Sekolah Ditutup Dari 9 November Sehingga Hari Akhir Persekolahan Tahun 2020


SEKOLAH DITUTUP DARI 9 NOVEMBER SEHINGGA HARI AKHIR PERSEKOLAHAN TAHUN 2020 | Tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar bagi seluruh dunia, termasuk juga negara kita yang begitu terkesan dengan pandemik COVID-19. Keadaan pada masa ini merupakan satu situasi yang sukar kepada semua dan perlu kita harungi bersama. Tambahan pula, dalam situasi negara menghadapi gelombang ketiga pandemik COVID-19 dengan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi, KPM memerlukan pendekatan yang berbeza dan ada kalanya pendekatan tersebut adalah luar daripada kebiasaan. 


3. Dalam hal ini, setiap perancangan atau keputusan yang dibuat perlu diperhalusi dan diteliti kerana kesan pandemik COVID-19 kepada sektor pendidikan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan yang begitu besar jumlahnya, merangkumi lebih 5 juta orang murid dan pelajar serta lebih 500,000 orang guru, pensyarah dan warga KPM. Namun, dalam apa jua pendekatan dan keputusan yang diambil, KPM sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan semua murid, guru, pensyarah dan warga KPM. 
 
4. KPM mengambil maklum pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan pada 7 November 2020 berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Kelantan, Pahang dan Perlis. Tempoh PKPB ini adalah selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020. Manakala PKPB di Sabah, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan turut dilanjutkan sehingga tarikh tersebut. 
 SEKOLAH DI TUTUP SEHINGGA HARI AKHIR PERSEKOLAHAN 20205. Mengambil kira pengumuman tersebut serta takwim persekolahan tahun 2020, KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di bawah KPM di negeri-negeri terlibat akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B. Penutupan ini melibatkan 74 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah di bawah KPM.  
6. Oleh yang demikian, KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak akan turut ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B. Langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak COVID-19.  
 
7. Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Pentadbir sekolah perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.  Di sepanjang tempoh ini juga, guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing. 
 
8. Bagi murid yang tinggal di asrama pula, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil mereka untuk pulang ke rumah masing-masing. Walau bagaimanapun, murid boleh terus kekal berada di asrama sementara menunggu untuk diambil oleh ibu bapa atau penjaga. Di sepanjang tempoh tersebut, murid akan berada di bawah pengawasan warden asrama. Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah.
TARIKH SEKOLAH DIBUKA UNTUK SEISI 20219. Sepertimana Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 yang diumumkan sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021. Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut. Bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama. Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.  
 TARIKH PEPERIKSAAN DIPINDA 10. Tentunya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  tahun 2020 tertanya-tanya sama ada perkembangan situasi ketika ini memberi kesan kepada mereka? 
 
11. Mengambil kira situasi semasa, KPM telah membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan tersebut. Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. Manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021. Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat. 

12. Bagi membantu calon-calon peperiksaan awam tahun 2020 membuat persediaan secukupnya sebelum menduduki peperiksaan, KPM memutuskan bahawa mereka akan 
menyambung persekolahan secara bersemuka di sekolah masingmasing mulai 20 Januari 2021. KPM berharap ruang yang ada ini akan dapat memberi manfaat kepada calon yang terkesan dengan penutupan sekolah. 
 
13. Kesemua ketetapan ini juga terpakai kepada sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk mengikuti ketetapan ini. 
 
14. Terdapat persoalan yang telah dibangkitkan mengenai kemasukan murid ke sekolah khusus termasuk Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Teknik, Kolej Vokasional dan Maktab Tentera Di Raja. Untuk makluman, pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. 
 
15. Selain daripada itu, terdapat juga pertanyaan berkaitan peperiksaan percubaan SPM, kerja kursus serta pentaksiran yang telah dijadualkan sehingga Disember 2020 yang masih belum diselesaikan. KPM akan menjadualkan semula semua pentaksiran tersebut dan akan dimaklumkan kemudian. 
16. Terdapat juga pertanyaan berkaitan dengan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan institusi peringkat tertiari awam yang lain bagi tahun 2021. Untuk makluman, penjadualan semula peperiksaan awam ini tidak akan menjejaskan kemasukan murid ke institusi peringkat tertiari awam serta kemasukan murid ke institusi  pengajian tinggi awam melalui sistem UPUOnline yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).  Pengoperasian Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)  17. Bagi pelajar Program Matrikulasi KPM dan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), mereka akan meneruskan pembelajaran secara dalam talian sepenuhnya dan melakukan ulang kaji kendiri sehingga 31 Disember 2020.    18. Pelajar Program Matrikulasi KPM akan kembali semula ke kolej dan meneruskan program pada 4 Januari 2021. Ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk pelajar matrikulasi yang dijadualkan pada 8 hingga 19 Disember 2020 akan ditangguhkan ke tahun 2021.  19. Bagi pelajar IPG, penyampaian pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran bagi semua program pengajian akan dilaksanakan seperti dalam kalendar akademik Program Pendidikan Guru Sesi 2020/2021 dan Sesi 2021/2022. Pelajar IPG akan kembali ke kampus dan meneruskan pengajian pada 17 Januari 2021.  20. Dalam mendepani cabaran pada masa ini, kami memohon jasa baik dan kerjasama semua pihak untuk bersama-sama mendukung usaha-usaha yang dilaksanakan oleh KPM. Yakinlah bahawa setiap langkah yang diatur KPM adalah bagi memastikan generasi masa depan negara mendapat pendidikan yang terbaik walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar.   21. Saya juga ingin menyeru kepada semua warga KPM, ibu bapa dan penjaga agar terus mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan wabak COVID-19.  22. Marilah kita doakan agar keadaan kembali pulih dan pembelajaran anak-anak kita untuk sesi akan datang dapat diteruskan dalam keadaan selamat.  Sekian, terima kasih.  Kementerian Pendidikan Malaysia 8 November 2020 

 
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2020/11/sekolah-ditutup-dari-9-november-sehingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Pendidikan Menutup Sekolah Bermula Esok Hingga Hari Terakhir Persekolahan Bagi Tahun Ini

Kementerian Pendidikan Menutup Sekolah Bermula Esok Hingga Hari Terakhir Persekolahan Bagi Tahun Ini

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 448 hits
Kementerian Pendidikan menutup sekolah bermula esok hingga hari terakhir persekolahan bagi tahun ini Semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan ditutup bermula esok sehingga hari a...
Semua Sekolah Di Bawah Kpm Ditutup Bermula Esok Hingga Akhir Tahun Kata Menteri

Semua Sekolah Di Bawah Kpm Ditutup Bermula Esok Hingga Akhir Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 348 hits
Semua sekolah dibawah Kementerian Pendidikan ditutup bermula esok hingga hari terakhir persekolahan bagi tahun ini Menteri Kanan Radzi Jidin berkata bagi sekolah di negeri Kumpulan A sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember manakala bagi...
Sekolah Tutup Hingga Akhir Tahun 2020

Sekolah Tutup Hingga Akhir Tahun 2020

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 607 hits
Seluruh sekolah ditutup sehingga akhir tahun 2020 Itu pengumuman yang diberitahu oleh menteri kanan pendidikan Dr Radzi Jidin dalam sidang media sebentar tadi Nampaknya guru perlu melakukan PdP secara atas talian lagi nbsp
Berakhirnya Persekolahan Tahun 2020 Dalam Kesebakkan

Berakhirnya Persekolahan Tahun 2020 Dalam Kesebakkan

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 498 hits
Berakhirnya Persekolahan Tahun 2020 Dalam Kesebakkan Assalamualaikum selamat pagi readers Bila semalam cikgu Pra zara share kan cuti sekolah berakhir terus untuk tahun ni cik mimi pulak rasa sebak Macam tak percaya sekolah dah mulai ditutup...
Belanjawan 2021 Yang Trending Di Twitter Hari Ini 6 November 2020

Belanjawan 2021 Yang Trending Di Twitter Hari Ini 6 November 2020

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 450 hits
Sumber twitter comBelanjawan 2021 dibentang hari ini apa tumpuannya Ikuti live dari parlimen di sini
Tarikh Tutup Sekolah Akibat Penularan Covid 19 Bermula 09 November 2020

Tarikh Tutup Sekolah Akibat Penularan Covid 19 Bermula 09 November 2020

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 1238 hits
Tarikh Tutup Sekolah Akibat Penularan COVID 19 Bermula 09 November 2020 Seperti mana yang kita sedia maklum pada sidang media Menteri Kanan Pendidikan semalam semua sekolah dan pusat pengajian tinggi telah DITUTUP Penutupan sekolah dan pusa...
Pernikahannya Dengan Kakek Berumur 78 Tahun Hanya Bertahan 22 Hari Noni Tak Nafsu Makan Setelah Dapat Surat Talak

Pernikahannya Dengan Kakek Berumur 78 Tahun Hanya Bertahan 22 Hari Noni Tak Nafsu Makan Setelah Dapat Surat Talak

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 274 hits
Pernikahan Abah Sarna dengan gadis 17 tahun di Subang ternyata hanya berjalan selama 22 hari setelah pihak Abah Sarna melayangkan surat pernyataan talaq pada Jumat Selama berumah tangga Abah Sarna dan Noni Novita Handayani tinggal di kediam...
Hari Kelima Operasi Zebra 2020 Di Sumut Nihil Pelanggaran

Hari Kelima Operasi Zebra 2020 Di Sumut Nihil Pelanggaran

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 228 hits
Kasubbid Penmas Polda Sumatera Utara AKBP MP Nainggolan mengatakan operasi Zebra Toba Tahun 2020 pada hari kelima tidak ada ditemukan pelanggaran lalu lintas di wilayah hukum Sumut
Eur Usd 10 November Laporan Cot Donald Trump Akan Mencalonkan Dirinya Sebagai Presiden Pada Tahun 2024

Eur Usd 10 November Laporan Cot Donald Trump Akan Mencalonkan Dirinya Sebagai Presiden Pada Tahun 2024

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 254 hits
Pasangan Mata Wang EUR USD Carta 1 Jam Pada 9 November pasangan mata wang EUR USD membuat pembalikan tajam memihak kepada mata wang AS dan jatuh ke tahap pembetulan 76 4 Peningkatan semula harga dari tahap ini akan membolehkan pedagang berg...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities