Seks Luar Tabii Gesa Majlis Agama Mencelah Prosiding Jadi Pemerhati


Siti Hafidah
Apa untung cabar undang-undang yang beri hukuman lebih ringan? BANGI – Asakan yang tidak putus-putus terhadap institusi Islam sejak belakangan ini dilihat membawa agenda tersembunyi dan mempunyai objektif tertentu.
Terbaru, seorang lelaki yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah atas dakwaan melakukan seks luar tabii mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk memulakan prosiding mencabar keperlembagaan peruntukan dalam undang-undang Syariah Selangor yang digunakan untuk mendakwanya.
Dalam permohonannya, lelaki itu mencabar keperlembagaan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkenaan ‘persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii’.
Lelaki itu yang juga salah seorang dari 11 yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dilaporkan memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, tetapi permohonan itu ditangguhkan bagi memberi laluan kepada prosiding di Mahkamah Persekutuan.
Antara asas cabaran tersebut ialah Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 telah melampaui bidang kuasanya kerana terdapat peruntukan kesalahan yang sama di dalam Kanun Keseksaan khususnya Seksyen 377 secara berasingan ataupun keseluruhannya.
Lantaran itu, timbul persoalan apakah niat sebenar lelaki berkenaan ataupun sesiapa juga di belakang beliau mencabar Enakmen Syariah dan bukan Kanun Keseksaan.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ini kerana cabaran yang dibuat oleh lelaki itu hanya terhadap keperlembagaan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman jauh lebih rendah daripada yang diperuntukkan Kanun Keseksaan.
“Apakah keuntungan yang akan diperolehi beliau apabila mencabar undang-undang yang membawa hukuman lebih ringan berbanding yang lebih berat?… Jika beliau berjaya Seksyen 28 itu tidak lagi boleh digunakan bagi mendakwa mereka di Mahkamah Syariah terhadap orang yang melakukan liwat.
“Seksyen 28 membawa hukuman maksima didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
“Manakala Seksyen 377A boleh diseksa dengan hukuman yang dinyatakan di dalam Seksyen 377B iaitu dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat atau hukuman dalam Seksyen 377C iaitu diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa sebatan di mahkamah syariah sangat ringan berbanding sebatan yang dijatuhkan mahkamah sivil yang mendatangkan kesengsaraan melukakan dan kecederaan.
“Malah golongan LGBTIQ juga dilaporkan mengalu-alukan penghakiman itu kerana berpandangan akan memberi kesan luas terhadap hak serta layanan saksama bagi individu LGBTIQ tanpa merujuk hukuman yang ada di dalam Seksyen 377A hingga C itu lebih berat dari hukuman di dalam Enakmen Syariah.
“Adakah hukuman berat di dalam Kanun Keseksaan itu menggambarkan layanan saksama bagi individu LGBTIQ?” soalnya.
Dalam pada itu, Zainul Rijal menggesa Kerajaan Malaysia serta Majlis Agama Islam Selangor khususnya supaya memohon mencelah dalam prosiding berkenaan apabila merit kes didengar nanti.
“Begitu juga Majlis Agama Islam negeri-negeri lain mengambil peranan aktif memohon kebenaran mencelah atau menjadi amicus curae (pemerhati) untuk sama-sama membantu mahkamah memberi keputusan yang tepat di dalam kes.
“Ini kerana negeri-negeri lain juga mempunyai peruntukan yang lebih kurang sama dengan peruntukan di dalam Seksyen 28 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 itu,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/seks-luar-tabii-gesa-majlis-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amir Isma Gesa Siasat Pegangan Agama Ideologi Pemandu Mabuk

Amir Isma Gesa Siasat Pegangan Agama Ideologi Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 392 hits
Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarBimbang amal fahaman radikal guna alasan mabuk untuk membunuh BANGI Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan sewajarnya berhubung insiden kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk yang dilihat semakin men...
20 Adun Sabah Tidak Hadir Majlis Sokong Shafie Kerana Sop Pkpb

20 Adun Sabah Tidak Hadir Majlis Sokong Shafie Kerana Sop Pkpb

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 459 hits
Shafie Apdal KUALA LUMPUR Dakwaan ketidakhadiran lebih 20 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dalam majlis menyatakan sokongan kepada Ketua Menterinya Datuk Seri Shafie Apdal adalah tidak benar Menurut Timbalan Ketua Menterinya Datuk Seri Wilf...
Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Yang Diadakan Secara Sidang Video

Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Yang Diadakan Secara Sidang Video

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 522 hits
Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang diadakan secara sidang video dari pejabat saya di bangunan Perdana Putra Mesyuarat yang disertai oleh Menteri Kewangan Menteri menteri Besar Ketua ketua Menteri dan p...
Terkini Panas Rumah Ibadat Langgar Sop Langsungkan Majlis Perkahwinan

Terkini Panas Rumah Ibadat Langgar Sop Langsungkan Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 763 hits
ISLAMIK MEDIA SERI KEMBANGAN Sebuah kuil di sini dikunjungi hampir 100 penganut agama Hindu dipercayai bagi upacara perkahwinan walaupun kerajaan melarang perhimpunan termasuk di rumah ibadat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergeraka...
Pkpb Tiada Majlis Perkahwinan Di Kuil Di Seri Kembangan

Pkpb Tiada Majlis Perkahwinan Di Kuil Di Seri Kembangan

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 504 hits
KUALA LUMPUR Polis menyiasat penularan satu rakaman video yang didakwa menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di sebuah kuil untuk upacara perkahwinan di Seri Kembangan Serdang di sini hari ini Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komision...
Majlis Zakat Korporat 2020 Serahan Sumbangan Tabung Musaadah Covid 19 Ppz

Majlis Zakat Korporat 2020 Serahan Sumbangan Tabung Musaadah Covid 19 Ppz

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 491 hits
PPZ MAIWP telah menerima bayaran zakat perniagaan daripada 6 buah syarikat korporat dengan jumlah kutipan sebanyak RM37 623 209 67 Majlis telah berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya hari ini 6 syarikat yang membayar zakat perniagaan merek...
Curi Elektrik Jakel Nafi Fitnah Jijik Majlis Bandaraya Shah Alam

Curi Elektrik Jakel Nafi Fitnah Jijik Majlis Bandaraya Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 602 hits
Tular pada hari ini di mana pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah memuatnaik status berunsur tuduhan ke atas pihak Jakel bahawa pihak Jakel telah mendirikan satu pencawang elektrik secara tidak sah di atas tanah milik Jakel di seksyen 7 Sh...
Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

Hiburan Ramai Nak Tengok Tersingkir Gv Nubhan Kekal Tenang Tak Menang Saya Balik Buat Sambal

Wanita Cuba Cop Parking Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

Yoursay Pas Mca Dialogue Clearing Air Or Clouding Truth

U S Plans To Scrutinize Foreign Tourists Social Media History

Best Singapore Beef Noodle Soup Recipe

Nasi Ayam Briyani

Ketegangan Sempadan Jejaskan Harapan Kemboja Di Sukan Sea Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Grow A Tooth Yong Tells Malaysian Media Council

Bantal Sofa Lagi Untuk Teman

Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2026 Kembali Ke Sistem Tahunan

Uma Racing Stage 1 Malaysia Coil Plug Air Filter Iridium Spark Plug

Malaysia S Young App Creators Are Ready For The World

Of Thralls Who Bind Their Own Souls