Selain Ketinggalan Berbanding Anwar Banyak Hujah Najib Juga Jadi Persendaan Netizen


 Walaupun debat perdana antara Anwar Ibrahim dengan Najib Razak malam tadi telah berakhir sebelum jam 11 malam tadi, tetapi perdebatan di media sosial mengenainya masih lagi berlarutan sehingga ke awal pagi.
Paling teruk diperdebatkan ialah hujah yang dilontarkan Najib untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Sapura Energy.
Sementara beliau menyatakan penyelesaian yang dicadangkannya tidak melibatkan duit rakyat, tetapi beliau mencadangkan agar Petronas mengambil alih Sapura Energy.
Video Player00:0003:24Selain Anwar sendiri mempersoalkan bahawa Petronas itu milik siapa jika bukan milik kerajaan yang bermakna ia milik rakyat, rata-rata netizen turut menempelak Najib dengan hujahnya itu.
Jika Petronas bukan milik rakyat, apakah ia kepunyaan Jin atau Ahmad Albab? demikian banyak persendaan yang banyak ditanyakan oleh netizen kepada Najib.
Penyelesaian kedua yang dicadangkan Najib untuk menyelamatkan Sapura Energy ialah dengan bank-bank harus memberi pinjaman yang dijamin oleh kerajaan.
Sekali lagi Najib dipersoalkan melalui cadangannya itu kerana jika kerajaan yang dijadikan penjamin dan apabila Sapura Energy gagal membayar pinjaman itu akhirnya, maka sudah tentu kerajaan yang akan menanggungnya.
Video Player00:0003:06Kalau kerajaan yang akhirnya kena menanggung beban pinjaman itu, tidakkah ia bermakna duit rakyat juga yang menjadi pertaruhannya?
Ternampak kerana terlalu ghairah ingin menyelamatkan syarikat itu, Najib seolah-olah terlupa kepada hakikat bahawa duit rakyat itu ada pelbagai bentuk serta cabangnya.
Sama ada duit Petronas yang sahih-sahih merupakan duit rakyat, mempertaruhkan kerajaan sebagai penjamin juga bererti merisikokan duit rakyat untuk terbang melayang begitu saja.
Dalam hal ini, Anwar lebih jujur dan praktikal di mana selain tidak menolak keperluan membantu syarikat yang bermasalah yang memerlukan bantuan, tetapi mahukan forensik audit dilakukan terlebih dahulu untuk mengenal pasti punca masalah dan kepincangan serta mungkin ada jenayah yang berlaku, tambahan lagi kerugian Sapura Energy telah dibangkitkan sejak 2016 lagi.
Bantuan, bagi Anwar bukan tidak boleh diberikan, tetapi ia mestilah dengan cara yang betul dan tidak mengulangi banyak siri “bail out” yang gagal sebelum ini.
Video Player00:0001:28Turut menjadi persendaan netizen ialah hujah Najib berkaitan “cash is king” di mana kali ini beliau mentafsirkan “king” itu adalah rakyat.
Ternampak jika dulu Najib menganggap wang tunai adalah raja, kini setelah ditolak rakyat dan hilang kuasa, baginya raja atau king yang sebenar ialah rakyat.
Dipersendakan lagi tanggapan itu oleh netizen bahawa patutlah berbilion-bilion direlakan masuk ke dalam akaun peribadinya.
Tidak terkecuali dipertikaikan apabila Najib bercakap tentang membesarkan kek ekonomi untuk diagih-agihkan kepada rakyat.
Anwar dalam hujah balasnya menyindir – kalau ada kek, jangan kita makan seorang.
Lepas itu, tambah beliau, siapa yang akan menentukan pembahagian kek tersebut dilakukan dengan benar-benar adil.
Jika kilasan yang dibalas Anwar berkaitan Petronas kepunyaan siapa dan kalau ada kek, jangan kita makan seorang telah berjaya memerahkan muka Najib, cubaan beliau mengasak Ketua Pembangkang tentang skandal forex sekali lagi membuatkan wajah bekas Perdana Menteri itu berbelang-belang kemerahan.
Menurut Anwar, beliau tiada masalah jika kes forex mahu dibuka semula, malah kalau esok Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob boleh bercakap dengan Peguam Negara agar membuka semula siasatannya, beliau juga amat mengalu-alukannya.
Video Player00:0002:51“Ini beza saya dengan Najib, saya tidak mahu mana-mana kes yang melibatkan ahli politik menggunakan jentera politik untuk menutup kes mereka atau menggunakan jentera kerajaan untuk menekan orang lain.
“Jangan guna alasan kes tutup atau pendakwaan terpilih, apa yang menghalang Peguam Negara sekarang daripada membuka semula kes itu?
“Tiada masalah sama sekali kerana Perdana Menteri sekarang daripada UMNO, buat mesyuarat MT dan arahkanlah,” tambah Anwar yang paparan kamera kemudian memperlihatkan Najib termenung dengan jawapan tersebut.
Oleh kerana barangkali ini merupakan pengalaman pertama Najib berdebat, tambahan lagi lawannya ialah Anwar yang memang diketahui berdebat atau berpidato adalah “makanannya”, banyak lagi beliau dilihat agak ketinggalan dan berjaya dimatikan hujahnya.
Jika diulang tonton sekali lagi, semua itu boleh dilihat dengan ketara sekali.
Apa pun, debat malam tadi telah berjaya memeriahkan dunia politik negara dengan lebih banyak lagi siri perdebatan lain melibatkan tokoh-tokoh lain harus terus diadakan daripada semasa ke semasa. – ShahbudinHusin 13/05/2022.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/selain-ketinggalan-berbanding-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Hujah Najib Jadi Bahan Senda Netizen

