Dari jalan utama, kami memasuki jalan kampung menuju ke Gua Kerbau. Pemandangan di sini indah dengan aliran sebatang sungai di sebelah kanan dan bukit batu kapur serta hamparan sawah padi di sebelah kiri jalan
Bahagian hadapan gua
Jom baca info berkenaan tapak geowarisan (geologi warisan) Gua Kerbau. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas
Bahagian dalam Gua Kerbau.
Struktur kesan takik laut kuno (ancient sea notch). Masya Allah unik sungguh alam ciptaan Allah
Struktur batu berbentuk kerbau yang terdapat di dalam gua. Foto dirakam dari dua sudut berbeza - bahagian hadapan dan belakang struktur. Ia terbentuk begini kesan paras laut kuno dan pembentukan stalagmit
Pemandangan dalam gua dari sudut berbeza. Terdapat beberapa laluan menuju ke bahagian atas gua, tapi kami tak naik. Cukuplah sekadar membuat pemerhatian di sini dan di sekitar kawasan bukit
Kami meneroka bahagian luar gua pula - ada laluan pejalan kaki tersedia di tepi bukit. Saya perhatikan banyak juga binaan bangku dan wakaf di sini
Terdapat banyak bongkah batu di sekitar kawasan ini. Saya suka perhatikan keunikan bentuk bongkah batu
Selain Gua Kerbau, terdapat banyak juga lubang-lubang kecil yang lain. Saya tak berani nak menjenguk, cukuplah merakam foto dari luar lubang
Bahagian belakang bukit. Terdapat laluan pejalan kaki sehingga ke hujung sana, tapi keadaan nampak kurang selamat untuk kami terus meneroka. Kami berpatah balik menuju ke tempat parkir kenderaan
Tadi berjalan kaki ikut laluan tersedia di tepi bukit, kali ini kami berjalan kaki ikut laluan tepi sawah padi. Indah sungguh pemandangan
Tak rugi datang ke sini, dapat eksplorasi Gua Kerbau dan dapat pula menikmati keindahan sawah padi terbentang. Suasana kampung yang mendamaikan
Masa ni pukul 10.45 pagi. Kalau waktu senja tentu lebih cantik suasananya|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |