekankan Islam dan mengulas beberapa isu lain yang menjadi persoalan ramai antaranya 1 Masa depan Pakatan Harapan2 PM9 dan sikap KEADILAN3 Sokongan ahli parlimen dan GPS4 Kaum Melayu dan parti bertera...
Bayaran Rm10000 Sejam Bagi Program Masakan Ini Penjelasan Sebenar Sugu Pavithra Berkait Dengan Isu Ini

Bayaran Rm10000 Sejam Bagi Program Masakan Ini Penjelasan Sebenar Sugu Pavithra Berkait Dengan Isu Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 543 hits
Bayaran RM10000 sejam bagi program masakan Ini penjelasan sebenar Sugu Pavithra berkait dengan isu ini Bayaran RM10000 sejam bagi program masakan Ini penjelasan sebenar Sugu Pavithra berkait dengan isu ini
Video Penjelasan Dokter Dexamethasone Belum Tentu Ampuh Tapi Berisiko

Video Penjelasan Dokter Dexamethasone Belum Tentu Ampuh Tapi Berisiko

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 244 hits
Dekan Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia Prof Ari Fahrial Syam membantah hal itu dan menyebut Dexamethasone belum tentu ampuh dan berisiko
Tnb Dipanggil Beri Penjelasan Kepada Ketsa Suruhanjaya Tenaga

Tnb Dipanggil Beri Penjelasan Kepada Ketsa Suruhanjaya Tenaga

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 321 hits
TEMERLOH 16 JUN Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah memanggil Tenaga Nasional Berhad untuk memberi penjelasan berhubung kenaikan bil elektrik sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga menimbulkan rungutan rakyat Menterinya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip