Sekolah Rendah Mungkin Tak Dibuka Semula Hingga Tahun Depan
PETALING JAYA: FMT difahamkan penggantungan persekolahan mungkin  berlarutan sehingga tahun depan bagi kebanyakan pelajar ketika  Kementerian Pendidikan bersiap sedia mengumumkan garis panduan baru  untuk membantu guru dan pelajar mematuhi langkah membendung penularan  Covid-19.
Sumber yang dekat dengan perbincangan mengenai pembukaan semula  sekolah di seluruh negara, berkata hanya pelajar sekolah menengah yang  bakal mengambil peperiksaan penting mungkin kembali ke kelas.
“Rancangannya ialah menggantung persekolahan untuk sekolah rendah sehingga tahun depan,” kata sumber kepada FMT.
FMT tidak dapat mengesahkan perkara ini dengan pihak berkuasa berkaitan.
     Tetapi, Menteri Pendidikan, Radzi Jidin memberi bayangan hanya  pelajar Tingkatan 4 dan 6 di kira-kira 3,000 sekolah menengah seluruh  negara akan terbabit dalam pembukaan semula sekolah.
Sekolah di negara ini yang ditutup untuk cuti sekolah penggal pertama  pada 14 Mac lalu masih ditutup akibat perintah kawalan pergerakan yang  dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
April lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan 2  peperiksaan utama sekolah menengah, SPM dan STPM, serta UPSR darjah 6  dibatalkan.
SPM tahun ini – yang dianggap peperiksaan paling penting dalam alam persekolahan – akan diadakan pada suku pertama tahun depan.
   Radzi berkata, garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang  dihasilkan dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara,  akan diedarkan esok dengan, memperincikan cara mengawal pergerakan  pelajar dalam kawasan sekolah untuk mematuhi peraturan penjarakan  sosial.
“Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat apakah kaedah yang  perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya  harus dilakukan pihak sekolah bagi memastikan bila kita umumkan  pembukaan, maka setiap sekolah telah bersedia.
“Kementerian sentiasa berbincang dengan pihak sekolah ruang yang  boleh ditambah baik dalam garis panduan itu akan kita lakukan…apa yang  penting semua pihak mainkan peranan, iaitu pengurusan sekolah, guru  termasuk ibu bapa misalnya, jika anak bergejala tidak perlu hantar ke  sekolah,” katanya kepada Bernama.
Radzi berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang menghantar anak mereka ke sekolah walaupun tarikh belum ditentukan.
“Apabila KKM dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka,  maka kita akan umumkan 2 minggu sebelum ia dibuka…kami belum menetapkan  sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah.”
MR :  Ada paip air dalam kelas, ingat ada luar kelas
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/sekolah-rendah-mungkin-tak-dibuka.html