Kawasan parkir di Taman Awam Bukit Lagi. Cukup luas untuk penduduk Perlis yang tak begitu ramai. Ada sebuah lagi kawasan parkir berhampiran Gua Cenderawasih, tapi petak parkir di situ sangat terhad
Papan info Bukit Lagi (sila klik foto untuk paparan lebih jelas). Bukit Lagi merupakan bukit batu kapur berkepentingan tinggi sebagai rujukan geologi
Laluan riadah di Taman Awam Bukit Lagi, terdapat juga laluan untuk basikal
Taman awam ini terletak di kaki Bukit Lagi. Sambil berjalan kaki, saya dapat menikmati keindahan bukit batu kapur dan pelbagai tumbuhan yang ada
Antara bunga yang menarik perhatian saya. Entah apa namanya
Sampai di hujung kawasan taman, kita akan jumpa laluan begini. Cantik dan bersih, sedap mata memandang. Tapi kami tak teruskan ke hujung jalan sana sebab tujuan kami hari ini nak mendaki Bukit Lagi
Pintu hadapan Gua Cenderawasih, gua ini suatu masa dahulu dikenali sebagai Gua Sami. Menurut sejarah - di ruang utama gua ini dahulunya terdapat kuil Siam
Ruang gua ini kecil je, tak banyak yang dapat saya perhatikan. Terdapat binaan seperti tangga dan ruang bilik, mungkin inilah tinggalan tapak kuil.
Permulaan laluan pendakian Bukit Lagi terletak di tepi Gua Cenderawasih. Tertera tulisan pada batu di dinding - laluan ini telah dirasmikan pada 14 Mac 1998 oleh Dato' Seri Shahidan Bin Kassim, Menteri Besar Perlis ketika itu.
Laluan di sini bertangga sepenuhnya. Nampak mudah, hakikatnya tidaklah begitu mudah sebab anak tangganya curam. Kurang selamat kalau datang ke sini selepas hujan
Batuan di sini tajam ya, maklumlah ini bukit batu kapur. Jadinya berhati-hati bila nak berpaut pada batuan di tepi laluan, jangan sampai luka tapak tangan. Sebaiknya pakai sarung tangan bila mendaki di tempat yang memerlukan kita berpaut pada batu atau handrail.
Dalam perjalanan, kami berselisih dengan dua orang perempuan yang sedang menuruni bukit. Katanya, tak berapa jauh lagi akan tiba di puncak
Ini saja foto indah alam yang dapat dirakam sewaktu saya menuruni bukit - pemandangan sawah padi terbentang luas|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |