Sekolah Rendah Diajar Ai Bermula 2027 Kpm
Dengan kecanggihan masa kini dunia sedang alami, KPM umum sekolah rendah diajar AI bermula tahun 2027. Ia diafahamkan akan melibatkan murid sekolah rendah yang akan diajar asas kecerdasan buatan (AI) di sekolah-sekolah berdasarkan perancangan KPM mulai 2027.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata dalam tempoh beberapa tahun lagi, kurikulum sekolah juga akan memasukkan pembelajaran ‘Fasih Digital’ (celik digital) sebagai satu daripada tujuh kompetensi atau kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah.
Berkenaan Sekolah Rendah Diajar AI Bermula 2027
KPM Mula Perkenal AI di Sekolah Rendah
Menerusi jawapan berkenaan sekolah rendah diajar AI secara bertulis parlimen pada tarikh 21 Mac, YB Fadhlina Sidek menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran AI, membolehkan Malaysia terus berdaya saing dalam ekonomi global era digital.
Sekolah Rendah Diajar AI Bermula 2027 - KPM 23
Dijangkakan bahawa murid yang celik digital mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelesaian masalah serta mencipta sesuatu yang baharu dengan menggunakan konsep pemikiran komputasi.
Selain itu, antara pengetahuan dan kemahiran digital yang akan dilaksanakan dalam kurikulum 2027 baharu adalah yang berkaitan dengan AI.
Pelajar akan diperkenalkan kepada asas AI di peringkat sekolah rendah dalam mata pelajaran teknologi baharu dan digital. Penerokaan dan aplikasi AI selanjutnya akan diteruskan dalam mata pelajaran yang sama di sekolah menengah, serta dalam sains komputer, teknologi maklumat dan komunikasi, dan subjek reka bentuk dan teknologi.
Yb Fadhlina juga berkata demikian sebagai menjawab soalan Pang Hok Liong (Pakatan Harapan-Labis). Yb Pang telah meminta Kementerian Pendidikan menjelaskan rancangannya untuk memperkenalkan sekolah rendah diajar AI sebagai mata pelajaran berkaitan di sekolah rendah bagi melahirkan pekerja mahir.
Pihak KPM akan terus komited dalam penambahbaikan berterusan teknologi dan sistem pembelajaran digital bagi memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi cabaran dan peluang masa depan yang melibatkan teknologi pintar seperti AI.
Isu Berkenaan Sekolah Rendah Diajar AI Bermula 2027
Berikutan tular mengenai sekolah rendah diajar AI mula 2027, ramai yang mula memberi pendapat dan antara yang mendapat perhatian adalah dari Zamir Mohyedin yang mengatakan ” Yang buat perisian (software) AI dan yang pakar AI sekarang ini pun tak belajar AI masa sekolah rendah, Kita nak budak sekolah rendah yang tidak reti Excel belajar AI“.
Postingan beliau mendapat lebih 2 ribu reaksi dengan 200 lebih share. Perancangan KPM untuk memulakan kesedaran baharu di kalangan murid sekolah rendah melalui sekolah rendah diajar AI akan memberi beberapa implikasi. Antara komen pengguna Facebook juga mendapat perhatian seperti:
Sebagai seorang yg kerja bidang ni, saya tak setuju fokus ni ditambah pada tahap sekolah rendah, lebih-lebih lagi kalau belajar AI yg dimaksudkan tu adalah belajar prompting atau prompt engineering. Generative AI macam ChatGPT, DALL-E tu semua asasnya matematik, dan untuk tahap sekolah rendah bagi saya usaha patut diarahkan supaya murid kembalik minat matematik dan sains.
Faris Fitri
Walaubagaimanapun, KPM dijangka akan mempunyai perancangan dan garis panduan sendiri dalam pembelajaran AI yang masih belum dimuktamadkan lagi kaedah pembelajaran. Oleh itu, sebagai rakyat kita perlu membuat penelitian terlebih dahulu sebelum menilai.
Apa itu AI?
AI adalah Artificial Inteligent atau Teknologi kecerdasan buatan yang merupakan salah satu cabang sains untuk mewujudkan sesuatu benda mempunyai kepintaran sama seperti manusia. Melalui AI, ada cabang penting dalam AI iaitu pembelajaran mesin (machine learning). AI mempunyai keupayaan mesin yang mampu ‘belajar’ dalam menjadi pintar.
Secara asasnya, AI atau mesin yang bakal ‘diajar’ manusia perlu dilengkapkan dengan beberapa maklumat yang banyak bagi menjadikan AI lebih pintar berbanding mesin lain. Dalam kata lain, mesin AI akan dilengkapkan dengan banyak ribu percubaan bagi menyelesaikan sesuatu tugas.
Semasa dalam proses tersebut, AI akan memahami dan mempelajari konsep dalam menyelesaikan tugas tersebut seperti diarah. AI juga terdapat pada beberapa mesin, Contohnya mesin deposit. Mesin deposit wang yang banyak digunakan bagi memasukkan wang ke akaun bank sebelum ini mempunyai kemampuan dalam mengesan wang pada jumlah tertentu.
Melalui AI, mesin tersebut kini boleh mengesan banyak jumlah ketulenan wang yang dimasukkan selepas melalui beberapa fasa ‘tunjuk ajar’ yang dibuat pembangun bagi mesin deposit wang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/03/sekolah-rendah-diajar-ai.html