Selalu Datang Tiba Tiba
sumber: https://www.artstation.com/
waktu aku menaip entri ini, aku sudah selesai bergelumang dengan rasa takut. baru selesai -- dua (2) jam lepas. azab? mungkin ya dalam circle kepala otak aku. pada orang lain, tampak biasa dan normal. mungkin kerana keadaan aku ketika dilanda itu, bukan didepan mata mereka. mereka hanya dengar sahaja dari mulut aku bercerita.
2 Jam Sebelum Itusumber: https://medium.com/
dua (2) jam sebelum itu, aku sedang waktu makan. di penghujung aku ingin habiskan bekal, aku meluah rasa 'penatnya lah makan'. ketika ini, kaki sebelah kiri sedang mengalami rasa 'semut'. aku luah kerana, aku rasa aku letih. macam lenguh - lenguh. beberapa minit selepas aku meluahkan itu, aku dapat rasakan. aku sedang berada dalam keadaan yang sangat tidak selesa. serious.
aku dah mula rasa mata menjadi kabur kadang - kadang. nafas mula rasa lelah. tangan mula lenguh beria. semua datang tiba - tiba. aku mula fikirkan sebentar lagi aku akan pengsan atau entahla. aku takut mati. dalam keadaan itu, cuma mati yang selalu menjengah.
aku cepat - cepat habiskan suapan terakhir. ketika sedang membasuh pinggan, aku mula rasa mahu rebah. mula rasa longgar. mula aku rasa aku ingin terduduk. makanan yang dimulut mula rasa mual. aku muntahkan semua tanpa sempat dikunyah halus. perut aku tak sedap.
aku dah fikir macam - macam. diluar jangkauan.
Mati Itu Pastimati memang pasti. kerana kejadian kita memang secara 'agamanya' dari tanah. mati nanti akan dipulangkan ke tanah kembali. itu lah rumah abadi. tapi aku selalu rasa terlalu takut untuk mati. entah apalah yang aku fikir. kos - kos hidup, hutang - hutang, dunia, amalan. semua. kaku --
namun tak pula aku betul - betul mengejar akhirat. aku masih dalam leka. tak pula aku solat awal waktu, kadangnya sengaja dibiar berlalu. walhal aku tahu, akhirat nanti semua ini akan dihitung. bodohnya aku.
lagi - lagi aku terfikir. kenapa aku kena fikir tentang mati walhal hidup aku biasa sahaja. bagaimana orang yang setia menjejak kelab malam, selalu kenyang meneguk arak, dan mimpi indah bersama pelacur; masih tenang - tenang meneruskan hidup dan berulang - ulang menikmati keduniaan?
Tak Sihat; Puncaharini aku selsema. tambah tolak, sudah seminggu aku mengalami demam, selsema, batuk, pening. awalnya begini.
pasangan aku; suami -- balik kerja dihujani. aku selalu berpesan untuk; bersegeralah mandi. basahkan ubun - ubun. biar meresap di kepala. tolak tepi dahulu tentang sejuk dan gigil. degil! katanya tidak kena hujan. rambut sudah ditutup topi. iyalah.
(dulu; hujan adalah hal yang indah untuk dikenang. menangis didalam hujan. mencipta kenangan manis didalam hujan. pendek kata, hujan adalah satu hal yang baik untuk dikenang
kini; setelah bumi sudah semakin tua. hujan bukan lagi yang indah. kena selalu berjaga - jaga. silap haribulan, bah melimpah. silap haribulan, demam tak kebah)
mandinya hanya badan. sejuk katanya. beberapa hari kemudian, dia dilanda demam. aku menjaganya tanpa sakit. memang kebiasaannya aturan tuhan begitu. selagi salah seorang belum sihat, yang menjaga mesti tidak akan jatuh sakit. hari berlalu dan berjalan. akhirnya ada bau - bau sihat diwajahnya. lega.
esoknya aku pula yang kena. lemah rasa.
demam kali ini tidak seteruk yang lama. pening aku kurang. alhamdulillah. aku masih ada rasa mahu makan. masih berselera. aku masih boleh datang kerja. cumanya aku dilanda selsema yan lama. sudah mahu masuk 5 hari. duhhh. hidung tersumbat.
masa tidur lagi best. hidung sumbat sebelah kanan, aku kalih badan sebelah kiri; hingus pindah ke sebelah kiri. begitulah berulang. menjelang malam, badan aku akan suam -- panas. tengok lah. dan tiba - tiba 3 hari lepas, aku batuk tak semena - mena.
kalau ikutkan, bulan lepas aku baru je sembuh dari batuk. jangkamasa untuk sembuh dari batuk ni agak lama sebenarnya. kalau kali ini aku batuk lagi. entah lah bila pula aku nak sembuh. letih.
kadang - kadang ada pening kepala. tapi aku anggap biasa. aku sihat; berulang - ulang aku sebut.
punca semua inilah, hari - hari aku melalui rasa takutkan mati. segalanya tentang mati. entahlah. penat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2022/11/selalu-datang-tiba-tiba.html