Sekolah Tutup 2 Jam Beratur Untuk Beli Satu Mask Syukurlah Di Malaysia Masih Ok


Berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia, semua negara mula mengambil langkah pencegahan awal sebagai salah satu usaha mengekang wabak ini dari terus berleluasa dan  mengelakannya daripada memberi kesan negatif kepada rakyat.
Terbaru kerajaan juga telah mengumumkan akan membawa pulang rakyat Malaysia di Itali dan Iran kerana kedua-dua negara berkenaan kini berada dalam keadaan kritikal.
Sesi persekolahan ditutup sehingga diberitahu
Bagaimanapun bagi rakyat Malaysia yang berada di Sejong, Korea, Mohd Razif Sawal keadaan di kawasannya masih lagi terkawal walaupun Korea antara lokasi yang mencatatkan angka yang agak tinggi.

“Di sini keadaannya lebih kurang Malaysia. Walaupun angka akibat jangkitan COVID-19  sentiasa bertambah tetapi belum ada lagi arahan rakyat kena kuarantin di rumah. Aktiviti harian berjalan seperti biasa.
“Cuma sekolah sahaja ditutup sejak 2 Mac lalu dan belum tahu lagi bila akan dibuka untuk sesi pembelajaran.  Macam isteri saya pun yang kini sedang menyambung pengajian di universiti, kelas pun dibatalkan dan digantikan dengan kelas live streaming di rumah,” kongsi bapa kepada dua anak berusia 11 tahun dan 3 tahun.

Boleh beli seorang satu mask sahaja 
Menurut Razif lagi, berdekatan kawasan tempat tinggalnya dah ada 35 kes direkodkan. Kalau diikutkan memang risau. Jadi sebagai langkah pencegahan setiap kali keluar rumah memang akan pakai mask sepanjang masa dan bersihkan tangan.
“Malah dalam setiap lif di apartmen dan bas turut disediakan hand sanitizer untuk orang awam.
Seorang hanya satu saja mask boleh beli “Disebabkan permintaan mask di pasaran meningkat dan tidak cukup menampung permintaan rakyat di sini, kerajaan Korea telah mengehadkan dan mengetatkan pembelian mask untuk setiap individu.
“Untuk beli mask sahaja perlu disertakan dengan Alien Registration Card, yang mana setiap seorang hanya boleh beli satu sahaja setiap kali membuat pembelian. Stok mask agak susah untuk dapat di sini.
“Biasanya farmasi akan buat jualan mask pada hari Sabtu dan waktu ini memang ramai akan beratur untuk mendapatkan mask. Hanya seorang individu akan dapat beli satu sahaja. Jika ada 4 ahli keluarga dan mewakilkan pada seorang yang membeli tetap tidak boleh.
Kira-kira dua jam beratir untuk dapatkan satu mask “Kalau nak beli 4 kena beratur 4 orang. Setiap orang perlu tunjukkan Alien Card masing-masing.
“Boleh dikatakan untuk mendapatkan satu mask saja pun terpaksa beratur panjang dan mengambil masa 2 jam,” jelasnya.
Kata Razif lagi, oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan mask, sebagai langkah penjimatan dan mengurangkan risiko jangkitan ini, isteri dan anak hanya berada di rumah sahaja.
“Jika nak beli barang atau nak selesaikan urusan tertentu hanya saya seorang yang keluar. Tapi apabila pulang ke rumah terus akan mandi,” ujarnya.
Keadaan agak lenggang berikutan orang ramai lebih selesa berada di rumah Sebelum ini media melaporkan kes kematian akibat COVID-19 seluruh dunia hampir mencecah 5,000 mangsa, menurut statistik daripada Worldometer berkaitan wabak tersebut.
Setakat Jumaat (13 Mac), angka kematian direkodkan sebanyak 4,979 kes seluruh dunia manakala angka jangkitan positif COVID-19 mencecah 134,702 kes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik, iaitu merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.
 
 
 
The post Sekolah Tutup, 2 Jam Beratur Untuk Beli Satu Mask. Syukurlah Di Malaysia Masih Ok appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sekolah-tutup-2-jam-beratur-untuk-beli-satu-mask-syukurlah-di-malaysia-masih-ok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Beli Jam Tangan Jenama G Shock Original Untuk Orang Yang Baru Pertama Kali

Tips Beli Jam Tangan Jenama G Shock Original Untuk Orang Yang Baru Pertama Kali

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 2208 hits
Sebut sahaja jenama G Shock pasti ramai orang yang kenal jenama ini Kalau kita lihat laman web rasmi G Shock ataupun laman web online marketplace seperti Lazada ataupun Shopee kita boleh lihat ada beratus ratus jenis dan model yang telah di...
Ada 4 Gaya Keibubapaan Yang Diamalkan Di Malaysia Mana Satu Gaya Anda

Ada 4 Gaya Keibubapaan Yang Diamalkan Di Malaysia Mana Satu Gaya Anda

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 352 hits
Tahukah anda gaya keibubapaan atau gaya asuhan yang anda amalkan boleh memberi impak kepada kesihatan mental keyakinan diri malah perkembangan personaliti anak anda sepanjang proses tumbesaran mereka Antara beberapa faktor bagaimana gaya ke...
Janda Anak Satu Masih Dalam Tempoh Iddah Dicekup Berkhalwat Dengan Suami Orang

Janda Anak Satu Masih Dalam Tempoh Iddah Dicekup Berkhalwat Dengan Suami Orang

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 353 hits
Seorang wanita yang masih dalam tempoh iddah dicekup berkhalwat dengan suami orang di kediamannya di Padang Terap semalam nbsp Pasangan itu dicekup oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Padang Terap selepas menerima maklumat dari...
Covid 19 Catat 14 Kes Baru Netizen Kesal Orang Malaysia Masih Tegar Melancong Luar Negara

Covid 19 Catat 14 Kes Baru Netizen Kesal Orang Malaysia Masih Tegar Melancong Luar Negara

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 430 hits
Dalam pada kita sibuk dengan isu isu politik sebenarnya tanpa kita sedari bahawa kini kes koronavirus sudah semakin bertambah Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia setakat ini sudah terdapat 14 kes baharu sekaligus mencata
Covid 19 Rakyat Amerika Syarikat Beratur Panjang Untuk Beli Senjata Api

Covid 19 Rakyat Amerika Syarikat Beratur Panjang Untuk Beli Senjata Api

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 305 hits
Kes Covid 19 di Amerika Syarikat kini telah melebihi 3000 orang dan mencatatkan 62 kematian Hal ini membuatkan rakyat di sana melakukan pembelian panik untuk mendapatkan senjata apa sehingga sanggup beratur panjang selama 5 jam Disebabkan i...
Rsdp Serang Masih Pantau Kesehatan Satu Pasien Alami Batuk Hingga Sesak Napas

Rsdp Serang Masih Pantau Kesehatan Satu Pasien Alami Batuk Hingga Sesak Napas

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 167 hits
RSDP Serang berkoordinasi dengan RSPI Sulianti Saroso terkait kondisi satu pasien tersebut
Rakyat Belanda Panik Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar Lockdown

Rakyat Belanda Panik Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar Lockdown

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 525 hits
Kerajaan Belanda baru baru ini telah mengumumkan perintah lockdown kepada seluruh negara selepas wabak COVID 19 menyerang lebih kurang 1 000 orang dan telah mengakibatkan 20 kematian di negara tersebut Walaubagaimanapun kelainan yang ditunj...
Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Gesa Kerajaan Tutup Sekolah Sebulan

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Gesa Kerajaan Tutup Sekolah Sebulan

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 476 hits
Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye menggesa kerajaan supaya memberi tumpuan kepada mengurangkan keseriusan kesan Covid 19 berbanding usaha mengesan kontak rapat pesakit yang disahkan Dalam hantaran di Facebook semalam beliau ...
Gambar Bocor Space Jam 2 Dedahkan Penglibatan The Mask Pennywise Joker

Gambar Bocor Space Jam 2 Dedahkan Penglibatan The Mask Pennywise Joker

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 418 hits
Sesuatu yang menarik dari filem Space Jam 2 Beberapa keping gambar yang bocor dari filem sekuel tersebut telah mencuri perhatian para peminat dimana ia menampilkan beberapa karakter Warner Bros seperti The Mask Joker Pennywise dan mungkin b...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa