Sekolah Pertama Guna Mesin Imbas Wajah Untuk Kehadiran


SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat di Alor Setar, menjadi sekolah pertama di Kedah menggunakan mesin pengimbas wajah bagi merekodkan kedatangan pelajar dan guru.

Pengetuanya, Nur’asikin Othman berkata, mesin pengimbas wajah yang dilancarkan pada 27 Ogos lalu, bagaimanapun terhad kepada 100 pengguna sahaja.

Ini kerana, katanya, mesin terbabit adalah alternatif yang diambil bagi mengatasi masalah pelajar dan guru yang tidak dapat menggunakan mesin pengimbas jari yang digunakan sebelum ini.

“Ada sesetengah pelajar dan guru yang mempunyai masalah cap jari mereka tidak dapat dibaca oleh mesin berkenaan.

“Jadi mesin pengimbas wajah ini lebih efektif kerana pengguna hanya perlu berdiri di hadapan mesin berkenaan untuk diimbas wajah,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan, hari ini.

Nur’asikin berkata, sehingga kini ada lima mesin pengimbas dipasang di sekolah berkenaan, iaitu empat mesin pengimbas jari sekitar perkarangan bangunan sekolah, manakala satu mesin pengimbas wajah di pejabat.

Beliau berkata, kedua-dua mesin itu sangat membantu mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar berikutan pihaknya mewajibkan pelajar bermasalah di sekolah menggunakan mesin pengimbas wajah untuk merekodkan kehadiran mereka.

“Jika sebelum ini mereka ambil ringan apabila kita merekodkan kedatangan melalui imbasan cap jari tetapi dengan sistem imbasan wajah ini, mereka akan rasa undang-undang sekolah lebih ketat kerana wajah mereka diimbas di mesin terbabit.

“Ini bermakna sebarang kesalahan yang mereka lakukan, guru dapat mengenal pasti identiti mereka dengan lebih mudah.

“Apatah lagi mesin ini dihubungkan dengan aplikasi Pepatih MySekolah yang mana segala rekod kedatangan dan masalah disiplin pelajar disimpan dalam aplikasi berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nur’asikin berkata, sejak sekolahnya mengambil inisiatif berkenaan, masalah pelajar pulang awal sebelum tamat sesi persekolahan dapat dicegah.

Katanya, peratus pelajar ponteng kelas juga sudah berkurangan, ini kerana semua guru boleh membuat laporan ke dalam aplikasi ini sekiranya ada pelajar yang ponteng ketika kelasnya berlangsung.

“Laporan itu pula akan diterima oleh saya dan juga guru disiplin dengan lebih cepat dan mudah,” katanya.

Sementara itu, pelajar Tingkatan Enam, Siti Mahfuzah Hamdan, 18, berkata, dia bangga dengan inisiatif yang diambil sekolah dan ia patut dicontohi oleh sekolah lain.

Katanya, sebelum ini jarinya gagal diimbas mesin cap jari, namun dengan mesin baharu itu, ia dapat merekodkan kehadiran guru dan pelajar lain yang mempunyai masalah yang sama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/09/sekolah-pertama-guna-mesin-imbas-wajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurish Organiq 24k Gold Produk Penjagaan Wajah Guna 100 Bahan Natural

Nurish Organiq 24k Gold Produk Penjagaan Wajah Guna 100 Bahan Natural

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 846 hits
Nurish Organiq 24K Gold Produk Penjagaan Wajah Guna 100 Bahan Natural Assalamualaikum dan hi Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan Sejak dari remaja lagi kebanyakan dah mula menjaga wajah Tapi zaza start jaga muka selepas spm Se...
Siswa Hong Kong Boikot Hari Pertama Sekolah Untuk Ikut Berdemo

Siswa Hong Kong Boikot Hari Pertama Sekolah Untuk Ikut Berdemo

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 299 hits
Di Universitas Queen s salah satu sekolah paling tua dan bergengsi di Hong Kong siswa berunjuk rasa menyerukan Bebaskan Hong Kong revolusi zaman kita sebelum menyanyikan lagu sekolah
Taktik Culik Kanak Kanak Guna Van Sekolah

Taktik Culik Kanak Kanak Guna Van Sekolah

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 482 hits
Pagi ni saya dikejutkan dengan satu cerita yang menakutkan terjadi
Ulang Tahun Ke 70 Sby Rayakan Pertama Kali Tanpa Kehadiran Dua Wanita Tercintanya Sedih

Ulang Tahun Ke 70 Sby Rayakan Pertama Kali Tanpa Kehadiran Dua Wanita Tercintanya Sedih

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 338 hits
Perayaan ulang tahun kali ini memang nggak mudah bagi SBY tapi seenggaknya ia masih dikelilingi banyak orang yang mencintainya
Momen Masuk Sekolah Pertama Ruben Dan Sarwendah Kompak Antar Betrand Peto

Momen Masuk Sekolah Pertama Ruben Dan Sarwendah Kompak Antar Betrand Peto

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 297 hits
Dalam unggahan akun instagram pribadinya Ruben Onsu terlihat sedang mengantarkan Betrand Peto ke sekolah
Marvel Sudah Rancang Kehadiran Spider Man Ke Mcu Sejak Filem Iron Man Yang Pertama

Marvel Sudah Rancang Kehadiran Spider Man Ke Mcu Sejak Filem Iron Man Yang Pertama

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 292 hits
Jika ramai yang mengagumi perancangan Marvel Studios untuk Marvel Cinematic Universe anda pasti akan lebih kagum dengan rancangan jangka panjang sebenar Marvel Studios sejak filem Iron Man yang pertama lagi Post Credits pada setiap filem Ma...
Memang Puas Hati Guna Pencuci Pinggan Pak Tam Dishwash Terlajak Berbuih

Memang Puas Hati Guna Pencuci Pinggan Pak Tam Dishwash Terlajak Berbuih

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 744 hits
Kepada suri rumah pengusaha kedai makan kantin dan kepada semua tahu ke yang orang Islam juga ada keluarkan pencuci pinggan antaranyaPak Tam Dishwash Berasaskan Red Lemon Pak Dishwash diyakini memberikan kesan berkualiti setiap kali anda me...
Nama Disalah Guna Nana Mahazan Berniaga Produk Sendiri

Nama Disalah Guna Nana Mahazan Berniaga Produk Sendiri

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 450 hits
Pengacara Nana Mahazan berhenti mempromosikan produk pihak lain di laman Instagram kerana ada peniaga yang menyalahgunakan namanya Foto ihsan Instagram nanamahazanKUALA LUMPUR 8 Sept Pengacara Nana Mahazan mengakui sudah empat tahun berhent...
27 Tahun Terkubur Di Dasar Tasik Rangka Wanita Ditemui Remaja Dengan Guna Kamera Gopro

27 Tahun Terkubur Di Dasar Tasik Rangka Wanita Ditemui Remaja Dengan Guna Kamera Gopro

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 673 hits
Revelstoke British Columbia Misteri kehilangan seorang wanita warga Kanada yang hilang sejak tahun 1992 lalu terjawab apabila seorang remaja berusia 13 tahun menemui petunjuk yang membawa kepada penemuan rangka wanita tersebut Max Werenka m...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Firdaus Cerita Gunting Rambut

Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Namplawan Dan Colek Garam Thai Sedap