Insya Allah Nyenyak Dan Sempat Solat Subuh Kata Bekas Igp


MALAYSIAKINI



Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan terheret dalam satu kancah “perang” di Twitter berhubung pendedahan mengejutkan daripada Azilah Hadri dalam akuan berkanunnya (SD), mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Menjawab ciapan seorang pengguna yang menyindir sama ada tidurnya lena susulan pendedahan berkenaan, dia berkata: “Insya-Allah nyenyak dan sempat solat subuh. Penting menegakkan kebenaran dan bukan fitnah."

Bekas ketua polis itu juga menciap semula sebuah artikel yang memetik peguam Abdul Razak Baginda yang mahu tindakan menghina mahkamah diambil berhubung pendedahan SD berkenaan.

Musa adalah ketua polis negara ketika warganegara Mongolia itu ditembak mati dan mayatnya diletupkan pada tahun 2006.

Polis telah membersihkan bekas perdana menteri Najib Razak daripada sebarang penglibatan dalam kes itu.

Pada tahun 2015, Musa juga menafikan dakwaan yang timbul dari dokumentari Al-Jazeera, yang mengaitkan Altantuya dengan Najib.

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Azilah, salah seorang daripada dua bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman mati, menamakan Najib terbabit dalam pembunuhan itu.
Azilah, yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati di penjara Kajang, menuduh Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan Razak Baginda mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia itu setelah meyakinkannya bahawa wanita berkenaan adalah seorang perisik asing yang mengancam keselamatan negara.

Pendedahan mengejutkan dari Azilah - ‘Najib arah saya bunuh Altantuya'

SD tersebut difailkan bersama dengan afidavitnya untuk mengkaji semula keputusan Mahkamah Persekutuan dan memohon perbicaraan semula.

Sementara itu, Musa, dalam tweet berasingan, berkata mereka yang banyak merapu tanpa fakta adalah pembohong besar.

Beliau menulis demikian dalam jawapannya kepada seorang pengguna yang menggunakan nama ExposingKlepto yang berkata: “Insya-Allah kebenaran pasti akan muncul dan pembohongan kamu tetap akan ditayangkan kepada umum!"

Dalam tweet terdahulu, yang dipercayai adalah jawapan Musa yang mengatakan bahawa dia telah menunaikan solat subuh, pengguna Twitter yang sama berkata: “Betul tu. Azilah dan Sirul yang membunuh Altantuya atas arahan Najib pada bulan Ramadan pun tetap mendirikan sahur dan solat subuh."

Musa kemudian menjawab: “Dah disah dengan siasatan atau fitnah?"

Dalam tweet yang berasingan, Musa juga menafikan bahawa pihak berkuasa cuba menutup kes yang berkaitan dengan VIP apabila pengguna lain mengatakan rakyat telah bosan dengan layan istimewa tersebut.

 “Polis tidak boleh menutup kes. Ia hanya menjalankan siasatan jika wujud jenayah. Yang mempunyai kuasa membuat pertuduhan dan membawa ke muka pengadilan adalah Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Menjawap ciapan bahawa rakyat ingin mengetahui motif di sebalik pembunuhan Altantuya, beliau menjawab: “Kan mangsa ada membuat repot di Balai Polis Brickfield berkaitan gangguan dan ugutan terhadapnya sebelum dia hilang dan dibunuh?"


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/insya-allah-nyenyak-dan-sempat-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ifan Seventeen Di Ultah Dylan Insya Allah Kita Dinner Romantis Di Surganya Allah

Ifan Seventeen Di Ultah Dylan Insya Allah Kita Dinner Romantis Di Surganya Allah

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 258 hits
Tanggal 23 Desember ini merupakan hari ulang tahun Dylan Sahara Ifan pun mengunggah momen kebersamaan dengan mendiang istri
Sekatan Solat Jumaat Pengalaman Bekas Pekerja Sony

Sekatan Solat Jumaat Pengalaman Bekas Pekerja Sony

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 497 hits
HARAKAHDAILY HANYA mati sahaja yang akan menidakkan saya tidak boleh lagi Solat Jumaat demikian tegas Nor Zamri Latiff berkongsi imbasan pengalamannya menghadapi sekatan untuk pergi mengerjakan Solat Jumaat kira kira 20 tahun dahulu Ketika ...
Nak Anak Solat Subuh Kita Kena Solat Sekali Ozlynn Kongsi Tips Anak Solat Amp Mengaji

Nak Anak Solat Subuh Kita Kena Solat Sekali Ozlynn Kongsi Tips Anak Solat Amp Mengaji

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 579 hits
View this post on Instagram Salam subuh semua my baby Hanania semua dh ke masjid utk solat dan mengaji memasing dh bawak Al Quran dan Iqra aku x kejut dorg semua abg ariq uruskan arini abg Ariq puji adik2 dia seka
Bekas Menteri Kewangan Berdendam Dengan Saya Kata Najib

Bekas Menteri Kewangan Berdendam Dengan Saya Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 588 hits
4 Disember 2019 Najib Razak mendakwa bekas rakan seperjuangannya Ahmad Husni Hanadzlah berdendam dengannya atas keputusan menukarkan beliau dari Kementerian Kewangan pada 2016 Katanya Husni yang sebelum ini memberi keterangan bagi pihak pen...
Insya Allah Atau In Shaa Allah Penulisan Yang Benar Arti Dan Keutamaan

Insya Allah Atau In Shaa Allah Penulisan Yang Benar Arti Dan Keutamaan

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 809 hits
Seorang muslim pasti sering mendengar ucapan insya Allah Namun banyak yang bertanya mana penulisan yang benar insya Allah atau in sha Allah Apa artinya dan apa saja keutamaan ucapan ini Penulisan Insya Allah Banyak yang bertanya penulisan y...
50 Tahun Solat Subuh Dengan Wudhu Solat Isyak

50 Tahun Solat Subuh Dengan Wudhu Solat Isyak

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 420 hits
MEMANG dia tidak begitu terkenal di kalangan khalayak umum akan tetapi kerana kepakaran ilmunya dia terkenal di kalangan intelektual dan para cendekia Nama LengkapnyaNama beliau adalah Said bin Al Musayyib bin Hazn bin Abi Wahab bin Amru bi...
8 Plus Minus Menikahi Orang Yang Lebih Kaya Kata Penelitian Bukan Jaminan Bahagia

8 Plus Minus Menikahi Orang Yang Lebih Kaya Kata Penelitian Bukan Jaminan Bahagia

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 258 hits
Memang iya kalau sudah menikah dengan orang kaya bisa foya foya seenaknya dan bahagia selamanya
Video Viral Perjuangan Istri Polisi Gendong Suami Lumpuh Naik Perahu Begini Kata Divisi Humas Polri

Video Viral Perjuangan Istri Polisi Gendong Suami Lumpuh Naik Perahu Begini Kata Divisi Humas Polri

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 550 hits
Video perjuangan seorang istri polisi anggota Korps Brimob Polri menggendong suaminya yang lumpuh viral di media sosial Dalam video yang viral itu tampak seorang laki laki mengenakan kaus bertulis Brimob digendong perempuan turun dari kenda...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kabinet Kerajaan Madani

The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya