Selalu Membaca Buku Pasti Lancar
Selalu Membaca Buku, Pasti Lancar!Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza berkongsi cerita.
Sementara suami dan anak-anak ke sekolah, before mulakan kerja² rumah... Fiza update dulu blog dengan kisah Kak Alia, anak sulung kami.
Masa menunggu feri pun kak Alia menyempat baca buku. Layankan jelah....
Manfaat Selalu Membaca BukuDua tahun lepas Kak Alia di Prasekolah. Masuk sekolah dengan zero ilmu. Apa yang dia ada hanyalah semangat dan keseronokan nak ke sekolah. Hari² berlalu dan pelbagai peningkatan dalam pelajaran mula dia kuasai.
As a parents, kami laki bini sentiasa bagi galakkan. Bantu semampu yang boleh dan beri kasih sayang secukupnya.
Alhamdulillah... Pada usia 6 tahun kak Alia dah boleh membaca. Tapi still merangkak terutamanya perkataan yang panjang. Kak Alia tak pernah give up. Selalu positif... Nampak banner, nampak tanda jalan... Semua dia eja tanpa disuruh.
Selain tu jugak, apa yang Fiza perasan... Tiap kali ke mall, benda yang dia cari adalah buku.
Koleksi Buku Yang Ada Suku Kata BewarnaSedar tak sedar, rupanya kak Alia dah mengumpul beberapa koleksi buku. Antaranya :-
Koleksi Cerita Haiwan Di Dalam Al-Quran, di mana terdapat 12 buku dalam satu koleksi...
Jasa lembu kepada manusiaUlar Nabi Musa A.S. Mengalahkan Ahli SihirUnta Kenderaan di padang pasirNabi Yunus A.S. dan ikan pausSemut yang berimanKeistimewaan burungKeajaiban lebah maduAnjing tidur 309 tahunKeistimewaan kibasKuda jaguh di medan perangKeajaiban sarang labah-labah danTentera gajah
So far kak Alia dah ada 3 buku dari koleksi tersebut, iaitu buku unta kenderaan di padang pasir, keistimewaan kibas dan keajaiban sarang labah-labah. In Shaa Allah, cuti nanti bolehlah tambah satudua buku lagi.
Kemudian, untuk koleksi kisah-kisah dongeng menarik pulak... Terdapat 10 buah buku dalam koleksinya, iaitu :-
Ali baba 40 penyamunOrang bunian dan tukang kasutSi biskut haliaGadis bertopi merahRapunzelPuteri salji dan tujuh orang kerdilKumpulan ahli muzik bandar bremehPuteri beraduTiga ekor kambing danSerigala dan tujuh anak kambing
Untuk koleksi tersebut, kak Alia hanya ada satu je koleksi... iaitu orang bunian dan tukang kasut.
Seterusnya, untuk buku cerita bahasa english... Kak Alia dah ada empat, iaitu the little match girl, little red riding hood, cinderella dan thumbelina. Itu sebahagian koleksi buku akak.
Alhamdulillah, berkat dia rajin membaca buku setiap hari... Now, di tahun 1 dia dah mulai lancar membaca. Benarlah kata orang... practice make perfect... Belakang pisau yang tumpul pun, kalau selalu di asah pasti akan menjadi tajam. Kan?
Bila suka membaca... Bukan setakat lancar membaca. Malah, penguasaan kosa kata pun bertambah.
Tips dari Fiza untuk galakkan anak membaca dan suka membaca ialah sangat mudah... Beli buku yang mereka sendiri pilih dan pastikan buku tersebut tidak terlalu tebal. 20 pages untuk satu² buku... Ok kot. Al-maklumlah budak² cepat bosan. Kan?
So, kena cari buku yang sesuai mengikut peringkat umur dan bewarna-warni... Itu yang paling penting. Percayalah... Anak² pasti suka. Then, selalu bacakan buku untuk dorang. Selalu bawak dorang bersama ke kedai buku... In Shaa Allah, hari demi hari dorang pasti suka membaca.
Semoga Nur Ain jugak dapat mengikuti jejak langkah kakaknya. Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin...
Nukilan Rasa,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fizacrochet.com/2019/03/selalu-membaca-buku-pasti-lancar.html