Izzat Membaca Koleksi Buku Membaca Yang Mudah Menarik
assalamualaikum 😉
agak sukar these few days nak blogging 😅
ada citer, namun kekangan masa dan ruang
ptg ni, sementara tunggu 6 ekor ikan keli di air fry kan, exercise jari-jemari jap di atas keyboard
dinner utk mlm ni :nasi lemaksambal tumisikan keli gorengtimunpepes ayam
ringkas. mudah. cepat 😋😋😋
entri sekadar nak berkongsi perkembangan Izzat
dah pun 2 bulan setengah la dlm Darjah 1
alhamdulillah... takde apa yg lebih saya nak harapkan
perkembangan Izzat sgt positif. cepat dari jangkaan saya..
Izzat dah pun lancar membaca di akhir Februari lepas. tahap kelancarannya saya boleh katakan dlm rate 80%. dia akan keliru bila sampai perkataan 'nga', 'ngi', 'nya', 'ngin', dan sebegitu la... Izzat dah kemaruk membaca. ke kedai makan, papan tanda sepanjang jalan, sarikata di tv, semua dia akan membaca. alhamdulillah..
start dari awal tahun, inisiatif saya utk tackle Izzat rajin membaca ialah belikan buku cerita bergambar
ada time saya akan ikut buku membaca yg formal
word by word. sebutan yg betul. fonik. mengeja. both saya ajar dia
then, saya beri dia buku cerita bergambar, dia bebas utk membaca pada bila-bila masa
baru balik skola. baju kemeja da buka dah...
sementara nak mandi, lepak baca buku dulu 😃.
tanpa paksaan. takde nak disuruh-suruh.
saya akan dgr je bacaan dia. samada saya sedang buat keje rumah atau most of the time, dok sebelah dia
sgt minima dah kesalahan bacaan Izzat. proud of him
ni la dia koleksi buku membaca yg saya beli.
separuh beli Aeon, ayer keroh.
separuh lagi beli di The Store, ampangan, seremban...
harga di Aeon. RM5.90 each.
harga di The Store. RM2.10 each.
jauh lebih murah!!! kurang separuh harga, kan 😍.
isi kandungannya sgt ringkas
tulisan yg jelas. ada warma hitam & merah. mudah utk anak baca
koleksi membaca ni ada juga dlm Bahasa Inggeris
saya da riki-riki dah. tapi, step by step lah kan. niat di hati nak lancarkan bacaan Bahasa Melayu nyer dulu
then, baru la berpindah ke Bahasa Inggeris 👍
berbeza sgt tatkala ajar kakak-kakak membaca dulu kala, dgn Izzat
dgn Izzat, tak boleh paksa dia utk membaca. duduk dgn sopan, elok..
buat homework pun mcm2 gaya. kena ikut je rentak dia 😄
tegur skit je, meleleh air mata... so, memang kena ikut jer la gaya dia
then baru la dia nak membaca, buat homework, mengaji..
yg penting, dia nak. dia mahu. dia suka... 😌😌😌
nak kongsi la jugak, minggu ni adalah minggu Ujian 1 bagi Izzat
Isnin hingga Rabu
hmmmm memang tak ada persediaan rasmi pun
mengharapkan Izzat dpt la perform sebaiknya 😀
Muallimah share di group whatsapp tghari td.
ok
takat tu je sharing ptg ni
moga ada manfaat ye 😃
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/03/izzat-membaca-koleksi-buku-membaca-yang.html