Pukul 7 pagi dah ada penjual kopi ais ni.. Shopping. Yang paling best kalau kat sana nak shopping bawal, shawl, T-shirt dan telekung jenama terkenal di Malaysia. High kualiti tetapi harga memang sangat mampu milik. Serius yang ni paling best. Kain pasang dan baju kurung cotton yang siap pun sangat murah. Siap duit jer kalau korang memang plan nak borong.
Telekung serendah RM30Kopi Ais Vietnam. Opps memang kopi ais dia kaw, terangkat dan extra sedap. Harga pun murah.. Paling murah kopi vietnam adalah dari peniaga jalanan iaitu RM3 saja. Walaupun murah, rasa dia memang umppphhh. Rugi kalau korang pergi tapi tak minum kopi.
Kopi ais Vietnam yang sedapBingka Ubi sedap. Tak di nafikan bingka ubi yang depa dok viral tu memang sedap.
Baju ni di letaknya harga RM70. Tak jadi ambik sebab dia letak harga paling murah RM30.. So, kena marahPeniaga di sana suka cakap, kami tak marah kalau tak beli tapi end up kena marah juga bila kita cakap tak nak atau terima kasih sebab offer kat kita. So, jangan percaya cakap peniaga sana.Barangan yang di jual memang tiada tanda harga. Bila tanya memang depa akan letak harga paling tinggi. Kat sini korang kena tahu berapa harga kalau di Malaysia... Kalau kat Malaysia dah murah, kat sini tentulah lagi murah. Scammer. Kami taklah kena scam sangat.. Cuma kami asyik kena marah ja bila jalan-jalan dan buat survey harga. Hikhik. Untuk scammer tu masa kat airport saja. Harga teksi ke hotel RM50.. tapi kami tak ambil. Naik bas lagi jimat.Mineral water dalam bilik hotel pun kena caj. Aduhhh tak pernah lagi selama dok hotel, mineral water kena caj. 4 botol kecil RM15. Bayar sajalah masa nak check out sebab nak ambik passport balik. Itulah sajalah yang best dan tak best ketika di Ho Chin Minh. Apa-apapun ia pengalaman yang indah untuk di kenang. Nextttt? |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |