Sektor Pendidikan Dari Tasti Pasti Sriti Smiti Kolej Universiti Dan Menuju Universiti





SEKTOR PENDIDIKAN: DARI TASTI, PASTI, SRITI, SMITI, KOLEJ UNIVERSITI DAN MENUJU UNIVERSITI

Oleh: Muhtar Suhaili As-Sarawaki

Alhamdulillah. Hari ini 23 Disember 2019 genaplah 6 bulan saya ditaklifkan memegang amanah sebagai Ketua Sektor Pendidikan, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). 6 bulan yang penuh makna untuk merangka strategi, belajar memahami aspirasi, mendengar pandangan pakar dan berkolaborasi dengan sahabat-sahabat berpengalaman dalam bidang pendidikan.

Saya telah dilantik ke jawatan ini pada 23 Jun 2019 pasca Muktamar DPPM Kali Ke-60 2019 setelah sebelumnya 4 tahun diamanahkan sebagai Bendahari DPPM. Antara Jabatan di bawah Sektor Pendidikan termasuklah Jabatan PASTI Malaysia, Jabatan SRITI Malaysia dan Jabatan SMITI Malaysia. Jabatan PASTI memulakan operasi pada tahun 1984, Jabatan SRITI ditubuhkan pada tahun 2015 manakala Jabatan SMITI pula mula merangka pelan pelaksanaan pada tahun 2018.



PENDIDIKAN DARI TASTI KE UNIVERSITI

Tahukah anda? Pada tahun 2020 in shaa Allah akan ada 2,529 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) denga 150 PASTI baharu, 170 cawangan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) termasuk 21 SRITI baharu dan 20 SRITI petang dan 6 buah Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) yang merupakan SMITI rintis iaitu buat julung-julung kalinya mula beroperasi tahun hadapan!

Lebih menarik, bermula tahun 2017 Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) pula telah memulakan langkah dengan melancarkan penubuhan Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) iaitu nursery bagi kanak-kanak 3 tahun dan ke bawah. TASTI adalah sistem pendidikan sebelum PASTI iaitu Tadika Islam bagi kanak-kanak berusia 4-6 tahun. Kini terdapat 30 buah TASTI di seluruh negara.

Seterusnya terdapat juga Institusi Pengajian Tinggi PAS (IPTIP) antaranya Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Kuala Lumpur di bawah kelolaan Dewan Ulama’ PAS Pusat (DUPP), Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) di Terengganu di bawah kelolaan PAS Terengganu dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) di Kedah di bawah kelolaan PAS Kedah.

Mudah-mudahan selepas ini akan berjaya pula diusahakan Universiti bagi meneruskan kesinambungan sistem pendidikan ini dari TASTI sehingga Universiti! Semoga impian murni ini akan suatu hari nanti terlaksana. Allahumma Aamiin.

https://www.facebook.com/100009760117468/posts/1069196253415702/?d=n



PASUKAN SEKTOR PENDIDIKAN DPPM

Setelah dilantik, antara perkara utama ialah untuk mencadangkan kepada pimpinan tertinggi DPPM Ketua-ketua Pengarah kepada Jabatan PASTI, SRITI dan SMITI. Alhamdulillah, pada 4 Julai 2019 telah diumumkan pasukan yang berpengalaman dan kompeten untuk membantu saya melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan seperti berikut:

Jabatan PASTI Malaysia
Ketua Pengarah: Ustaz Syarhan Humaizi Halim.
Ustaz Syarhan merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor dan juga mantan Pengarah Jabatan PASTI Negeri Selangor. Beliau juga pernah menjadi Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPM. Beliau juga kini Ketua Penerangan PAS Selangor.

Ahli Jawatankuasa Harian dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PASTI berjaya dibentuk pada 15 Julai 2019: Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/100009760117468/posts/941149012887094/?d=n.

Jabatan SRITI Malaysia
Ketua Pengarah: YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat.
Timbalan Ketua Pengarah: Ustaz Wan Abu Bakar Wan Mahussin (berstatus Exco DPPM).
YB Ustaz Azam merupakan ADUN Sungai Limau, Kedah dan juga mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah. Sebelum ini beliau diamanahkan sebagai Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Beliau juga kini Ketua Penerangan PAS Kedah.

Ahli Jawatankuasa Harian dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) SRITI berjaya dibentuk pada 26 Julai 2019: Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/100009760117468/posts/948346222167373/?d=n.

Jabatan SMITI Malaysia
Ketua Pengarah: Cikgu Hassan Aladi Ahmad.
Cikgu Hassan merupakan seorang Guru yang berdedikasi dan merupakan Otai Pendidikan dalam Pemuda sehingga usia melangkaui Pemuda. Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pengarah PASTI Malaysia dan mantan Timbalan Ketua Pengarah SRITI Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Harian dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) SMITI berjaya dibentuk pada 26 Julai 2019: Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/100009760117468/posts/945193735815955/?d=n.

Oleh kerana saya bukan dari latarbelakang bidang pendidikan dan dilantik atas asas untuk menggunakan pengalaman pengurusan yang ada, saya mengambil inisiatif membentuk Lembaga Penasihat daripada kalangan mereka yang berpengalaman dan pakar dalam bidang pendidikan. Lembaga yang mempunyai 11 anggota ini saya namakan Majlis Perunding Dasar Sektor Pendidikan (MPDSP) yang dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Hakim.

Sementara itu, sahabat saya Dr. Mohd Khamizi Aziz pula telah dilantik sebagai Setiausaha Sektor Pendidikan DPPM. Carta Organisasi Sektor Pendidikan boleh didapati di sini: https://www.facebook.com/100009760117468/posts/948419705493358/?d=n.

PERANCANGAN STRATEGIK & MUST WINS

Setelah dilantik, Sektor Pendidikan telah merencana dan seterusnya membentangkan Perancangan Strategik ketika Permukiman DPPM termasuk Skop Kerja, Halatuju dan Must Wins.

Berikut merupakan Skop Sektor Pendidikan:

✓ Melaksanakan agenda pemerkasaan generasi muda melalui Pendidikan
✓ Meluaskan capaian pendidikan Islam kepada rakyat
✓ Memastikan kualiti pendidikan Islam pada tahap yang tinggi
✓ Menjalankan penyelidikan berkaitan pendidikan.

Berikut pula merupakan Halatuju Sektor Pendidikan:

✓ Melahirkan insan soleh pintar (aspek pelajar)
✓ Melahirkan muallim dan murabbi yang mampu menjadi contoh daie dan penggerak jamaah Islam (aspek guru)
✓ Menjadikan pendidikan Islam sebagai pilihan utama (aspek kurikulum)
✓ Menyebarluaskan dakwah kepada ibubapa pelajar (aspek ibubapa).

Selain itu terdapat juga Must Wins yang telah diberikan kepada setiap Jabatan PASTI, SRITI & SMITI. Must Wins ini adalah senarai KPI untuk dicapai bagi melaksanakan Harapan Ketua Pemuda Ir. Khairil Nizam Khirudin, Roadmap DPPM 2019-2021 dan juga beberapa cadangan serta syor yang dibahaskan oleh Perwakilan dalam Muktamar yang lepas.

In shaa Allah DPPM juga dalam usaha untuk mewujudkan beberapa agensi tambahan antaranya Institut Latihan Pendidikan Bersepadu, Institut Penyelidikan & Kualiti Pendidikan dan Yayasan Pendidikan bagi memperkasakan lagi Sektor Pendidikan.

Pelbagai inisiatif menarik untuk lebih berdaya maju turut telah, sedang dan akan diusahakan oleh agensi-agensi di bawah Sektor Pendidikan DPPM. Doakan semoga usaha pendidikan DPPM ini berjalan dengan yang terbaik demi jamaah, negara dan ummah.

Jabatan PASTI Malaysia:

1. Sistem Perkembangan Prestasi Murid (SPPM) & Jadual Mumtaz bermula sesi persekolahan 2020 - Membina dan menilai perkembangan murid secara lebih menyeluruh dan mengurangkan kebergantungan kepada kaedah peperiksaan. Asasnya kita tidak ingin terlalu exam-oriented dengan kini penekanan dibertikan kepada elemen 5C: Celik Al-Quran, Celik Membaca, Celik Minda, Celik Cerdas dan Celik Sahsiah.
2. Manual Pengurusan PASTI - Dikemaskini bagi memastikan terus relevan dan mengambil kira perkembangan semasa.
3. Skim Kebajikan PASTI Malaysia - Ditambahbaik bagi memastikan kebajikan Guru, Murobitun, Pentadbir dan Waris Murid lebih diambil perhatian.
4. Pelajaran dan Pembelajaran Bahasa Mandarin dan Tamil di beberapa PASTI rintis - Pengenalan asas sebagai nilai tambah kepada Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang sudah sedia diajar di PASTI.

Jabatan SRITI Malaysia:

1. Silibus Kaafah - Dalam proses dimuktamadkan untuk Tahap yang seterusnya. Tahap 1 (Tahun 1-3) telah siap sepenuhnya, Tahap 2 (bermula Tahun 4) sedang dimuktamadkan secara berfasa.
2. Manual Pengurusan SRITI - Diwujudkan bagi memastikan pengurusan SRITI dapat dilaksanakan dengan yang terbaik.
3. Perbekalan SRITI - Isu perbekalan SRITI yang banyak ditimbulkan semasa Muktamar berjaya diselesaikan melalui Sistem Tender Terbuka Terhad.
4. Kadet AMAL - Usahasama dengan Jabatan Amal Malaysia sebagai Unit Beruniform di sekolah.

Jabatan SMITI Malaysia:

1. Pelancaran dan Perasmian SMITI sebagai printis kepada penubuhan SMITI di seluruh negara. In shaa Allah 6 SMITI rintis akan beroperasi pada sesi persekolahan 2020 iaitu 2 buah di Kedah Darul Aman (SMITI Darul Izzah di Yan dan SMITI At-Taqwa di Gurun), 3 buah di Perak Darul Ridzuan (SMITI At-Taalim di Seri Iskandar, SMITI Al-Muallim di Tanjung Malim dan SMITI At-Taufiq di Gerik) dan sebuah di Sabah (SMITI Al-Hafidz di Kota Kinabalu).
2. Kurikulum Khas/ Subjek Khas (Fikrah, Haraki, Siasah) - In shaa Allah akan diterapkan dalam silibus SMITI bagi memastikan kesyumulan Islam difahami oleh para pelajar.

BANTU DAN DOAKAN KAMI!

Buat sahabat-sahabat Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semua.. Sesungguhnya Pendidikan Iman merupakan matapelajaran ‘wajib’ dalam dunia pendidikan setiap Harakah Islamiyah!

Doakan semoga saya dan seluruh pimpinan istiqamah melaksanakan amanah yang dipikulkan. Bantulah kami dalam usaha mengangkat syariat Islam dan meninggikan martabat Ummah. Semoga Allah redha dan permudahkan urusan perjuangan. Allahumma Aamiin.

Saya mengingatkan diri saya dan berpesan kepada kalian sebagaimana ucapan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. ketika diangkat menjadi pemimpin. Rabbi yassir wa la tu'assir Ya Kariim.

Saidina Abu Bakr As-Siddiq, Khalifah selepas Rasulullah SAW adalah insan yang paling layak untuk menjawat jawatan tersebut. Namun beginilah ucapan pertamanya:

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), in shaa Allah.

Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku.” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

MISI, DASAR, SERUAN DAN TUJUAN
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

💚 Dasar PAS ialah ISLAM.

💚 Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR!

💚 TUJUAN PAS ialah:

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

2. Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

💚 USAHA-USAHA PAS:

1. Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qur'an.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

💚 HUKUM DAN KEKUASAAN:

Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata.

(Petikan dari Fasal 3, 4, 5, 6 &7 Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)).

Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan! 👍💚

#DemiIslam
#LebaiEngineer
#IslamMemimpinPerpaduan
#TarbiyahDakwahSiayah
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Saudaramu Dalam Islam;
Muhtar Bin Suhaili As-Sarawaki,
23 Disember 2019 | 26 Rabi’ul Akhir 1441H.

post asal di sini :-
https://www.facebook.com/DPPMalaysia/posts/3235368813146965?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pemudattbc.blogspot.com/2019/12/sektor-pendidikan-dari-tasti-pasti.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terengganu Universiti Al Azhar Jalin Kerjasama Pendidikan

Terengganu Universiti Al Azhar Jalin Kerjasama Pendidikan

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 252 hits
Delegasi Terengganu bergambar bersama Dr Soleh Abbas KUALA TERENGGANU 25 Disember Selaras penumpuan untuk membangunkan generasi Terengganu Sejahtera kerajaan negeri telah melakukan kunjungan hormat ke pejabat Syeikh Al Azhar di Mesir semala...
Jokowi Kontur Jalan Ibu Kota Baru Berbukit Dan Naik Turun Pasti Lebih Indah

Jokowi Kontur Jalan Ibu Kota Baru Berbukit Dan Naik Turun Pasti Lebih Indah

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 196 hits
Jokowi meyakini konsep pembangunan ibu kota baru akan berhasil walaupun daerah tersebut memiliki kondisi geografis yang menantang berupa bukit bukit Menurut dia hal tersebut justru akan menjadi daya tarik tersendiri bagi para arsitek yang a...
Saddil Ramdani Hampir Pasti Sertai Sabah Fa

Saddil Ramdani Hampir Pasti Sertai Sabah Fa

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 564 hits
Pemain sayap skuad kebangsaan Indonesia Saddil Ramdani dilaporkan hampir pasti menyertai Sabah dalam saingan Liga Super musim depan setelah dilepaskan oleh pasukan Pahang Liga Malaysia 2020 Saddil Ramdani Sertai Pasukan Sabah Musim Depan Pe...
10 Suvenir Nikah Perawatan Wajah Tubuh Ini Pasti Jadi Favorit Semua Tamu Mustahil Dibuang

10 Suvenir Nikah Perawatan Wajah Tubuh Ini Pasti Jadi Favorit Semua Tamu Mustahil Dibuang

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 251 hits
Sisir cermin sabun yang begini pasti terpakai dijamin Nggak mungkin deh langsung dibuang justru bakal disayang sayang
Kalau Tun M Tidak Pasti Anwar Boleh Menjadi Pm Yang Terbaik Mengapa Pilih Sertai Ph Dalam Pru14 Lalu

Kalau Tun M Tidak Pasti Anwar Boleh Menjadi Pm Yang Terbaik Mengapa Pilih Sertai Ph Dalam Pru14 Lalu

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 324 hits
Samada sahih atau tidak saya ada membaca laporan tentang kenyataan Tun M di Qatar yang menyebut beliau mahu terus menjadi PM sehingga beliau selesaikan masalah ekonomi negara Katanya lagi beliau berjanji akan serahkan jawatan PM kepada Anwa...
10 Kelakuan Rebel Yang Sering Dilakukan Anak Anak Tpa Masa Kecilmu Pasti Pernah Begini Ngaku

10 Kelakuan Rebel Yang Sering Dilakukan Anak Anak Tpa Masa Kecilmu Pasti Pernah Begini Ngaku

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 364 hits
Kamu yang baca ini dan senyum senyum sendiri pasti udah berkeluarga dan siap siap memiliki anak yang super jail juga p
7 Cara Pasti Mewujudkan Setiap Mimpi Jadi Kenyataan

7 Cara Pasti Mewujudkan Setiap Mimpi Jadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 328 hits
Banyak orang memiliki ide ide brilian namun dalam melakukan ekseskusi terhadap ide ide brilian tersebut masih belum maksimal Memiliki desain inovatif penemuan brilian ide buku yang hebat ataupun konsep bisnis yang unik pertanyaannya apa lan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba