Masih Berbisakah Tun Mahathir



Parti politik tidak boleh memandang rendah terhadap pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mendapatkan sokongan terutamanya orang Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.
Penganalisis politik, Datuk M Periasamy berpandangan, meskipun usia Dr Mahathir hampir 100 tahun, aura beliau sebagai seorang tokoh politik veteran tanah air masih dianggap berbisa dan mampu mencetuskan gelombang.
“Boleh dilihat ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, pengaruh Tun Mahathir terhadap kalangan pengundi Melayu yang hampir 10 peratus menyebabkan PH (Pakatan Harapan) menang di kebanyakan kawasan Melayu. Kini beliau berjuang untuk memulihkan kuasa politik Melayu dalam negara.
"Perjuangan beliau sebagai Pengerusi POM (Proklamasi Orang Melayu) juga dilihat seiring dengan matlamat PN secara am dan Pas secara khususnya. Jadi sudah pasti akan tambah nilai kepada kekuatan PN pada PRN di enam negeri nanti,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, media melaporkan, kehadiran Dr Mahathir menyampaikan ucapan buat kali pertama di pentas Pas pada program Munajat Rakyat Kelantan: Pakat Pertahan dan Amanat Pemimpin di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat lalu, mendapat reaksi positif daripada rakyat negeri itu dan pemimpin Pas.
Mengenai ucapan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu di pentas Pas, Periasamy berpendapat, tindakan berkenaan secara tidak langsung membuka lembaran baharu hubungan politik Dr Mahathir dan parti berkenaan.
“Malah menziarahi kediaman keluarga Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz (bekas Menteri Besar Kelantan) dan diberi peluang berucap atas pentas politik Pas berjaya menawan minda dan hati warga Kelantan. Kesannya pasti diterjemah pada PRN nanti,” ujarnya.
Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid pula berbeza pandangan apabila menyifatkan kehadiran Dr Mahathir ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu tidak memberi nilai tambah kepada PN ekoran era kegemilangan politik tokoh itu sudah berakhir.
Ahmad Fauzi berkata, ia dibuktikan apabila gagasannya menerusi Gerakan Tanah Air (GTA) ditolak oleh rakyat Malaysia semasa PRU15 lalu, selain sokongan terhadap POM juga tidak menonjol.
“Soal Pas nak maafkan, boleh sahaja kerana memang maaf-memaafkan itu dianjurkan oleh Islam.
“Namun dalam keadaan sekarang, Tun M lebih memerlukan PN untuk kekal relevan dalam politik negara daripada PN memerlukan Tun M.
“PN telah buktikan dalam PRU15 bahawa ia mampu menjadi kuasa alternatif berteraskan politik Melayu-Muslim yang menawarkan satu bentuk pakatan berbeza daripada PH, malah didukung majoriti rakyat berketurunan bumiputera,” ujar beliau - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/07/masih-berbisakah-tun-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lupakan Sejarah Silam Pas Ampunkan Kesilapan Mantan Pm Tun Dr Mahathir

Lupakan Sejarah Silam Pas Ampunkan Kesilapan Mantan Pm Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 729 hits
KOTA BHARU Kesilapan yang pernah dilakukan oleh Bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M kepada PAS sebelum ini bagaikan terampun selepas tokoh berkenaan tampil buat kali pertama berucap di atas pentas parti itu pada program Munajat...
Pn Kian Terdesak Tun Mahathir Individu Paling Kejam Dengan Pas Kini Didukung

Pn Kian Terdesak Tun Mahathir Individu Paling Kejam Dengan Pas Kini Didukung

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 418 hits
GUA MUSANG Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad kini adalah kumpulan terdesak sehingga terpaksa sepentas dengan Perikatan Nasional Perdana Menteri mendakwa sebelum ini Dr Mahathir adalah individu yang paling kejam te...
Anwar Kakistokkrasi Kata Tun Mahathir Yang Berbaju Hijau Berlambangkan Bendera Kelantan

Anwar Kakistokkrasi Kata Tun Mahathir Yang Berbaju Hijau Berlambangkan Bendera Kelantan

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 326 hits
Berpuluh tahun anwar dan mahathir berkelahi dan pelbagai cara digunakan mahathir untuk menyekat anwar menjadi perdana menteri Pelbagai laungan rasuah penyelewengan kononnya beratus juta berbillion ringgit dengan dakyah kleptokrasi kolaboras...
Dulu Pecah Belahkan Melayu Dan Kini Pecah Belahkan Malaysia Tindakan Tegas Sudah Wajar Diambil Terhadap Tun Mahathir

Dulu Pecah Belahkan Melayu Dan Kini Pecah Belahkan Malaysia Tindakan Tegas Sudah Wajar Diambil Terhadap Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 191 hits
Orang yang hilang kuasa kadang kadang perangainya lebih kurang sama saja macam mereka yang putus cinta Mereka cenderung berkelakuan luar biasa tidak dijangka dan berbeza dengan kebiasaan yang dilalui ketika cinta belum membawa luka Dalam ke...
Tun Mahathir Calon Pm Sekali Lagi Bakal Bertanding Di Kelantan Selepas Prn

Tun Mahathir Calon Pm Sekali Lagi Bakal Bertanding Di Kelantan Selepas Prn

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 295 hits
Di ketika pemimpin pemimpin PH begitu yakin kerajaan perpaduan tidak akan tergugat meski apa pun keputusan PRN pada 12 Ogos nanti malah Anwar Ibrahim sendiri menzahirkan keyakinan bahawa kerajaan pimpinannya adalah kukuh stabil serta sukar ...
Hadi Putar Lagi Mahathir Dah Kembali Ke Pangkal Perjuangan Katanya

Hadi Putar Lagi Mahathir Dah Kembali Ke Pangkal Perjuangan Katanya

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 240 hits
MalaysiakiniAbdul Hadi Awang hari ini menganggap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kini sudah kembali ke pangkal perjuangan namun Anwar Ibrahim pula meneruskan perjalanannya Kata Abdul Hadi ahli ahli PAS ialah Melayu yang tidak pelu...
Mahathir Telah Kembali Ke Pangkuan Pas Tetapi Anwar Pula

Mahathir Telah Kembali Ke Pangkuan Pas Tetapi Anwar Pula

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 178 hits
Abdul Hadi Awang hari ini menganggap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kini sudah kembali ke pangkal perjuangan namun Anwar Ibrahim pula meneruskan perjalanannya Kata Abdul Hadi ahli ahli PAS ialah Melayu yang tidak pelupa dan masih...
Urban Renewal Not A Dirty Term

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Nasi Impit Kuah Kacang Untuk Minum Petang

Acar Buah Tengku Ampuan Pahang Juara Pertandingan Masakan

May 18 2025

Rossa Aku Baik Saja Chord

Disleksia Punca Simptom Cara Merawat Tips Mengatasi