Banyak Hujah Najib Jadi Bahan Senda Netizen

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 329 hits
SHAHBUDIN HUSINWalaupun debat perdana antara Anwar Ibrahim dengan Najib Razak telah berakhir sebelum jam 11 malam tadi tetapi perdebatan di media sosial mengenainya masih lagi berlarutan sehingga ke awal pagi Paling teruk diperdebatkan iala...
Persiapan Awal Debat Anwar Najib

Persiapan Awal Debat Anwar Najib

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 261 hits
MOJO LIVE 11 MEI 2022 LIVE Tinjauan persediaan Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak di Matic Kuala Lumpur lapor wartawan Sinar Harian Nazrin Zulkafli
Langsung Debatperdana Dato Sri Najib Razak Vs Dato Seri Anwar Ibrah

Langsung Debatperdana Dato Sri Najib Razak Vs Dato Seri Anwar Ibrah

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 190 hits
Detik bersejarah selepas berpuluh tahun Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi pentas untuk berdebat berhubung isu Sapura Energy Bhd dan isu melibatkan hala tuju negara Ikuti video penuh yang turut disiarkan secara la...
Debat Perdana Najib Anwar Isu Sapura Energy Malam Ini

Debat Perdana Najib Anwar Isu Sapura Energy Malam Ini

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Debat Perdana yang julung kali menampilkan dua figura besar dalam arena politik tanah air Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak malam ini dijangka mengupas pelbagai isu panas berkaitan negara Gelanggang debat anta...
Debat Najib Anwar Malam Ini Ketahian Atau Kebaikan Mungkin Berlaku

Debat Najib Anwar Malam Ini Ketahian Atau Kebaikan Mungkin Berlaku

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 295 hits
Persoalannya apakah debat ini bakal melonjak saham SAPNRG yang berkurun lamanya dibawah harga 10sen Kalau merujuk kepada malaysiastock pemegang saham terbesar SAPNRG adalah amanah saham bumiputera Sekiranya debat anwar najib bakal memberi s...
Anwar Najib Debate Anwar Says Proper Forensic Audit Needed Before Any Bailout

Anwar Najib Debate Anwar Says Proper Forensic Audit Needed Before Any Bailout

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR A total transformation is needed and not just reformation in order for Malaysia to move forward to become a high income advanced economy said Datuk Seri Najib Razak The former prime minister said that it involves four main core...
After Debate Najib Takes A Dig At Forensic Champion Anwar

After Debate Najib Takes A Dig At Forensic Champion Anwar

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 268 hits
Najib Razak says unlike Anwar Ibrahim Umno is the people s champion KUALA LUMPUR Former prime minister Najib Razak took a jab at opposition leader Anwar Ibrahim following their debate tonight calling him a forensic champion after the PKR pr...
Debat Anwar Najib Batal Pada Saat Saat Akhir

Debat Anwar Najib Batal Pada Saat Saat Akhir

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 312 hits
Selepas Universiti Malaya tidak membenarkan Dewan Tunku Canselor digunakan sebagai tempat untuk program debat antara Anwar Ibrahim dengan Najib Razak majlis itu kini secara rasminya akan diadakan di Matic Jalan Ampang Kuala Lumpur Dalam ken...
Anwar Najib Debate Lawmakers Audience Split Over Who Won

Anwar Najib Debate Lawmakers Audience Split Over Who Won

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 210 hits
Public says debates between politicians should be new norm As opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and former prime minister Datuk Seri Najib Razak argued on economic policies in last night s televised debate lawmakers and audience me...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Bayou Lagoon Park Resort

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Cikbunga Menunaikan Umrah

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pahang Terapkan Sistem Pengurusan Risiko Rasuah Sistem Pengurusan Risiko Rasuah Di Jabatan Kerajaan

Sah Keluar Dnb U Mobile Beri Jaminan Perkhidmatan 5g Sedia Ada Tidak Akan Terjejas

The Forgotten Innovations Of The Islamic Golden Age

Nathan Keling Menyarung Chord

Tak Perlu Jual Barang Tak Perlu Cari Orang Tak Perlu Berhenti Kerja Pun

Govt Fears Enriching Pn States Sanusi Claims On Rare Earth Sop Delay