Sekolah Perlu Kembalikan Bap Dipotong Fadhlina


FADHLINA ketika sidang media di SMJK Yu Hua, Kajang. FOTO Aizuddin Saad
Kajang: Kementerian Pendidikan (KPM) meminta mana-mana sekolah yang memotong Bantuan Awal Persekolahan (BAP) supaya mengembalikan semula wang itu kepada ibu bapa

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ini disebabkan BAP sebanyak RM150 yang diberikan oleh kerajaan kepada ibu bapa itu mestilah diberikan dalam jumlah penuh

"Seperti mana yang saya sebut, ia mesti jumlah yang diberikan sepenuhnya

"Kalau ada aduan, kita minta kemukakan dan kita akan siasat. Jumlah itu mesti dikembalikan," katanya selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura BAP Peringkat Selangor di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua di sini hari ini

Sebelum ini menerusi satu perkongsian di laman sosial X, seorang individu dipercayai ibu bapa yang menggunakan akaun sam_me25 mendakwa dirinya hanya menerima RM50 daripada sekolah ketika proses pengagihan BAP

Dakwanya, ini disebabkan mereka perlu membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta koperasi menggunakan wang itu

Mengulas lanjut, Fadhlina mengharapkan dengan pengagihan BAP, ia dapat meringankan beban ibu bapa

"Mudah-mudahan dengan bantuan awal persekolahan ini, dapat kita ringankan beban ibu bapa khususnya dengan beberapa penekanan antara lain tidak boleh dipotong BAP ini," katanya

Sementara itu, mengulas mengenai laporan majlis graduasi anjuran sekolah di hotel mewah, Fadhlina berkata, perkara seperti itu membabitkan konsultasi bersama ibu bapa

Beliau berkata, sekiranya ada bantahan daripada ibu bapa, ia seharusnya diambil perhatian

"Perbincangan dan konsultasi dengan PIBG sangat penting, kena selesaikan di peringkat sekolah. Kalau ada bantahan, kena diambil pandangan

"Yang kedua kita galakkan majlis yang sederhana tapi meriah dan penuh penghargaan khususnya kepada anak-anak kita. Yang penting majlis itu dilaksanakan dengan penuh kesederhanaan untuk meraikan semua," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2024/02/sekolah-perlu-kembalikan-bap-dipotong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Tangis Kaum Wanita Parung Panjang Curhat Anak Putus Sekolah Jadi Kenek Truk Tambang

Video Tangis Kaum Wanita Parung Panjang Curhat Anak Putus Sekolah Jadi Kenek Truk Tambang

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 332 hits
Sambil menahan tangis Aya menjelaskan anak didiknya putus sekolah dan memilih menjadi kenek sopir truk
Pengawal Keselamatan Ditahan Curi Komputer Riba Sekolah

Pengawal Keselamatan Ditahan Curi Komputer Riba Sekolah

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 253 hits
FMT ReportersKomputer riba berharga RM4 000 yang dicuri pengawal keselamatan sebuah sekolah di Bahau PETALING JAYA Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana mencuri sebuah komputer riba berharga RM4 000 milik Kementerian Pendidikan dari m...
13 Pelajar Maut Asrama Sekolah Terbakar Di China

13 Pelajar Maut Asrama Sekolah Terbakar Di China

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 215 hits
SERAMAI 13 pelajar terkorban manakala seorang lagi cedera selepas sebuah asrama di daerah Fangcheng Bandar Nanyang wilayah Henan China terbakar pada Jumaat menurut pihak berkuasa tempatan Sabtu Jabatan Bomba menerima panggilan kecemasan pad...
Ilmu Asas Berbeza Dengan Praktikal Podcaster Dakwa Sekolah Tiada Nilai

Ilmu Asas Berbeza Dengan Praktikal Podcaster Dakwa Sekolah Tiada Nilai

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 350 hits
Tular sebuah video pendek seorang podcaster yang menyifatkan ilmu yang dituntutnya semasa zaman persekolahan tidak mempunyai nilai Podcaster kongsi pengalaman peribadi Menerusi video tular podcaster lelaki berkongsi kisahnya yang tidak mamp...
20 Feb Dengar Kebenaran Merayu 2 Ngo Berkait Bahasa Pengantar Sekolah Vernakular

20 Feb Dengar Kebenaran Merayu 2 Ngo Berkait Bahasa Pengantar Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 211 hits
Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia memohon kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 Feb bagi mendengar permohonan dua NGO untuk kebena...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal Whatsapp

Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat